Kabupaten Siak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kabupaten Siak
Daerah tingkat II
Kabupaten Siak is located in Bumi
Kabupaten Siak
Kabupaten Siak (Bumi)
Koordinat: 0°58′28″N 102°00′48″E / 0.9744°N 102.0133°E / 0.9744; 102.0133
Negara Indonesia
ProvinsiRiau
Tanggal berdiri1999
Dasar hukumUU No. 53
Ibu kotaSiak Sri Indrapura
Jumlah satuan pemerintahan
Daftar
  • Kecamatan: 11
  • Kelurahan: 57
Kerajaan
 • BupatiHj. H. Arwin. AS, SH.
Keluasan
 • Jumlah5,011 km² km2 (Bad rounding hereFormatting error: invalid input when rounding batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah312,536 (2,006)
 • Kepadatan62.37/km2 (161.5/batu persegi)
Demografi
Zon waktuUTC+07:00 (WIB)
Laman sesawanghttp://www.siakkab.go.id/

Kabupaten Siak ialah salah satu kabupaten di Provinsi Riau, Indonesia bersempadan dengan Kabupaten Bengkalis di sebelah utara, timur dan barat, Kabupaten Kampar dan Kota Pekanbaru di sebelah selatan, dan Kabupaten Pelalawan di sebelah timur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ibu kota Kabupaten Siak adalah Siak Sri Indrapura yang merupakan tapak Kerajaan Siak Sri Indrapura didirikan pada tahun 1723 M oleh Raja Kecik yang bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah putera Raja Johor (Sultan Mahmud Shah) dengan isterinya Encik Pong. Pusat pemerintahan kerajaan Siak mula-mula berada di Buantan. Konon nama Siak berasal dari nama sejenis tumbuh-tumbuhan iaitu siak-siak yang banyak terdapat di situ.

Sebelum kerajaan Siak berdiri, daerah Siak berada dibawah kekuasaan Johor. Wakil yang memerintah dan mengawasi daerah ini adalah raja yang ditunjuk dan dilantik oleh Sultan Johor. Namun hampir 100 tahun daerah ini tidak ada yang memerintah. Daerah ini diawasi oleh Syahbandar yang dlantik untuk memungut cukai hasil hutan dan hasil laut.

Pada awal tahun 1699 Sultan Kerajaan Johor bergelar Sultan Mahmud Shah II mangkat ditikam Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi". Istrinya yang bernama Encik Pong pada waktu itu sedang hamil dilarikan ke Singapura, kemudian dibawa terus ke Jambi. Dalam perjalanan itu lahirlah Raja Kecik dan kemudian dibesarkan di Kerajaan Pagaruyung Minangkabau.

Sementara itu pucuk pimpinan Kerajaan Johor diduduki oleh Datuk Bendahara Tun Habib yang bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Syah.

Setelah Raja Kecik dewasa, pada tahun 1717 Raja Kecik berhasil merebut tahta Johor. Tetapi tahun 1722 Kerajaan Johor tersebut direbut kembali oleh Tengku Sulaiman ipar Raja Kecik yang merupakan putera Sultan Abdul Jalil Riayat Syah.

Dalam merebut Kerajaan Johor ini, Tengku Sulaiman dibantu oleh beberapa bangsawan Bugis. Terjadilah perang saudara yang mengakibatkan kerugian yang cukup besar pada kedua belah pihak, maka akhirnya masing-masing pihak mengundurkan diri. Pihak Johor mengundurkan diri ke Pahang, dan Raja Kecik mengundurkan diri ke Bintan dan seterusnya mendirikan negeri baru di pinggir Sungai Buantan (anak Sungai Siak). Demikianlah awal berdirinya kerajaan Siak di Buantan.

Namun, pusat Kerajaan Siak tidak menetap di Buantan. Pusat kerajaan kemudian selalu berpindah-randah dari kota Buantan pindah ke Mempura, pindah kemudian ke Senapelan Pekanbaru dan kembali lagi ke Mempura. Semasa pemerintahan Sultan Assyaidis Syarif Ismail Abdul Jalil Jalaluddin (1827-1864) pusat Kerajaan Siak dipindahkan ke kota Siak Sri Indrapura dan akhirnya menetap disana sampai akhirnya masa pemerintahan Sultan Siak terakhir, Sultan Assyaidis Syarif Kasyim Abdul Jalif Syaifudin.

