Pergi ke kandungan

Kabinet Negeri Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kabinet Sarawak)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Sarawak atau sering digunakan sebagai Kabinet Kerajaan Sarawak ialah cabang eksekutif bagi kerajaan Sarawak, Malaysia. Majlis ini terdiri daripada Premier dan beberapa anggota Dewan Undangan Sarawak (DUS) yang terpilih.

Majlis ini adalah serupa dalam struktur dan peranan Kabinet di peringkat persekutuan, cuma saiznya lebih sederhana dan menyeluruh. Oleh kerana tanggungjawab persekutuan dan wilayah Sarawak berbeza, terdapat beberapa portfolio yang berbeza antara kerajaan Persekutuan (Malaysia) dan kerajaan Sarawak.

Portfolio di wilayah Sarawak digelar sebagai kementerian (ministry), manakala anggota Majlis ini dipanggil sebagai Menteri (Minister). Menteri-menteri dibantu oleh seorang atau dua orang penolong menggunakan gelaran Timbalan Menteri (Deputy Minister). Timbalan Menteri bukan anggota Majlis.

Senarai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Sarawak

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan barisan Kabinet Sarawak yang mula ditubuhkan pada 30 Disember 2021[1] dan mengangkat sumpah pada 4 Januari 2022.

Sejak itu, ahli Kabinet ialah:[2]

Premier
YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (PBB)
Timbalan Premier
YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas (PBB)
YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan (PBB)
YB Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian (SUPP)
Menteri
Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baharu YAB Tan Sri Abang Johari Tun Openg GPS (PBB)
YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas GPS (PBB)
Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli YAB Tan Sri Abang Johari Tun Openg GPS (PBB)
YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan GPS (PBB)
Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar YAB Tan Sri Abang Johari Tun Openg GPS (PBB)
Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas GPS (PBB)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan GPS (PBB)
Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian GPS (SUPP)
Kementerian Pertanian Moden dan Pembangunan Wilayah YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom GPS (PBB)
Kementerian Pengangkutan YB Datuk Lee Kim Shin GPS (SUPP)
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi YB Datuk Julaihi Narawi GPS (PBB)
Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah GPS (PBB)
Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan
Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Komuniti YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah GPS (PBB)
Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat YB Datuk Roland Sagah Wee Inn GPS (PBB)
Jabatan Premier Sarawak YB Datuk John Sikie Tayai GPS (PRS)

Timbalan Menteri

[sunting | sunting sumber]
Nama Kementerian Portfolio Penyandang Parti
Timbalan Menteri
Jabatan Premier Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri–Persekutuan YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali GPS (PBB)
Buruh, Imigresen & Pemantauan Projek YB Datuk Gerawat Gala GPS (PBB)
Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak YB Datuk Abdullah Saidol GPS (PBB)
Integriti dan Ombudsman YB Datuk Juanda Jaya GPS (PBB)
Undang-Undang dan Adat Bumiputera YB Encik Jefferson Jamit Unyat GPS (PRS)
Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli YB Datuk Haji Len Talif Salleh GPS (PBB)
Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar YB Dr. Hazland Abang Hipni GPS (PBB)
Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Pembangunan Infrastruktur YB Aidel Lariwoo GPS (PBB)
Pembangunan Pelabuhan YB Dato Majang Renggi GPS (PBB)
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan YB Datuk Malcom Mussen Lamoh GPS (PRS)
Kementerian Pertanian Moden dan Pembangunan Wilayah Pertanian Moden YB Dato' Dr. Abdul Rahman Ismail GPS (PBB)
Pembangunan Wilayah YB Maclaine @ Martin Ben GPS (PBB)
Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Pendidikan dan Inovasi YB Datuk Dr. Haji Annuar Rapaee GPS (PBB)
Pembangunan Bakat YB Datuk Francis Harden Hollis GPS (SUPP)
Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Komuniti Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak YB Datuk Hajah Rosey Yunus GPS (PBB)
Pembangunan Kebajikan Komuniti YB Mohamad Razi Sitam GPS (PBB)
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Telekomunikasi YB Datuk Liwan Lagang GPS (PRS)
Utiliti YB Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi[3] GPS (PBB)
Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kerajaan Tempatan YB Datuk Dr. Penguang Manggil GPS (PDP)
Kesihatan Awam dan Perumahan YB Michael Tiang Ming Tee GPS (SUPP)
Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Pelancongan YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew GPS (SUPP)
Industri Kreatif dan Seni Persembahan YB Datuk Snowdan Lawan GPS (PRS)
Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Pembangunan Belia dan Sukan YB Dato' Gerald Rentap Jabu GPS (PBB)
Pembangunan Usahawan YB Dr. Ripin Lamat GPS (PBB)
Kementerian Pengangkutan YB Datuk Dr. Jerip Susil GPS (PBB)
YB Dato' Henry Harry Jinep GPS (PDP)

