Kaca gentian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kaca gentian ialah sejenis plastik bertetulang gentian menggunakan gentian kaca yang barangkalinya disusun secara rawak, diratakan menjadi bentuk lembaran atau ditenun menjadi fabrik. Matriks plastiknya mungkin jenis termoset yang sering berasaskan polimer dari jenis itu seperti epoksi, poliester resin, atau vinylester; atau termoplastik.

Bahan ini lebih murah dan fleksibel daripada gentian karbon, malah ia lebih kuat dari banyak logam berat. Ia juga boleh dibentuk menjadi bentuk yang kompleks, lalu ia kerap digunakan sebagai bahan binaan yang versatil.

Bahaya kesihatan[sunting | sunting sumber]

Sisa kaca gentian boleh menyebabkan kerengsaan pada mata, kulit dan sistem pernafasan, malah ia turut mebawa kepada disapnea (kesukaran bernafas); sakit tekak, suara serak dan batuk.[1] Bukti saintifik turut menunjukkan bahawa kaca gentian selamat dalam pembuatan, pemasangan dan penggunaan apabila amalan kerja yang disarankan diikuti untuk mengurangkan kerengsaan mekanikal sementara.[2] Kecuaian dalam pengunaan bahan kaca ini menyebabkannya sering terdedah, terutamanya di bilik bawah tanah yang kemudian diduduki. Persatuan Paru-Paru Amerika Syarikat menegaskan agar kaca gentian tidak dibiarkan terdedah di kawasan yang diduduki orang.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fibrous Glass Dust". Occupational Safety and Hazard Administration (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Buruh Amerika Syarikat. 
  2. ^ "Insulation Facts #62 "Health and Safety Facts for Fiber Glass", Pub. No. N040" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Pengeluar Penebat Amerika Utara. Mei 2012. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 4 Februari 2015. 
  3. ^ Hannon, Florence. "How safe is your basement?". Seacoastonline.com. Dicapai 8 Oktober 2017.