Kad penalti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang pengadil memberikan kad merah kepada pemain dalam perlawanan bola sepak

Kad penalti digunakan dalam banyak jenis sukan sebagai suatu cara memberi amaran, menegur atau menghukum pemain, pelatih atau pasukan rasmi. Kad-kad ini - seringkalinya warna merah ("kad merah") dan kuning ("kad kuning"), namun warna lain juga dipakai - sering digunakan oleh pengadil yang memegang ke arah pemain untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah melakukan kesalahan dalam permainan. Warna dan/atau bentuk kad yang digunakan pengadil menunjukkan jenis atau tahap seriusnya kesalahan serta hukuman yang akan digunakan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pengunaan kad sebegini dimulakan dalam sukan bola sepak apabila seorang pengadil FIFA bernama Ken Aston[1] cuba memikirkan cara menyiarkan keputusan pengadil tanpa sebarang kekeliruan mahupun halangan bahasa sepertimana yang dihadapi rakan sekerjanya dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 1966 antara pasukan Argentina dan England. Beliau akhirnya mendapat ilham daripada warna-warna lampu isyarat yang memberikan tujuan yang sama, maka kad-kad berwarna ini mula digunakan sewaktu Piala Dunia empat tahun berikutnya.[1]

Kegunaan dalam sukan[sunting | sunting sumber]

Contoh yang terpilih termasuk:

  • Badminton: Satu kad kuning diberikan sekali kepada pemain tunggal mahupun kumpulan berpasangan sekiranya peraturan permainan dilanggar, kad merah atau hitam akan diberikan sekiranya salah laku dibuat secara berterusan oleh pemain yang sama.[2][3]
  • Bola sepak[4] - pemain yang membuat salah laku dicata nama oleh pengadil (booking). Sekiranya pemain tersebut mendapat amaran kedua maka kad merah akan diberikan, lalu pemain diarahkan berhenti bermain serta beredar dari padang tanpa digantikan pemain yang lain.
  • Bola tampar - sebagai amaran kedua kepda pemain atau pelatih yang melakukan salah laku selepas salah laku pertama dimaklumkan secara lisan oleh kapten pasukan. Kad merah disertakan dalam tangan yang sama sekiranya pemain / pelatih dibuang dari gelanggang, mahupun secara berasingan sekiranya pemain / pelatih hilang kelayakan. Kesemua salah laku ini dicatat pada papan skor namun tidak memberi apa-apa kesan langsung kepada permain mahupun raihan markah kepada mana-mana pasukan.
  • Olahraga[5]
  • Polo air - sebagai amaran rasmi kepada pelatih, peamin tunggal mahupun keseluruhan pasukan yang telah membuat salah laku.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Ken Aston – the inventor of yellow and red cards". fifa.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-30. Dicapai pada 20 Februari 2013.
  2. ^ "Laws of badminton". bwfbadminton.org. Persekutuan Badminton Dunia. m/s. 10–11. Dicapai pada 1 Mac 2015.
  3. ^ "Recommendations to technical officials". bwfbadminton.org. Persekutuan Badminton Dunia. m/s. 8–9. Dicapai pada 1 Mac 2015.
  4. ^ "Laws of the Game". fifa.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-01. Dicapai pada 6 Jun 2008.
  5. ^ "IAAF Starting Guidelines" (PDF).