Kak Kiah Serunding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kak Kiah Serunding ialah sebuah telefilem Malaysia yang disiarkan di TV9 pada 9 Disember 2008, istimewa sempena perayaan Aidiladha ketika itu. Kak Kiah Serunding yang dibintangi oleh Kartina Aziz, Hasnul Rahmat, A.R. Badul dan Catriona Ross, menerima pencalonan untuk Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2009.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kak Kiah terkenal kerana serunding masakannya yang digemari ramai. Dia selalu memberi serundingnya kepada jiran tetangga. Kak Kiah juga gemar melaram kerana baginya dengan berpakaian cantik, ia dapat melariskan jualan serundingnya.

Suatu hari, Kak Kiah berkunjung ke rumah Salbiah yang juga bakal menjadi besannya. Kak Kiah berasa iri hati apabila apabila mendapat tahu anak Salbiah iaitu Zaiton pandai membuat serunding dan kebetulan pula serunding Zaiton lebih sedap daripada serunding Kak Kiah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]