Kabinet Amerika Syarikat
| Terkini: Kabinet Kedua Donald Trump | |
Mohor Besar Amerika Syarikat | |
Kabinet terkini Presiden Donald Trump, 2025 | |
| Intisari badan penasihat | |
|---|---|
| Dibentuk | Mac 4, 1789 |
| Jenis | Badan penasihat |
| Ibu pejabat | Bilik Kabinet, Rumah Putih, Washington, D.C. |
| Kakitangan | 23 ahli:
|
Eksekutif badan penasihat | |
| Dokumen penting |
|
Laman sesawang | Laman web Rumah Putih |
Kabinet Amerika Syarikat ialah sebuah badan yang terdiri daripada naib presiden dan ketua-ketua jabatan eksekutif (istilah persamaan bagi Menteri) persekutuan daripada cawangan eksekutif kerajaan persekutuan Amerika Syarikat yang memainkan peranan sebagai penasihat utama kepada Presiden Amerika Syarikat.[1]
Presiden tidak secara rasmi ialah anggota Kabinet. Ketua-ketua jabatan, yang dilantik oleh presiden dan disahkan oleh Senat, adalah anggota Kabinet, dan pemangku ketua jabatan juga duduk dalam mesyuarat Kabinet sama ada mereka telah dicalonkan secara rasmi untuk pengesahan Senat. Presiden boleh melantik ketua agensi lain dan anggota Pejabat Eksekutif Presiden Amerika Syarikat yang tidak disahkan Senat sebagai anggota peringkat Kabinet.
Kabinet terkini
[sunting | sunting sumber]Kabinet secara tetap merangkumi naib presiden dan ketua-ketua 15 jabatan eksekutif, yang disenaraikan di sini mengikut urutan perwarisan jawatan presiden. Speaker Dewan dan presiden pro tempore senat mengikuti naib presiden dan mendahului setiausaha negara dalam urutan berturut-turut, tetapi kedua-duanya berada dalam cabang perundangan dan bukan sebahagian daripada Kabinet.
| Pejabat | Penjawat kini | Mula menjawat |
|---|---|---|
Naib Presiden |
JD Vance |
20 Januari 2025 |
Setiausaha Negara |
Marco Rubio |
21 Januari 2025 |
Setiausaha Perbendaharaan |
Scott Bessent |
28 Januari 2025 |
Setiausaha Pertahanan Setiausaha Perang |
Pete Hegseth |
25 Januari 2025 |
Peguam Negara |
Pam Bondi |
5 Februari 2025 |
Setiausaha Dalam Negeri |
Doug Burgum |
1 Februari 2025 |
Setiausaha Pertanian |
Brooke Rollins |
13 Februari 2025 |
Setiausaha Perdagangan |
Howard Lutnick |
21 Februari 2025 |
Setiausaha Buruh |
Lori Chavez-Deremer |
11 Mac 2025 |
Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia |
Robert F. Kennedy Jr. |
19 Mac 2021 |
Setiausaha Perumahan dan Pembangunan Bandar |
Scott Turner |
5 Februari 2025 |
Setiausaha Pengangkutan |
Sean Duffy |
28 Januari 2025 |
Setiausaha Tenaga |
Chris Wright |
4 Februari 2025 |
Setiausaha Pendidikan |
Linda McMahon |
3 Mac 2025 |
Setiausaha Hal Ehwal Veteran |
5 Februari 2025 | |
Setiausaha Keselamatan Tanah Air |
Kristi Noem |
25 Januari 2025 |
Pegawai peringkat Kabinet
[sunting | sunting sumber]Presiden boleh menetapkan jawatan tambahan untuk menjadi anggota Kabinet, yang boleh berbeza-beza di bawah setiap presiden. Mereka tidak berada dalam turutan perwarisan jawatan presiden dan tidak semestinya pegawai Amerika Syarikat.[2]
| Pejabat | Penjawat kini | Mula berkhidmat |
|---|---|---|
Pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar |
Lee Zeldin |
29 Januari 2025 |
Pengarah Pejabat Pengurusan dan Bajet |
Russell Vought |
7 Februari 2025 |
Pengarah Perisikan Kebangsaan |
Tulsi Gabbard |
12 Februari 2025 |
Pengarah Agensi Perisikan Pusat |
John Ratcliffe |
23 Januari 2025 |
Wakil Perdagangan |
Jamieson Greer |
27 Februari 2025 |
Pentadbir Pentadbiran Perniagaan Kecil |
Kelly Loeffler |
20 Februari 2025 |
Ketua Staf Rumah Putih |
Susie Wiles |
20 Januari 2025 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kirk Bailey. "What is the President's Cabinet?". dummies. Dicapai pada 2021-01-25.
- ^ The White House. "The Cabinet". Dicapai pada February 6, 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kabinet Amerika Syarikat |