Pergi ke kandungan

Kabungalor

Koordinat: 4°21′16.1″U 116°10′48.52″T / 4.354472°U 116.1801444°T / 4.354472; 116.1801444
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kabungalor, Lumbis, Nunukan)
Kabungalor
Kabungalor yang terletak di Kalimantan
Kabungalor
Kabungalor
Lokasi di Kalimantan dan Indonesia
Kabungalor yang terletak di Indonesia
Kabungalor
Kabungalor
Kabungalor (Indonesia)
Koordinat: 4°21′16.1″U 116°10′48.52″T / 4.354472°U 116.1801444°T / 4.354472; 116.1801444
NegaraIndonesia
ProvinsiKalimantan Utara
KabupatenNunukan
KecamatanLumbis Hulu
Keluasan
 • Jumlah
53.66 km2 (20.72 batu persegi)
Penduduk
 (2023)
 • Jumlah
55
 • Kepadatan1.0/km2 (2.7/batu persegi)

Kabungalor ialah desa[1] di kecamatan Lumbis Hulu, Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia. Pada 2026, kawasan seluas 5.01 kilometer persegi (501 he) daripada keluasan asal 58.67 kilometer persegi (5,867 he) telah masuk ke kawasan Malaysia iaitu di Daerah Nabawan, Sabah berikutan persetujuan menyelesaikan masalah sempadan antara dua negara tersebut.[2]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Menurut Bancian Penduduk Indonesia 2010, Kabungalor mempunyai 32 penduduk.[3] Pada 2017, jumlah penduduk Kabungalor ialah 76 orang.[4] Pada 2023, jumlah penduduknya menurun kepada 55 orang.[5]

Berikutan perubahan sempadan negara, penduduk yang terjejas kekal sebagai rakyat Indonesia dan akan dipindahkan ke lokasi baharu dengan pampasan dibincang oleh Pemerintah Indonesia.[6]

Perubahan sempadan

[sunting | sunting sumber]

Pada 2011, Kecamatan Lumbis dipecahkan kepada Kecamatan Lumbis dan Kecamatan Lumbis Ogong dengan Kabungalor dimasukkan ke dalam Lumbis Ogong.[7] Kemudian, Kecamatan Lumbis Ogong dipecahkan kepada Kecamatan Lumbis Pansiangan dan Kecamatan Lumbis Hulu. Pada 2019, suatu tinjauan untuk Segmen Masalah Sempadan Tertangguh (OBP) Luar Sungai Sinapad telah disepakati antara Indonesia dan Malaysia untuk menyelesaikan sempadan Malaysia–Indonesia.[8] Pada 2025, memorandum persefahaman telah dimeteraikan untuk menyelesaikan OBP tersebut.[9] Pada Januari 2026, Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Sempadan Indonesia memaklumkan Kabungalor, Lepaga dan Tetagas telah memasuki wilayah Malaysia.[10] Namun, masyarakat di desa tersebut membantah kenyataan tersebut menyatakan hanya ladang mereka yang masuk Malaysia.[11] Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menjelaskan dalam sidang parlimen bahawa sebahagian kecil daripada kampung tersebut dengan sendirinya termasuk ke kawasan Malaysia.[12]

  1. ^ "Peraturan Kepala Badan Pusat Statistik Nomor 37 Tahun 2010 Tentang Klasifikasi Perkotaan dan Perdesaan di Indonesia" (PDF). Pejabat Pengelola Informasi dan Dokumentasi Badan Pusat Statistik (dalam bahasa Indonesia). m/s. 349. Dicapai pada 23 Januari 2026.
  2. ^ Nasir, Aslinda (5 Februari 2026). "Bukan pampasan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2026. Dicapai pada 11 Februari 2026.
  3. ^ "Penduduk Indonesia Menurut Desa: Hasil Sensus Penduduk 2010" (PDF). Portal PPID Badan Pusat Statistik (dalam bahasa Indonesia). Pejabat Pengelola Informasi dan Dokumentasi Badan Pusat Statistik. m/s. 1689. Dicapai pada 23 Januari 2026.
  4. ^ "2019: Kecamatan Lumbis Ogong Dalam Angka". Badan Nasional Pengelola Perbatasan Republik Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Badan Pusat Statistik Kabupaten Nunukan. m/s. 43. Dicapai pada 23 Januari 2026.
  5. ^ "Profil Perkembangan Kependudukan Kabupaten Nunukan 2024" (PDF). Portal Satu Data Kabupaten Nunukan (dalam bahasa Indonesia). Dinas Kependudukan dan Pencatatan Sipil Kabupaten Nunukan. m/s. 30. Dicapai pada 23 Januari 2026.
  6. ^ Ismail, Saadiah (6 Februari 2026). "Kampung milik Malaysia, penduduk kekal Indonesia". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2026. Dicapai pada 11 Februari 2026.
  7. ^ "Statistik Daerah Kecamatan Lumbis Ogong". Portal Satu Data Kabupaten Nunukan (dalam bahasa Indonesia). Badan Pusat Statistik Kabupaten Nunukan. m/s. 2. Dicapai pada 23 Januari 2026.
  8. ^ "Peraturan Presiden Republik Indonesia Nomor 118 Tahun 2022 Tentang Rencana Induk Pengelolaan Batas Wilayah Negara dan Kawasan Perbatasan Tahun 2020-2024" (PDF). Portal Satu Data Kabupaten Nunukan (dalam bahasa Indonesia). Dinas Kependudukan dan Pencatatan Sipil Kabupaten Nunukan. m/s. 30. Dicapai pada 23 Januari 2026.
  9. ^ Mohd Iskandar Ibrahim (23 Januari 2026). "Isu 3 kampung masuk wilayah Malaysia: NRES akan keluarkan kenyataan penuh". Harian Metro. Dicapai pada 23 Januari 2026.
  10. ^ "Tiga desa di Nunukan, Kalimantan Utara beralih masuk ke Malaysia". Harian Metro. 22 Januari 2026. Dicapai pada 23 Januari 2026.
  11. ^ "Jangan Pernah Katakan Tiga Desa Kami Hilang Masuk Malaysia, Itu Hanya Kebun, Bukan Pemukiman Kami". InfoSTI (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 11 Februari 2026.
  12. ^ "Isu jajaran sempadan Malaysia – Indonesia: Ini penjelasan PM". Berita Harian. 4 Februari 2026. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2026. Dicapai pada 11 Februari 2026.