Pergi ke kandungan

Kabir Bhatia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kabir Bhatia
Kelahiran
Kabir Subash Bhatia

(1969-10-22) 22 Oktober 1969 (umur 56)
WarganegaraIndia
Nama lainMohd Kabir Bhatia Abdullah
PekerjaanPengarah filem, penulis skrip, penerbit, penyunting
Tahun aktif1994–kini
MajikanFilmscape
Karya terkenal
PasanganMira Mustaffa

Kabir Bhatia (lahir Kabir Subash Bhatia; 22 Oktober 1969) juga dikenali dengan nama Islam Mohd Kabir Bhatia Abdullah[1] merupakan seorang pengarah, penerbit dan penulis lakonlayar India di Malaysia kelahiran Mumbai, India.[2][3] Beliau bersama isterinya, Mira Mustaffa memiliki syarikat penerbitan Filmscape Sdn. Bhd.[1]

Kabir berhijrah ke Malaysia pada 1994 di mana beliau berkhidmat di syarikat penerbitan Antah UTV dan memulakan kerjaya televisyen dengan mengarahkan beberapa drama TV termasuk City of Rich, Frontpage dan Hartamas. Beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem pertama arahannya, Cinta yang menggabungkan 10 pelakon popular tanah air.

Antara filem-filem terkenal beliau ialah Sepi (2008), Setem (2010), Nur Kasih The Movie (2011) dan Gila Baby (2014). Kredit televisyen terkenal beliau yang lain termasuk Kekasihku Seru, Tower 13, Gemilang, Juvana dan Cinta Jangan Pergi.

Projek terkini beliau ialah drama Anak Merdeka yang mana beliau mengarahkan 2 episod serta filem epik percintaan 2018, Pulang.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Pengarah Penulis skrip Penerbit Penyunting
2006 Cinta Ya Tidak Tidak Tidak Filem arahan pertama
2008 Sepi Ya Tidak Tidak Tidak
Love Ya Tidak Tidak Tidak Filem Indonesia
2009 Setem Ya Ya Tidak Tidak
2011 Nur Kasih The Movie Ya Ya Tidak Tidak
2013 Sembunyi: Amukan Azazil Ya Cerita Ya Ya Penerbit eksekutif
Juvana Tidak Tidak Ya Tidak
2014 Dollah Superstar Ya Cerita Ya Ya
Gila Baby Ya Ya Ya Ya
2015 Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Tidak Tidak Ya Tidak
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir Tidak Tidak Ya Tidak
2017 Bisik Pada Langit Ya Tidak Tidak Tidak
2018 Pulang Ya Tidak Tidak Ya
2019 Sangkar Ya Tidak Tidak Ya
2021 Kerana Korona Ya Tidak Tidak Tidak Astro First
2022 Juang Ya Tidak Tidak Tidak Arahan bersama Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai dan Osman Ali
Talbis Iblis Ya Tidak Tidak Ya
TBA Chekau Ya Tidak Tidak Tidak
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Saluran TV Catatan
Pengarah Penerbit Penyunting
1998 Mastura Ya Tidak Tidak ntv7
2005–2013 Incredible Table Ya Tidak Tidak Mediacorp
2008 Kekasihku Seru Ya Tidak Tidak TV3
Frontpage Ya Tidak Tidak ntv7
2009 Nur Kasih Ya Tidak Tidak TV3
Tower 13 Ya Tidak Tidak
2011 Gemilang Ya Tidak Tidak
Juvana Tidak Ya Tidak
2012 Waris Ya Tidak Tidak
2013 Cinta Jangan Pergi Ya Tidak Tidak TV9
2014 Jiwa Ya Tidak Tidak TV3
Antidot Ya Tidak Tidak Arahan bersama Norhaizam Mohd dan Ariffin Zulkarnain
2015 Delina Ya Tidak Tidak Arahan bersama Roshfaizal Ariffin
Keluarga Pontimau Ya Tidak Tidak
2017 Anak Merdeka Ya Tidak Tidak Astro Prima Episod 3 & 6
2018 Salon Ya Tidak Tidak Viu
2022 Villa Kristal Ya Tidak Tidak WeTV Arahan bersama Jason Chong
2023-2024 The Last Bount Ya Ya Ya Mediacorp Penerbit eksekutif

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Saluran TV
Pengarah
2011 Akinabalu Ya Astro Citra
2020 Aku, Bunga Ya Astro First Eksklusif

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Karya Tercalon Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Pengarah Terbaik Filem Pulang Tercalon
2021 Festival Filem Malaysia ke-31 Pengarah Terbaik Sangkar (filem) Menang
  1. ^ a b Shazryn Mohd Faizal (28 Februari 2011). "Resipi kejayaan Kabir, Mira". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-24. Dicapai pada 24 Disember 2017.
  2. ^ Wanda Idris (9 Jun 2005). "Kabir Bhatia - Banyak mengarah soap opera Melayu". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-24. Dicapai pada 24 Disember 2017.
  3. ^ "Biodata Kabir Bhatia". Cinema.com.my. Dicapai pada 26 Disember 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]