Kaka Azraff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kaka Azraff
KelahiranNor Atiqa binti Noor Azraff
(1989-05-20) 20 Mei 1989 (umur 30)
Klang, Selangor, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2012-kini
PasanganAdam Azriff (k. 2018)
Ibu bapa
  • Noor Azraff Aminuddin (meninggal dunia) (bapa)
SaudaraElla (ibu saudara)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Uprising Entertainment
Kegiatan berkaitan
Zizan Razak, Sleeq, Awi Rafael

Nor Atiqa Noor Azraff atau lebih dikenali sebagai Kaka Azraff (Jawi: كاك ازرف; lahir 20 Mei 1989) merupakan penyanyi, pengacara dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan anak saudara kepada penyanyi rock wanita terkenal, Ella.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Kaka dilahirkan pada 20 Mei 1989 dan berasal dari Klang, Selangor. Beliau juga merupakan anak saudara Ratu Rock negara, Ella.

Pada 14 Disember 2018, Kaka sah bergelar isteri kepada ahli usahawan iaitu Adam Azriff dengan sekali lafaz.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2012: Permulaan kerjaya dan kemuncak populariti[sunting | sunting sumber]

Kaka memulakan kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi selepas mendapat peluang berkolaborasi bersama Zizan Razak melalui lagu "Bawaku Pergi" dan kolaborasi dan lagu ini juga berjaya mencuri tempat dan perhatian peminat di Malaysia. Tambahan pula lagu ini dicipta oleh Malique. Walaupun lagu tersebut mempunyai banyak kontroversi melibatkan lirik lagu tersebut [3] namun ia tetap mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.

Beliau mendapat peluang tersebut selepas ditawarkan oleh Juliana Evans yang juga kawan baik beliau selepas Zizan mahu mencari penyanyi untuk lagu tersebut. Selepas berjumpa dengan Zizan, Kaka diminta untuk menyanyi kepada penulis lirik lagu berkenaan dengan berkomunikasi melalui telefon dan setelah mengetahui bahawa penulis lirik itu merupakan Malique (bekas ahli Too Phat). Beliau terus bersetuju untuk menyanyikan lagu itu. [4]

Walaupun, ramai mengenali Kaka sebagai anak saudara Ratu Rock Malaysia, Ella. Kaka tidak mahu tempias dengan populariti ibu saudaranya itu dan beliau juga pernah diperkenalkan oleh beberapa produser namun Kaka mahu berdikari serta memulakan sesuatu kerjaya dengan bakat dan usahanya sendiri.[5]

Selain itu, Kaka juga telah menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia pada musim Ke- 2 tahun 2012 dan berpasangan dengan Johan As'ari. Namun, mereka tersingkir pada episod ke 10 dan rancangan ini dihoskan oleh Aaron Aziz.

2013–2015: "Infiniti Cinta" dan kejayaan berterusan[sunting | sunting sumber]

Setelah berjaya dengan single Bawaku Pergi, Kaka dan Zizan sekali lagi berkolaborasi untuk single terbaru bertajuk Infiniti Cinta yang dikeluarkan pada tahun 2013 [6] . Lagu single ini sekali lagi berjaya mendapat tempat di hati peminat Malaysia.

Selain itu, lagu single beliau iaitu "Bukan Hal Aku" telah berjaya menjadi lagu finalis di Anugerah Juara Lagu pada tahun 2015.

2016–kini: Interchange dan karya terkini[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, Kaka membuat penampilan istimewa [7] dalam filem berunsur thriller iaitu Interchange dan memegang watak sebagai Melur. Filem ini dikeluarkan pada 1 Disember 2016.

Kaka bersama-sama Nad Zainal menjayakan drama radio Sumpahan Stiletto karya Eda Zuraida yang bersiaran di Kool FM; melakonkan watak Amy.[8]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2012 "Bawaku Pergi" (feat. Zizan Razak)
2013 Infiniti Cinta (feat. Zizan Razak)
2014 Terpulanglah OST Lara Terindah
"Perjalanan"
(bersama Sleeq)
Single daripada Sleeq
2015 "Bukan Hal Aku" (feat. Sleeq)
2016 Terima Kasih
2017 "Ada JalanNya"
(feat. Awi Rafael)
2018 "Sibuk" (feat. Alif)
"Getaway"
(bersama Maya Karin)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2016 Aliff Dalam 7 Dimensi Izreen Faisal Ishak Filem pertama
Interchange Melur Dain Iskandar Said Penampilan istimewa
TBA Paradoks Ramdan Che Hassan Pos-produksi
Zharfa The Movie Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Dunia Generasi Baru Norelle TV9
Plan Cinta Tak Jadi Sara Astro Ria
2018 Inai Yang Hilang Ika ntv7

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Kesempatan Kedua Myra TV3
2018 Rama-Rama ntv7

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Fear Factor Selebriti Malaysia Peserta Astro Ria digandingkan bersama Johan As'ari
Sesat berpasangan bersama Cristina Suzanne
2014 #Supper Pengacara TV9
2016 Duo Star Peserta Astro Ria digandingkan bersama Awi Rafael

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi Durasi
2012 "Bawaku Pergi" Kaka Azraff feat. Zizan Razak 4:22
2013 "Infiniti Cinta" 6:26
2014 "Terpulanglah" Kaka Azraff 4:05
"Perjalanan" Kaka Azraff feat. Sleeq 3:45
2015 "Bukan Hal Aku" 3:39
2016 "Terima Kasih" Kaka Azraff 3:39
2017 "Ada JalanNya" Kaka Azraff feat. Awi Rafael 4:21

Drama radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Stesen radio
2018 Dramatik Kool: Sumpahan Stiletto Amy Kool FM

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Pencalonan Bagi Kategori Keputusan
2016
Anugerah Juara Lagu ke-30
"Bukan Hal Aku" Terbuka (bersama Alif)[9] Finalis
2017
Duo Star
Kaka Azraff (bersama Awi Rafael) Terbuka Naib Juara
Anugerah Digital Era 2017
Kaka Azraff Temubual Terbaik Tetamu Carta ERA Dicalonkan
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017
Kaka Azraff Penyanyi Wanita Popular Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ KENNETH CHAW (22 September 2016). "You may not know singer Kaka Azraff yet but you do know her aunt" (dalam bahasa English). Star2.com. Dicapai 14 March 2019. 
  2. ^ Nur Asyikin Mayudin. Kaka Azraff akhirnya jadi isteri Adam Azriff. mStar.
  3. ^ 31 March 2012. Malique, Zizan jawab isu Bawaku Pergi - Hiburan. Kosmo
  4. ^ 22 September 2016. Introducing singer Kaka Azraff. Star2.com (artikal dalam Bahasa Inggeris)
  5. ^ Zulhilmi Jalil (18 Januari 2015). "Kaka mahu pergi lebih jauh". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2017. Dicapai 18 Januari 2015. 
  6. ^ 26 September 2013. Kontroversi 'Bawaku Pergi' Tidak Jejaskan Lagu Baharu Zizan Razak & Kaka - Berita Hiburan. mStar
  7. ^ Kaka Azraff teruja berlakon dengan Nicholas Saputra Cinema.Com
  8. ^ "Sumpahan Stileto". Kool FM. 14 November 2018. Dicapai 1 Disember 2018. 
  9. ^ ANGELIN YEOH & KENNETH CHAW (21 January 2016). "Which song will reign supreme at Juara Lagu this year?" (dalam bahasa English). Star2.com. Dicapai 14 March 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]