Kadar semalaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kadar semalaman atau kadar faedah semalaman merupakan suatu kadar faedah di mana institusi-institusi depositori (kebiasaannya bank) meminjam dana antara satu sama lain dalam pasaran semalaman.[1] Bagi kebanyakkan negara, kadar semalaman ditetapkan oleh bank-bank pusat untuk mempengaruhi dasar monetari, dan bank pusat juga boleh terlibat dalam pemberian pinjaman dana kepada beberapa bank tertentu. Dalam sesetengah keadaan, kadar tersebut merupakan kadar faedah tersedia yang paling rendah dan oleh itu, ia hanya tersedia kepada institusi yang mempunyai kepercayaan kredit.[1]

Mungkin terdapat kadar semalaman diterbitkan yang mewakili purata kadar, di mana bank memberi pinjaman antara satu sama lain; jenis operasi semalaman tertentu mungkin terhad kepada bank-bank yang layak. Nama tepat bagi kadar semalaman mungkin berbeza-beza mengikut negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b James Chen (10 Jun 2022). "Overnight Rate" (dalam bahasa Inggeris). Investopedia. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2022. Dicapai pada 10 Ogos 2022.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]