Ahli Rasmi

[sunting | sunting sumber]
Kedudukan Pemegang jawatan
Setiausaha Kerajaan Sarawak Yang Berhormat. Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki
Peguam Besar Sarawak Yang Arif. Dato' Sri Saferi Ali
Setiausaha Kewangan Sarawak YBhg. Datu Dr. Haji Wan Lizozman Wan Omar

Senarai kementerian kerajaan Sarawak

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai kementerian yang ada di wilayah Sarawak :

  • Jabatan Premier Sarawak
  • Kementerian Kewangan dan Pelaburan Sarawak
  • Kementerian Ekonomi dan Perindustrian Sarawak
  • Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Sarawak
  • Kementerian Komoditi, Penternakan dan Agroteknologi Sarawak
  • Kementerian Hal Ehwal Wilayah, Perundangan dan Pertahanan Sarawak
  • Kementerian Tenaga Kerja, Kemahiran dan Integriti Sarawak
  • Kementerian Alam Sekitar dan Ekonomi Hijau Sarawak
  • Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Bakat Sarawak
  • Kementerian Perpaduan Rakyat dan Keharmonian Agama Sarawak
  • Kementerian Kesihatan Awam dan Keselamatan Pekerjaan Sarawak
  • Kementerian Perumahan, Perbandaran dan Kerajaan Tempatan Sarawak
  • Kementerian Pengangkutan Sarawak
  • Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak
  • Kementerian Multimedia dan Industri Kreatif Sarawak
  • Kementerian Perdagangan, Pelabuhan dan Keusahawanan Sarawak
  • Kementerian Pelancongan, Tradisi dan Seni Persembahan Sarawak
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak

Implikasi positif kepada Sarawak

[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Kabinet Kerajaan Sarawak ini banyak memberi implikasi yang lebih positif kepada masyarakat yang berbilang kaum serta seluruh wilayah Sarawak secara amnya. Antaranya ialah :

  • Meningkatkan sepenuhnya hasil pendapatan utama dan keuntungan bersih wilayah Sarawak, sekaligus mencapai status wilayah berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.
  • Mengutamakan hal ehwal ekonomi yang berasaskan sektor perbankan, kewangan, perindustrian, perlombongan, pembinaan, pendidikan, perubatan, perhotelan, dan sektor komersial di Sarawak.
  • Meningkatkan mutu perkhidmatan awam Sarawak, sektor swasta, syarikat-syarikat korporat, syarikat-syarikat multinasional, dan sektor perusahaan mikro, kecil & sederhana (PMKS).
  • Meningkatkan kerjasama strategik dan kerjasama diplomatik antara Kerajaan Sarawak dengan negara-negara yang lebih maju serta memupuk semangat kebersamaan antara negara serantau dalam ASEAN.
  • Mengutamakan penyampaian perkhidmatan, integriti dan tadbir urus penjawat awam wilayah Sarawak.
  • Mengurangkan kadar inflasi serta menurunkan kadar pengangguran di Sarawak.
  • Memfokuskan dasar pembangunan ekonomi baharu seperti ekonomi hijau (green economy), sumber tenaga alternatif, kemajuan desa dan bandar, pembangunan infrastruktur asas wilayah, pembangunan bandar pintar, serta Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).
  • Kestabilan politik yang lebih kukuh dan keadilan yang lebih saksama untuk rakyat Sarawak.
  • Mengembalikan dan mewartakan sepenuhnya hak-hak wilayah Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Memperjuangkan hak kemerdekaan wilayah Sarawak menerusi pelaksanaan menyeluruh hak autonomi pendidikan, autonomi kesihatan, autonomi pentadbiran kerajaan, hal ehwal ekonomi & kewangan wilayah, borneonisasi wilayah, autonomi perairan Sarawak, hak tanah adat wilayah, serta hak kewarganegaraan tetap rakyat Sarawak.
  • Mengutamakan hak-hak istimewa untuk golongan muda (belia), golongan wanita, golongan warga emas, gelandangan, dan golongan kurang upaya (OKU) di Sarawak.
  • Menyatupadukan seluruh masyarakat Sarawak yang berbeza kaum dan agama masing-masing, sekaligus dapat mengekalkan keamanan dan kesejahteraan wilayah Sarawak sebagai sebuah wilayah yang harmoni, sejahtera, aman dan makmur.
  • Menghapuskan sepenuhnya kadar kemiskinan tegar dan kemasukan pendatang asing secara haram.
  • Menghapuskan semua aktiviti-aktiviti jenayah termasuk kegiatan penyalahgunaan dadah, alkohol & bahan terlarang, jenayah sosial, jenayah gengsterisme & buli, serta kegiatan subversif (aktiviti keganasan melampau) di Sarawak.
  • Membanteras sepenuhnya gejala rasuah, politik wang, pengubahan wang haram, dan salah guna kuasa yang semakin berleluasa di Sarawak.
  • Mengutamakan hal ehwal pemeliharaan alam sekitar, perlindungan habitat semulajadi, kebersihan persekitaran bandar & luar bandar, pemuliharaan hidupan marin & terumbu karang wilayah, dan kelestarian biodiversiti di Sarawak.
  • Memfokuskan sektor kejuruteraan teknologi dan sektor teknikal & vokasional (TVET) di Sarawak, seperti penggunaan teknologi kecerdasan buatan (A.I.), kejuruteraan robotik moden, teknologi kejuruteraan aeroangkasa dan penerbangan awam, teknologi semikonduktor, serta pendidikan berasaskan sains dan teknologi terkini.
  • Menggalakkan masyarakat Sarawak memahami sepenuhnya manfaat dan kepentingan penggunaan teknologi digital baharu buatan tempatan, seperti aplikasi S Pay Global (Sarawak Pay), teknologi KETEQ AI, dan banyak lagi.

