Kahoolawe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kahoʻolawe
Gambar satelit dari pulau Kahoolawe
Kedudukan dalam negeri Hawaii
Geografi
Lokasi20°33′N 156°36′W / 20.550°N 156.600°W / 20.550; -156.600
Luas44.59 bt2 (115.5 km2)
Kedudukan luasPulau kelapan terbesar dalam Kepulauan Hawaii
Aras tertinggi1,483 ft (452 m)
Pentadbiran
Demografi
PopulasiTidak berpenduduk

Kahoʻolawe merupakan sebuah pulau gunung berapi yang terletak dalam kepulauan Hawaii di Lautan Pasifik, ia sebahagian daripada negeri Hawaii, Amerika Syarikat.

Saat ini pemerintah Hawaii telah menetapkan pulau ini sebagai cagar alam dan hanya dapat dimanfaatkan secara terbatas oleh penduduk asli Hawaii untuk kegiatan adat budaya dan agama mereka.[1]

Geologi[sunting | sunting sumber]

Pulau ini terbentuk hasil letusan sebuah gunung berapi perisai yang tidak aktif di tengah laut.[2] Letusan ini diperkirakan berlaku pada zaman Pleistosen di mana kegiatan gunung ini berakhir sekitar satu juta tahun yang lalu. Permukaan pulai ini banyak dilitupi aliran lava basalt yang telah mengering keras akibat dari kegiatan ini.[2][3]

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Pulau ini dipercayai masyarakat peribumi Hawaii sebagai jelmaan dewa laut mereka, Kanaloa.[4]

Ia kekurangan sumber air segar semulajadi lalu kurang didiami manusia berbanding pulau-pulau lain dalam gugusan Hawaii.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kahoolawe Island Reserve Commission History". kahoolawe.hawaii.gov. Dicapai pada 2017-11-06.
  2. ^ a b "Kahoolawe". Volcano World (dalam bahasa Inggeris). Oregon State University. Dicapai pada 6 November 2017.
  3. ^ Sherrod, David R.; Sinton, John M.; Watkins, Sarah E.; Brunt, Kelly M. (2007). Geologic Map of the State of Hawai‘i. Archived. United States Geological Survey.
  4. ^ "Kahoʻolawe: Rebirth of a sacred island". Kumukahi. Kamehameha Publishing. Dicapai pada 6 Mei 2021.
  5. ^ Schmitt, Robert C.; Silva, Carol L. (1984). "Population Trends on Kahoolawe" (PDF). Hawaiian Journal of History. 18.