Kacang tunggak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Kacang tunggak
Kacang mata hitam
BlackEyedPeas.JPG
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
V. Unguiculata
Nama binomial
Vigna Unguiculata

Kacang tunggak[1] atau kacang mata hitam ialah kekacang ditanam seluruh dunia[2] untuk mendapatkan biji yang boleh dimakan. Ia digolongkan dalam subspesies Unguiculata dari spesies Vigna unguiculata sekeluarga dengan kacang panjang yang dibiakkan di Dunia Lama terutamanya di benua Afrika.

Botani[sunting | sunting sumber]

Kacang tunggak merupakan tanaman semusim yang tumbuh melebar, tegak atau hampir tegak, tinggi 15-80 sentimeter. Kacang ini dibedakan dari subspesies lainnya dengan melihat polongnya yang sepanjang 10–30 cm, menggantung, keras dan kaku, tidak menggembung ketika muda. Bijinya biasanya agak besar, panjangnya antara 6-10 mm.[1] Ciri-ciri lainnya serupa dengan Vigna unguiculata pada umumnya.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai makanan[sunting | sunting sumber]

Kacang ini merupakan bahan makanan utama seluruh India dimasak pelbagai cara dari rantau ke rantau seperti dal (di bahagian utara[3]), kari (di Karnataka[4] dan Maharashtra[5]) dan direbus makan (di Tamil Nadu[6]). Di Indonesia pula, ia sering dijadikan bahan utama hidangan sayur lodeh atau brongkos.

Orang Mesir memakan ia dengan digoreng bersama daging, bawang dan tomato dihidang bersama nasi dan pastina, penduduk kawasan Syam pula memasak ia secara direneh dalam kuah tomato, lada hitam dan minyak zaitun.

Masyarakat Yoruba di Afrika Barat melumat kacang ini sebelum ia diperisakan dengan bawang, lada dan garam sebelum digoreng celur menjadi suatu gorengan disebut sebagai akara, makanan ini turut tersebar ke Caribbean dan Brazil hasil pembawaan hamba abdi dari benua Afrika ke rantau-rantau ini.

Tujuan lain[sunting | sunting sumber]

Lenggai-lenggai kacang tunggak dikupas di Lumajang, Jawa Timur (nama setempat sana: kacang otok)

Kacang tunggak juga baik untuk ditanam sebagai penutup tanah kerana dapat tumbuh di berbagai-bagai jenis tanah dan dalam waktu pendek dapat menghasilkan banyak humus. Sebagai pupuk hijau, kacang tunggak mengandung kadar nitrogen yang cukup tinggi, yakni sebesar 4.4% berat kering hijauan. Daun dan reranting ini juga bagus sebagai pakan ternak karena mengandung kadar protein dan kapur yang tinggi, sementara serat kasarnya rendah.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Pandey, R.K; Westphal, E. (1989). "Vigna unguiculata (L.) Walp". Plant Resources of South-East Asia No. 1: Pulses. Plant Resources of South-East Asia Foundation. Dicapai pada 19 Ogos 2013 – melalui PROSEAnet.
  2. ^ "Tropical Forages: an interactive selection tool. Vigna ungiculata Factsheet". CSIRO Sustainable Ecosystems (CSIRO), Department of Primary Industries and Fisheries (DPI&F Queensland), Centro Internacional de Agricultura Tropical (CIAT) and International Livestock Research Institute (ILRI). Jun 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2010. Dicapai pada 12 Julai 2010.
  3. ^ "Black Eye Bean Curry - Punjab Chawli, Rongi Masala - Recipes Shop, Buy Online". Store.indianfoodsco.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2014. Dicapai pada 4 Jun 2014.
  4. ^ "Alasande Kalu Huli /Curried Black eyed Peas And Soppina Palya/Stirfried Amaranth". Taste of Mysore. 11 September 2008. Dicapai pada 4 Jun 2014.
  5. ^ "Black eyed beans curry". Chakali. 3 September 2014. Dicapai pada 4 Jun 2014.
  6. ^ "Karamani Sundal/Lobia Sundal Recipe - Ganesha Chaturthi Naivedyam Recipes". Indian Khana. 6 September 2013. Dicapai pada 2016-09-05.
  7. ^ Heyne, K. (1987). "V. sinensis". Tumbuhan Berguna Indonesia (ed. 1916). Badan Penelitian dan Pengembangan Kehutanan, Bogor. 2 (1060–63): 342.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]