Pekan (pokok)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kacang pekan)

Pokok Pekan
Kebun Pokok Pekan
Taman Bersejarah Negara Lyndon B. Johnson
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. illinoinensis
Nama binomial
Carya illinoinensis
(Wangenh.) K.Koch
Kekeras pekan yang masak pada pokok.
Kekeras pekan .
Carya illinoinensis

Pokok pekan (disebut [pé.kan], nama saintifik: Carya illinoinensis) ialah salah satu spesies jemuju yang berasal dari bahagian tenggara Amerika Utara, iaitu dari Iowa Selatan dan Indiana Selataan sehingga Texas dan Mississippi. Selain daripada Texas dan Mississippi, ia juga tumbuh subur di Oklahoma, Louisiana, Carolina Selatan dan negeri-negeri tenggara Amerika Syarikat yang lain, serta juga di Mexico Timur Laut.

Pokok pekan adalah pokok daun luruh yang dapat ditumbuh lebih kurang di dalam zon lazak Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) antara 5 hingga 9, asalkan musim panas adalah cukup panas dan lembap. Ia boleh hidup dan menghasilkan kekeras selama melebihi 300 tahun, dan merupakan salah satu spesies jemuju yang paling besar. [1]. Musim menuai pekan secara tradisi adalah pada sekitar pertengahan bulan Oktober.


Huraian botani[sunting | sunting sumber]

Pokok pekan tumbuh sehingga 25 - 40 meter tingginya. Daunnya berselang-seli, antara 40 - 70 sentimeter panjangnya, dan berbentuk bujur dengan 9–13 (jarang sehingga 17) daun kecil. Ukuran setiap daun kecil antara 5–12 sentimeter panjangnya dan 2–6 sentimeter lebarnya. Pokok ini adalah tumbuhan monoesius, dengan bunga yang berwarna antara ungu hingga putih didebungakan oleh angin. Katkin-katkin stamen dan pistilat tumbuh pada pokok yang sama.

Kebanyakan Pokok pekan tidak serasi dengan diri sendiri dan menunjukkan dikotomi yang tidak sempurna kerana kebanyakan kultivar merupakan klon pokok-pokok liar. Secara amnya, harus adanya sekurang-kurang dua batang pokok daripada kultivar-kultivar yang berbeza sebelum pendebungaan saling boleh terjadi.

Buah pekan terdiri daripada kekeras dan kulit kasar yang 3-4 milimeter tebalnya. Kekerasnya yang berwarna perang tua berbentuk antara bujur dan empat segi panjang, dengan saiz 2.6 - 6 sentimeter panjangnya serta 1.5 - 3 sentimeter lebarnya. Kulitnya terbuka apabila matang untuk membebaskan kekeras yang berkulit nipis.

Penanaman dan kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kekeras pekan boleh dimakan, dengan rasanya kaya dan bermentega. Ia boleh dimakan secara mentah ataupun dimasak, khususnya sebagai pembasuh mulut, baik manis mahupun tidak. Salah satu pembasuh mulut yang paling biasa mempergunakan kekeras pekan sebagai ramuan utamanya ialah pai pekan, suatu resipi tradisional di bahagian selatan Amerika Syarikat. Kekeras pekan juga merupakan salah satu ramuan yang utama untuk gula-gula pralin yang sering dikaitkan dengan New Orleans.

Selain daripada kekeras pekan , kayu Pokok pekan juga boleh dipergunakan untuk membuat perabot, dan lantai kayu keras, serta juga sebagai bahan api perisa untuk menyalai daging.

Pokok pekan merupakan salah satu tanaman utama yang paling terkini. Walaupun kekeras pekan daripada pokok-pokok liar telah dikenali oleh para penjajah Amerika sebagai suatu makanan istimewa, penanaman komersil pokok ini di Amerika Syarikat tidak bermula sehingga dekad 1880-an. [2] Pada hari ini, Amerika Syarikat menghasilkan antara 80 - 95% daripada jumlah kekeras pekan di seluruh dunia, dengan hasil tahunan sebanyak 150-200 juta kilogram (300-400 juta paun) [3]. Bagaimanapun secara sejarah, negeri pengeluar kekeras pekan yang terutama di Amerika Syarikat ialah Georgia, diikuti oleh Texas, New Mexico dan Oklahoma, serta juga di Arizona. Di luar Amerika Syarikat, Pokok pekan ditanam di Afrika Selatan, Australia, Brazil, China, Israel, Mexico, dan Peru.

Pada awal dekad 1900-an, kulit pekan kekadang dipergunakan sebagai sebahagian sistem penurasan yang awal di Peru. Kulit hancur buah pekan dicampurkan dengan batuan dan batu keliki melalui kaedah yang amat serupa dengan sistem penurasan seramik suap graviti yang dikembangkan kemudian oleh John Doulton, seorang anak Inggeris.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Kekeras Pecan
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 2,891 kJ (691 kcal)
Karbohidrat 14 g
- Serabut diet 10 g
Lemak 72 g
- tepu 6 g
- monotaktepu 41 g
- politaktepu 22 g
Protein 9 g

Kekeras pekan merupakan salah satu sumber protein dan lemak tak tepu yang baik. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan kekeras dapat menurunkan risiko wanita terhadap batu hempedu. [4] Bahan-bahan antioksida dan sterol tumbuhan daripada kekeras pekan telah dibuktikan dapat mengurangkan kolesterol yang tinggi dengan menurunkan tingkat kolesterol LDL yang buruk. [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Laman web Harrellnut". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2007-04-20.
  2. ^ [https://web.archive.org/web/20100525122440/http://pecankernel.tamu.edu/introduction/index.html Diarkibkan 2010-05-25 di Wayback Machine Laman web Pecankernel.
  3. ^ "Laman web TPGA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-20. Dicapai pada 2007-04-20.
  4. ^ http://www.ajcn.org/cgi/content/full/80/1/76
  5. ^ [https://web.archive.org/web/20090421022543/http://www.llu.edu/news/scope/spr02/newscope2.html Diarkibkan 2009-04-21 di Wayback Machine Laman web llu.edu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]