Pada masa Sultan ke-11 yaitu Sultan Assayaidis Syarief Hasyim Abdul Jalil Syaifuddin yang memerintah pada tahun 1889? - 1908, dibangunlah istana yang megah terletak di kota Siak dan istana ini diberi nama Istana Asseraiyah Hasyimiah yang dibangun pada tahun 1889.

Pada masa pemerintahan Sultan Syarif Hasyim ini Siak mengalami kemajuan terutama dibidang ekonomi. Dan masa itu pula beliau berkesempatan melawat ke Eropa iaitu Jerman dan Belanda. Setelah wafat, beliau digantikan oleh puteranya yang masih kecil dan sedang bersekolah di Batavia (sekarang Jakartaiaitu Tengku Sulung Syarif Qasim dan baru pada tahun 1915 beliau ditabalkan sebagai Sultan Siak ke-12 dengan gelar Assayaidis Syarif Kasim Abdul Jalil Syaifuddin dan terakhir terkenal dengan nama Sultan Syarif Qasim Tsani (Sultan Syarif Kasim II).

Bersamaan dengan diisytiharkannya kemerdekaan Republik Indonesia, beliau pun mengibarkan bendera merah putih di Istana Siak dan tak lama kemudian beliau berangkat ke Jawa menemui Bung Karno dan menyatakan bergabung dengan Republik Indonesia sambil menyerahkan Mahkota Kerajaan serta wang sebesar 10,000 (Sepuluh Ribu) Gulden.

Dan sejak itu beliau meninggalkan Siak dan bermukim di Jakarta. Baru pada tahun 1960 kembali ke Siak dan mangkat di Rumbai pada tahun 1968.

Beliau tidak meninggalkan keturunan sama ada dari permaisuri Pertama Tengku Agung ataupun dari permaisuri kedua Tengku Maharatu.

Pada tahun 1997 Sultan Syarif Qasim II mendapat gelar kehormatan kepahlawanan sebagai seorang Pahlawan Nasional Republik Indonesia. Makam Sultan Syarif Qasim II terletak ditengah Kota Siak Sri Indrapura tepatnya disamping Masjid Sultan iaitu Masjid Syahabuddin.

Pada awal Pemerintahan Republik Indonesia, Kabupaten Siak ini merupakan Wilayah Kewedanan Siak di bawah Kabupaten Bengkalis yang kemudian berubah status menjadi Kecamatan Siak. Barulah pada tahun 1999 berubah menjadi Kabupaten Siak dengan ibukotanya Siak Sri Indrapura berdasarkan UU No. 53 Tahun 1999.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kabupaten Siak memiliki kawasan pesisir pantai yang berhampiran dengan sejumlah negara tetangga dan masuk kedalam daerah segitiga pettumbuhan (growth triangle) Indonesia - Malaysia - Singapura.

Kabupaten Siak sebagian besar terdiri dari dataran rendah di bagian Timur dan sebagian dataran tinggi di sebelah barat. Pada umumnya struktur tanah terdiri dari tanah podsolik merah kuning dan batuan, dan alluvial serta tanah organosol dan gley humus dalam bentuk paya atau tanah basah. Tanah ini subur untuk pengembangan pertanian, perkebunan dan perikanan. Daerah ini beriklim tropika dengan suhu udara antara 25° -- 32° Celsius, dengan kelembaban dan curah hujan cukup tinggi.

Selain dikenal dengan Sungai Siak yang membelah wilayah Kabupaten Siak, daerah ini juga terdapat banyak tasik-tasik yang tersebar di beberapa wilayah kecamatan. Sungai Siak sendiri terkenal sebagai sungai terdalam di Indonesiair. Oleh itu sungai siak memiliki nilai ekonomi yang tinggi, terutama sebagai sarana pengangkutan dan perhubungan. Namun banjir diramalkan sering berlaku di kawasan sepanjang Sungai Siak.

Selain Sungai Siak, daerah ini juga dialiri sungai-sungai lain, iaitu: Sungai Mandau, Sungai Gasib, Sungai Apit, Sungai Tengah, Sungai Rawa, Sungai Buantan, Sungai Limau, dan Sungai Bayam.

Tasik-tasik yang tersebar di daerah ini adalah: Tasik Ketialau, Tasik Air Hitam, Tasik Besi, Tasik Tembatu Sonsang, Tasik Pulau Besar, Tasik Zamrud, Tasik Pulau Bawah, Tasik Pulau Atas, dan Tasik Rawa.

Templat:Kabupaten Siak