Kabinet Azerbaijan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Jemaah Menteri Azerbaijan
Azərbaycan Respublikasının Nazirlər Kabineti
Cabinet of Ministers.jpg
Gambaran keseluruhan
Dibentuk18 Oktober 1991
Ibu pejabat68 Lermontov str, Baku, Azerbaijan AZ1066
Eksekutif agensi
Laman sesawang
www.cabmin.gov.az

Kabinet Azerbaijan (Jemaah Menteri Azerbaijan) ialah badan penasihat kerajaan Azerbaijan. Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri Azerbaijan yang merupakan ketua kerajaan dan ketua kabinet.

Komposisi dan tugas kabinet dikawal selia oleh Perlembagaan Azerbaijan.

Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri, menteri-menteri, timbalan menteri dan ketua-ketua jabatan kerajaan. Perdana Menteri dan para menteri mestilah menjadi ahli Dewan Negara Azerbaijan. Timbalan menteri dan ketua-ketua jabatan kerajaan tidak perlu menjadi ahli Dewan Negara.

Perdana Menteri dan Kabinet memiliki kuasa yang terhad, dan mereka bertindak sebagai penasihat kepada Presiden Azerbaijan, yang merupakan ketua negara dan ketua badan eksekutif, dan mempunyai kuasa paling banyak. Mereka dan badan perundangan negara, iaitu Perhimpunan Kebangsaan Azerbaijan, adalah subordinat kepada Presiden.

Presiden Azerbaijan melantik Perdana Menteri, para menteri, ketua-ketua jabatan kerajaan, dan semua pegawai pentadbir peringkat kabinet lain kerajaan. Sebelum mereka dilantik ke jawatan masing-masing, mereka terlebih dahulu dicalonkan oleh Presiden dan disahkan oleh Dewan Negara. Jika pencalonan seseorang bagi jawatan Perdana Menteri ditolak tiga kali oleh Dewan Negara, maka Presiden boleh melantik Perdana Menteri tanpa kelulusan Dewan Negara.[1]

Walaupun, lazimnya Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Kabinet, Presiden juga boleh mempengerusikan mesyuarat Kabinet berdasarkan lunas-lunas Perlembagaan. Presiden juga mempunyai kuasa untuk membatalkan perintah dan resolusi Kabinet.[2] Kabinet meletakkan jawatan apabila Presiden yang baru dipilih memegang jawatan dan satu Kabinet baru dibentuk oleh Presiden.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Official web-site of President of Azerbaijan Republic - AZERBAIJAN » Constitution". en.president.az. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-27. Dicapai pada 2017-11-12.
  2. ^ Elections in Azerbaijan; embarrassment for the West Diarkibkan 2010-11-27 di Wayback Machine, EastWeek, November 2010
  3. ^ "Official web-site of President of Azerbaijan Republic - AZERBAIJAN » Constitution". en.president.az. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-27. Dicapai pada 2017-11-12.