Kakao Entertainment

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kakao Entertainment Corp.
Nama asli주식회사 카카오엔터테인먼트
Jenis/bentuk sah
Industri
Pendahulu(sebagai syarikat berasingan)
Ditubuhkan2 Mac 2021; 3 tahun yang lalu (2021-03-02)[1]
Ibu pejabatKorea Selatan
Tokoh pentingJoy Lee (CEO)
Stephan Kim (CEO)
Keluaran
Perkhidmatan
Pemilik
  • Kakao 63.50%
  • Podo Asia B.V. 15.33 %
  • Joy Lee (CEO) 0.96%
  • Lainnya 20.21%
Syarikat indukKakao
Pembahagian
  • Page Company
  • M Company
Anak syarikatlihat senarai
Tapak webKakaoEnt.com
Instagram: kakao.entertainment Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kakao Entertainment Corp. (Korea: 주식회사 카카오엔터테인먼트), juga ditulis sebagai kakao ENTERTAINMENT, ialah syarikat hiburan, media massa, dan penerbitan Korea Selatan yang ditubuhkan pada 2021. Anak syarikat milik syarikat internet Kakao, syarikat ini merupakan hasil penggabungan dua anak syarikat Kakao, KakaoPage dan Kakao M.[2][3][4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

KakaoPage Corp.[sunting | sunting sumber]

Podotree Co, Ltd. ditubuhkan pada 20 Julai 2010 sebagai anak syarikat Lakao, dan melancarkan KakaoPage tiga tahun kemudian. Pada 1 Ogos 2018, mereka bertukar nama syarikat kepada KakaoPage Corp.

Kakao M[sunting | sunting sumber]

Seoul Records, Inc. ditubuhkan pada Oktober 1978 oleh Young Bin Min [ko], pemilik syarikat pendidikan tempatan YBM Group [ko] (dahulu Sisa English). Pada 2005, syarikat itu diperolehi oleh SK Telecom dan kembali dilancarkan sebagai LOEN Entertainment, Inc. tiga tahun kemudian, sebelum dijual kepada Star Invest Holdings (anak syarikat Affinity Equity Partners).

Pada Januari 2016, syarikat itu diambil alih oleh Kakao dan sekali lagi bertukar nama kepada Kakao M Corp. pada Disember 2017.

2021-kini: Penggabungan sebagai Kakao Entertainment[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2020, KakaoPage Corp. mengusulkan penggabungan dengan Kakao M Corp. sebagai sebuah syarikat bersepadu.[5] Ini dilakukan sebagai tindakan oleh syarikat induk mereka terhadap dasar baru Google untuk pengguna aplikasinya, yang dapat mempengaruhi Kakao M, di mana KakaoTV mulai menjadi popular di Korea Selatan.

Pada 25 Januari 2021, kedua-dua syariikat itu mengumumkan rancangan dan garis masa untuk penggabunga mereka, serta cadangan nama untuk syarikat bersepadu, Kakao Entertainment Corp.[6] Berdasarkan rancangan tersebut, KakaoPage Corp. menjadi entiti yang menerima penggabungan.

Penggabungan selesai pada 1 Mac 2021, dan Kakao Entertainment secara rasmi ditubuhkan sehari kemudian.

Pembahagian[sunting | sunting sumber]

Page Company[sunting | sunting sumber]

Diketuai oleh co-CEO Joy Lee, Page Company bertanggungjawab ke atas penerbitan cereka web dan perniagaan pembangunan web syarikat. Syarikat ini terletak di Pangyo, Seongnam di Gyeonggi.

M Company[sunting | sunting sumber]

Diketuai oleh co-CEO Stephan Kim [ko] - salah seorang eksekutif hiburan paling terkenal di Korea Selatan - M Company bertanggungjawab ke atas perniagaan hiburan dan media massa syarikat. Ibu pejabat mereka terletak di Teheran-ro, Gangnam-gu di Seoul.

Anak syarikat[sunting | sunting sumber]

Di bawah Page Company[sunting | sunting sumber]

  • AdPage[a]
  • Daon Creative
  • KW Books
  • RS Media
  • Radish Media (tertakluk kepada kelulusan kerajaan)
  • Samyang C&C
  • Soundist Entertainment
  • Tapas Media (tertakluk kepada kelulusan kerajaan)
  • Yeondam

Di bawah M Company[sunting | sunting sumber]

Aset[sunting | sunting sumber]

Kedai[sunting | sunting sumber]

  • Jungsuck Building (Seoul) - Ibu pejabat M Company
  • M Company juga memiliki kedai di Samseong-dong di Seoul, yang merupakan ibu pejabat Play M Entertainment, Flex M, dan Cre.ker Entertainment.

Harta internet[sunting | sunting sumber]

Lokasi[1][sunting | sunting sumber]

  • Page Company: Twosun World Building 8/F, 221, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Korea Selatan
  • M Company: Jungsuck Building, 17, Teheran-ro 103-gil, Gangnam-gu, Seoul, Korea Selatan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Usahasama dengan Kakao Games

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Kakao Entertainment". Kakao Entertainment Corp. Diarkibkan daripada yang asal pada May 7, 2021. Dicapai pada May 1, 2021.
  2. ^ Song, Kyoung-son (March 4, 2021). "Kakao M and Kakao Page merged into Kakao Entertainment". Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada May 7, 2021. Dicapai pada May 1, 2021.
  3. ^ Park, Sae-jin (January 25, 2021). "Kakao units merged into entertainment company targeting global market". Aju Business Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada April 26, 2021. Dicapai pada May 1, 2021.
  4. ^ Leesa-Nguansuk, Suchit (January 26, 2021). "South Korea's Kakao affiliates to merge". Bangkok Post. Dicapai pada May 1, 2021.
  5. ^ Kang, Doo-soon; Oh, Dae-seok; Kang, Woo-seok; Kang, Young-woon; Cho, Jeehyun (December 3, 2020). "Kakao Page close to merging with Kakao M before IPO". Maeil Business News Korea. Diarkibkan daripada yang asal pada April 28, 2021. Dicapai pada May 1, 2021.
  6. ^ "Launch of KAKAO ENTERTAINMENT through strategic merger of Kakao Page and Kakao M". Kakao Page Corp. Diarkibkan daripada yang asal pada April 28, 2021. Dicapai pada May 1, 2021 – melalui PR Newswire.
  7. ^ "Kakao Entertainment sets a new global standard with the launch of 'KAKAO WEBTOON'". PR Newswire. Dicapai pada July 9, 2021 – melalui Yahoo! Finance.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]