Aspek Rukun Negara dalam masyarakat Sarawak

[sunting | sunting sumber]

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

[sunting | sunting sumber]

Prinsip pertama ini menekankan bahawa masyarakat Malaysia perlu berpegang kepada kepercayaan terhadap Tuhan sebagai asas dalam kehidupan. Meskipun agama Islam adalah merupakan agama rasmi seluruh Malaysia, tetapi Sarawak berhak untuk tidak menetapkan mana-mana agama rasmi di wilayah ini. Ini kerana Sarawak adalah satu-satunya wilayah yang mengamalkan amalan kebebasan beragama di wilayah ini. Walaupun seseorang individu itu beragama Islam, Kristian, Buddha, Taoisme, Sikh, atau agama-agama lain, tetapi hanya Sarawak sahaja yang membenarkan untuk menganuti mana-mana agama yang ada, selaras dengan undang-undang kerajaan negeri Sarawak.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

[sunting | sunting sumber]

Prinsip kedua ini amat penting bagi memastikan setiap rakyat teguh mempertahankan kedaulatan negara dan menghormati sistem pemerintahan beraja di Malaysia. Sarawak merupakan wilayah yang tidak mempunyai raja (sultan). Ini kerana wilayah ini hanya mempunyai seorang Yang di-Pertua Negeri Sarawak (atau lebih dikenali sebagai Gabenor Sarawak) yang berperanan sebagai ketua pemerintah tertinggi kerajaan bagi seluruh Sarawak. Walaupun wilayah ini tidak mempunyai raja, namun seluruh rakyat Sarawak amat menyanjungi dan menghargai kewibawaan & kepimpinan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara untuk seluruh Malaysia.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

[sunting | sunting sumber]

Prinsip yang ketiga ini menekankan bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara. Ini termasuk kebebasan bersuara, hak beragama, dan hak untuk mendapat pendidikan – semuanya termaktub dan perlu dihormati oleh semua masyarakat. Dalam aspek wilayah Sarawak pula, kewujudan Perlembagaan Negeri Sarawak amat penting sekaligus berperanan sebagai undang-undang asas wilayah Sarawak. Perlembagaan ini termasuk juga perlindungan khas kepada rakyat Sarawak, kuasa imigresen wilayah, kuasa hak pelantikan Premier Sarawak, hak autonomi pendidikan, hak autonomi kesihatan, hak tanah adat peribumi Sarawak, serta hak perlindungan kawasan perairan wilayah Sarawak.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

[sunting | sunting sumber]

Prinsip keempat ini sangat penting bagi memastikan setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira status atau kedudukan, tertakluk kepada undang-undang yang sama. Harus ditegaskan bahawa tiada sesiapa pun rakyat boleh bertindak sesuka hati. Dalam sistem pentadbiran kerajaan Sarawak sekarang, kewujudan undang-undang / ordinan-ordinan kerajaan Sarawak penting bagi menjamin sepenuhnya keamanan dan keharmonian masyarakat di wilayah ini. Undang-undang wilayah Sarawak seperti Akta Pengurusan Tanah Negeri, Akta Warisan Budaya Sarawak, Ordinan Buruh Sarawak, Ordinan Pengedaran Gas Sarawak (DGO), serta undang-undang / ordinan-ordinan lain yang masih berkuatkuasa di Sarawak. Terdapat juga undang-undang khusus yang berkaitan dengan hak dan keistimewaan wilayah Sarawak, selaras dengan Perjanjian 18 Perkara Sarawak dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

