Kakap (perahu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kakap jeram, perahu nelayan dari Selangor.

Kakap (Jawi: كاكڤ) ialah perahu pesisir atau perahu sungai sempit yang digunakan untuk menangkap ikan serata alam Melayu termasuk di Indonesia, Malaysia, dan Brunei.[1][2] Kakap merupakan perahu yang sering digunakan oleh orang Illanun sebagai perahu bantuan atau tambahan untuk membuat penjarahan di kawasan pantai. Bagi orang Malaya, perahu jenis ini digunakan sebagai perahu perang atau perahu pengangkutan.[3]:241[4]:239

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama kakap berasal dari perkataan bahasa Melayu yang bermaksud "mengintai-intai" atau mengamat-amati", ia turut merupakan kata dasar membentuk istilah "pengakap".[5] Oleh itu, nama perahu ini boleh ditafsirkan bermaksud "jenis bot yang digunakan untuk mata-mata".[6]:578

Deskripsi[sunting | sunting sumber]

Kakap lebih ringan dari penjajap menggunakan satu tiang serta satu layar persegi empat. Papan dan balok kakap tidak dipaku, sebaliknya dilekatkan menggunakan teknik pasak kayu dan diperkuat dengan ikatan rotan. Saiz kakap yang besar boleh menjangkau hingga lapan meter panjang dan mampu membawa 8–10 orang anak kapal. Biasanya awak-awak perahu ini merupakan awak-awak kapal penjajap.[7]:183–184[8]

Lambung kakap jeram dibina dengan papan dan bingkai dibuat dari kayu meranti. Labung ini memiliki ukiran patung di hadapan dan linggi buritan yang dihiasi. Sebuah papan tambahan di bibir perahu yang terbuat dari potongan buluh dijahit bersama-sama dengan serat buluh, dan dipegang dengan jahitan tali. Rasuk berat dipasang ke arah depan dan digunakan untuk menggulung kabel sauh dan menggigitnya. Kemudi terdiri dari dayung yang dipegang pada bahagian atas pada kedudukan tegak dan dipegang di leher dengan jahitan rotan.[9]:351-352

Ia mempunyai sebatang tiang diukur setinggi purata 13 kaki (4 meter) yang dipasangkan layar jong. Panjang kakap jeram adalah kira-kira 13 kaki (4 m), lebarnya 7 kaki (2.1 m), dengan kedalaman 3 kaki (91 cm). Ia mempunyai lambung bebas 1 kaki (30 cm) yang mampu menampung seramai 3 orang.[10]:58-59

Peran[sunting | sunting sumber]

Di pantai Selangor, kakap digunakan sebagai perahu nelayan, tepatnya dengan nama kakap Jeram. Jeram adalah nama kampung nelayan besar di distrik Kuala Selangor. Namanya boleh ditafsirkan sebagai "Pengintai Jeram".[9]:351-352

Untuk aktiviti pelanunan, perahu jenis ini tidak belayar bersendirian dan sentiasa mendampingi penjajap serta digunakan sebagai peninjau dalam aktiviti melanun. Justeru, jika kapal-kapal dagang terserempak perahu jenis ini, sudah pasti akan ada penjajap atau lanong yang bersembunyi di sekitar perairan itu. Kakap juga sesuai digunakan untuk menyusuri pantai dan mudik hingga ke sungai yang bersambung dengan muara taut. Jika berlaku serangan mengejut, kakap mampu mendarat secara mudah di kawasan pantai atau tebing sungai untuk memudahkan anak kapal melarikan dini ke kawasan hutan bakau atau nipah sambil membawa perahu itu bersama. Bagi orang laut pula, mereka menggunakan kakap yang dapat memuatkan 20 orang yang digunakan untuk kegiatan merompak di laut.[7]:183–184[11][12]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hussin, Nordin (2007). Trade and Society in the Straits of Melaka: Dutch Melaka and English Penang, 1780-1830. NUS Press. m/s. 64. ISBN 9789971693541.
  2. ^ Vogel, Jaap (2016). "J.C. Van Leur, 1908-1942: A Short Life History". Dalam Blussé, Leonard; Gaastra, Femme S. (penyunting). On the Eighteenth Century as a Category of Asian History: Van Leur in Retrospect. Routledge. ISBN 9781351913720.
  3. ^ Warren, James Francis (2002). Iranun and Balangingi: Globalization, Maritime Raiding and the Birth of Ethnicity. NUS Press. ISBN 9789971692421.
  4. ^ Warren, James Francis (2007). The Sulu Zone, 1768-1898: The Dynamics of External Trade, Slavery, and Ethnicity in the Transformation of a Southeast Asian Maritime State. NUS Press. ISBN 9789971693862.
  5. ^ "'kakap'". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. Dicapai pada 14 Ogos 2019 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  6. ^ Smyth, H. Warington (May 16, 1902). "Boats and Boat Building in the Malay Peninsula". Journal of the Society of Arts. 50: 570–588 – melalui JSTOR.
  7. ^ a b John, Horace Stebbing Roscoe St. (1853). The Indian Archipelago: Its History and Present State, Volume 2. London: Longman, Brown, Green, and Longmans.
  8. ^ Zainun, Nazarudin (2015). Antropologi Dan Sejarah Dalam Kearifan Tempatan. Penerbit USM. ISBN 9789838619325.
  9. ^ a b Smyth, H. Warrington (1906). Mast and Sail in Europe and Asia. John Murray.
  10. ^ United States Office of Strategic Services (1944). Native Craft in Southeast Asia Waters, Part II: Sumatra, Malaya, and Adjacent Islands. Office of Strategic Services, Research and Analysis Branch. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  11. ^ Mohamed Zen (2002). Orang Laut: Studi Etnopedagogi. Bandung: Penerbit Yayasan Bahari Nusantara
  12. ^ Balfour, Edward (1885). The Cyclopædia of India and of Eastern and Southern Asia: Commercial, Industrial and Scientific, Products of the Mineral, Vegetable, and Animal Kingdoms, Useful Arts and Manufactures, Volume 1. B. Quaritch. m/s. 399.