Kafilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kafilah-kafilah melepasi Pulau Graia di Teluk Aqaba. (Lukisan Isle of Graia Gulf of Akabah Arabia Petraea karya David Roberts dicetak batu Louis Haghe pada tahun 1839)

Kafilah (pinjaman Bahasa Arab: قافلة, translit. qāfilah "rombongan" terbitan kata kerja قَفَلَqafala "pulang; kembali; balik"[1][2]) merupakan rombongan dagangan yang terdiri daripada beberapa kumpulan orang yang mengembara bersama di kawasan padang pasir (gurun) dengan menggunakan perantaraan tunggangan unta sebagai pembawa barang dagangan.

Pada zaman dahulu, kafilah menghubungkan antara kawasan Eropah dengan Asia Timur serta membawa hasil dagangan yang mewah seperti permata dan kain sutera. Ini menyebabkan golongan kafilah sering kali menjadi sasaran gerombolan penjahat dan lanun yang berkeliaran di padang pasir ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 300–301. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ "قافلة". Mu`jam al-Jāmi` `Arabiy `Arabiy. Almaany. 2010.