Pergi ke kandungan

Kahar: Kapla High Council

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kahar: Kapla High Council
PengarahRazaisyam Rashid
Penulis
  • Anwari Ashraf
  • Luqman Sheikh Ghazali
  • Muqri Azlan
  • Natasha Azlan
  • Chulat
  • Razaisyam Rashid
  • Fatimah Ruzaimi
BerdasarkanProjek: High Council oleh
Anwari Ashraf
Dihasilkan oleh
  • Anwari Ashraf
  • Fatimah Ruzaimi
  • Luqman Sheikh Ghazali (bersekutu)
  • Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiStephen Chua
Disunting oleh
  • Chulat
  • Razaisyam Rashid
Muzik olehMonoloQue
Syarikat
penerbitan
  • Pasal Productions
  • Alpha 47 Films
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 28 November 2024 (2024-11-28) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Kahar: Kapla High Council ialah sebuah filem aksi drama persekolahan Malaysia 2024 arahan Razaisyam Rashid terbitan bersama Astro Shaw dengan Pasal Productions dan Alpha 47 Films.[1] Ia dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu. Filem ini merupakan filem prekuel kepada siri TV Projek: High Council (2023). Tayangan filem ini dijadualkan bermula pada 28 November 2024.

Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin meletakkan harapan tinggi.

Berpunca dari satu insiden, tanpa sengaja Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, di mana calon-calon dari setiap rumah asrama KUDRAT bertarung untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar.

“Pencapaian” baharu Kahar itu bagaimanapun mengundang musuh dari segala arah.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Mya Amri (8 Ogos 2024). Astro Shaw umum watak ikonik kembali dalam filem Kahar: Kapla High Council Gempak. Diperoleh pada 11 Oktober 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]