[sunting | sunting sumber]

Prinsip kelima ini menjadi tunjang utama pembentukan masyarakat yang berbudi bahasa, saling hormat menghormati, dan beradab dalam pergaulan. Oleh itu, prinsip kelima ini perlu diterapkan sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan masyarakat sama ada di rumah, di sekolah, di tempat kerja, malah ketika interaksi dalam talian. Kebanyakan masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak, tidak kira di bandar mahupun di luar bandar, mereka masih lagi mengamalkan semangat bersatu padu antara semua kaum dan agama masing-masing, tingkah laku sosial yang sangat baik, sikap amanah, jujur dan ikhlas yang tinggi, serta sentiasa hormat menghormati di kalangan semua komuniti di wilayah ini.

Sejarah keanggotaan Majlis

[sunting | sunting sumber]

Kabinet Negeri Sarawak Penggal 12 (2022–kini)

[sunting | sunting sumber]
Senarai Anggota Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak (2022–sekarang)
Parti Kemas kini tahunan
2022 2023 2024 2025 2026
Premier Abang Johari Tun Openg (Gedong)
Timbalan Premier 1 Douglas Uggah Embas (Bukit Saban)
Timbalan Premier 2 Awang Tengah Ali Hassan (Bukit Sari)
Timbalan Premier 3 Sim Kui Hian (Batu Kawah)
1 Stephen Rundi Utom (Kemena)
2 Julaihi Narawi (Sebuyau)
3 Abdul Karim Rahman Hamzah (Asajaya)
4 Fatimah Abdullah (Dalat)
5 Roland Sagah Wee Inn (Tarat)
6 Lee Kim Shin (Senadin)
7 John Sikie Tayai (Kakus)

Kabinet Negeri Sarawak Penggal 11 (2016–2021)

[sunting | sunting sumber]
Senarai Anggota Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak (2016-2021)
Parti Kemas kini tahunan Parti Kemas kini tahunan
2016 2017 2018 2018 2019 2020 2021
KM PBB Adenan Satem Abang Johari Tun Openg PBB Abang Johari Tun Openg
TKM PBB Douglas Uggah Embas PBB Douglas Uggah Embas
TKM PBB Abang Johari Tun Openg Awang Tengah Ali Hassan PBB Awang Tengah Ali Hassan
TKM PRS James Jemut Masing PRS James Jemut Masing
1 PBB Awang Tengah Ali Hassan Talib Zulpilip PBB Talib Zulpilip
2 PBB Michael Manyin Jawong PBB Michael Manyin Jawong
3 PBB Fatimah Abdullah PBB Fatimah Abdullah
4 PBB Stephen Rundi Utom PBB Stephen Rundi Utom
5 PBB Kosong Abdul Karim Rahman Hamzah PBB Abdul Karim Rahman Hamzah
6 SUPP Sim Kui Hian SUPP Sim Kui Hian
7 UPP Wong Soon Koh PSB Wong Soon Koh
SUPP Lee Kim Shin

Kabinet Negeri Sarawak Penggal 10 (2011–2016)

[sunting | sunting sumber]
Senarai Anggota Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak (2011-2016)
Parti Kemas kini tahunan Parti Kemas kini tahunan
2011 2012 2013 2014 2014 2015 2016
KM PBB Abdul Taib Mahmud Adenan Satem PBB Adenan Satem
TKM PBB Alfred Jabu Numpang PBB Alfred Jabu Numpang
1 PBB Adenan Satem Kosong
2 PRS James Jemut Masing PRS James Jemut Masing
5 PBB Awang Tengah Ali Hassan PBB Awang Tengah Ali Hassan
4 PBB Michael Manyin Jawong PBB Michael Manyin Jawong
3 PBB Abang Johari Tun Openg PBB Abang Johari Tun Openg
6 PBB Fatimah Abdullah PBB Fatimah Abdullah
7 SPDP William Mawan Ikom TERAS William Mawan Ikom
8 SUPP Wong Soon Koh UPP Wong Soon Koh

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Abang Johari announces his Cabinet line-up". Astro AWANI. 19 January 2017. Dicapai pada 19 January 2017.
  2. ^ https://www.theborneopost.com/2021/12/30/sarawak-cabinet-full-line-up/
  3. ^ Juga sebagai Menteri yang bertanggungjawab ke atas Pembangunan Hal Ehwal Islam Sarawak. Rujuk: "Premier Sarawak Ketuai Khatam Al-Quran Secara Berkumpulan – UKAS" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-11.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]