Kal-guksu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kal-guksu
Haemul-kal-guksu (mi sup makanan laut)
Nama alternatifMi sup
JenisGuksu
Tempat asalKorea
Bahan utamaMi (tepung gandum, telur), air rebusan (ikan bilis kering, kerang, dasima), sayuran (biasanya aehobak, kentang, dan daun bawang)
Keragaman/variasiBajirak-kal-guksu
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Nama Korea
Hangul칼국수
Hanjan/a
Perumian Semakankal-guksu
McCune–Reischauerkal-guksu

Kal-guksu[1] (칼국수; Mi sup; secara harfiah "mi pisau") ialah hidangan mi Korea yang terdiri daripada mi tepung gandum yang dipotong-potong menggunakan pisau - tidak seperti mi biasa yang ditarik atau diputar[2] - yang disaji dalam semangkuk besar sup dan bahan-bahan lain. Ia secara tradisinya dimakan pada musim panas,

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rekod yang menunjukkan penggunaan mi boleh didapati dalam dokumen-dokumen zaman Goryeo, tetapi penerangannya kabur dan sifat mi tersebut juga tidak jelas. Dalam dokumen Goryeo abad ke-12 iaitu dogyeong (hangul: 고려 도경, hanja: 高麗 圖 經) disebutkan bahawa mi hanya dimakan pada majlis-majlis khas kerana tepung gandum sangat mahal dan diimport dari China. Huraian masakan boleh didapati di dalam dokumen yang terkemudian, Kaedah Memasak Joseon Baru yang Terbaik (hangul:조선무쌍신식요리제법, hanja:朝鮮無雙新式料理製法),, ditulis pada tahun 1924. Pada tahun 1934, buku Masakan Ringkas Joseon, resipi menyatakan bahawa mi hendaklah direbus dan dibilas dengan air sejuk sebelum menambah sup dan taburan, satu kaedah yang berbeza dari versi moden yang mendidihkan mi dengan sup.[3]

Penyediaan dan penyajian[sunting | sunting sumber]

Mi biasanya dibuat dengan doh tepung gandum dan telur, dan kadang-kadang serbuk kacang kisar ditambah untuk teksturnya. Adunannya dibiarkan seketika dan kemudian digulung dengan tipis dan dipotong secara jalur memanjang. Air rebusan untuk kalguksu biasanya dibuat dengan ikan bilis, kerang, dan kelp kering. Kadang-kadang sup ayam juga akan digunakan. Untuk mendapatkan rasa yang kaya dan enak, ramuan-ramuan yang direneh selama berjam-jam. Mi dan pelbagai sayur-sayuran, yang paling selalu zukini Korea, kentang, dan daun bawang akan ditambah dan direbus bersama-sama. Biasa diperisakan dengan hanya garam, mi ini disajikan dengan taburan pilihan.[2]

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

  • Jemul kalguksu (제물칼국수): Mi direbus dengan bahan-bahan lain dalam sup, dan bukannya ditambah kemudian. Kedua-dua mi dan sup mempunyai tekstur tebal dan pekat.[4]
  • Ssuk kalguksu (쑥칼국수): Mugwort atau daun baru cina ditambah ke dalam doh apabila membuat mi. Biasanya dihidangkan dalam sup ikan bilis.[5]
  • Kalguksu kacang mung kalguksu (녹두칼국수): Kacang mung rebus dihancurkan, disaring, dan ditambah ke dalam adunan mi.[6]
  • Kalguksu Labu Hobak (호박칼국수): Mi dimasak dengan campuran seperti bubur kacang merah dan nasi, dan disaji dalam labu berongga. Hidangan khas Chungcheongnam-do.[7]
  • Kalguksu biji perilla (들깨칼국수): Biji perilla yang dikisar halus ditambah ke dalam sup. Diperisakan dengan sos soya dan dihiasi dengan zukini dan cendawan shiitake.[8]
  • Kalguksu burung kuang dan gandum kuda (꿩메밀 칼국수): Kuah dibuat daripada burung kuang, dan mi dari tepung gandum kuda.[9]
  • Kalguksu kacang pis (완두콩칼국수): Kacang pisa direbus dan disaring dan ditambah ke dalam sup. Diperisakan dengan bawang putih cincang.[10]
  • Kalguksu kurita kecil (밀국낙지칼국수): Sotong kurita kecil dimasak di dalam labu skuasy, dan kemudian dipotong untuk ditambah ke dalam mi dan sup.[11]
  • Kalguksu cendawan pain (송이버섯칼국수): Cendawan pain dihiris dan ditambah dengan sayur-sayuran lain ketijka mendidih. Keistimewaan dari rantau Gangneung.[12]
  • Kalguksu siput (고둥칼국수): Siput air tawar direbus dan dijadikan sup, dan ditambah mi.[13]
  • Kalguksu sekoi (조밥칼국수): Hidangan khas dari rantau Andong, mi disajikan dengan nasi yang dibuat daripada sekoi, dan ssam. Mi dibuat daripada campuran serbuk kacang dan tepung. Hidangan dihidangkan dengan sos perasa daripada kicap, bawang putih cincang, daun bawang, serbuk cili, minyak bijan, dan garam bijan.[14]
  • Andong kalguksu (안동칼국수): Keistimewaan rantau Andong. Serbuk kacang tanah ditambah ke dalam tepung apabila membuat mi. Kuah biasanya dibuat daripada ayam.[15]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Korea) "주요 한식명(200개) 로마자 표기 및 번역(영, 중, 일) 표준안" [Standardized Romanizations and Translations (English, Chinese, and Japanese) of (200) Major Korean Dishes] (PDF). National Institute of Korean Language. 2014-07-30. Dicapai pada 2017-02-15. Unknown parameter |layurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b (Korea) Kalguksu at Doosan Encyclopedia
  3. ^ (Korea) Kalguksu Diarkibkan 2011-06-10 di Wayback Machine at Encyclopedia of Korean Culture
  4. ^ (Korea) Jemul kalguksu at Doosan Encyclopedia
  5. ^ (Korea) Ssuk kalguksu at Doosan Encyclopedia
  6. ^ (Korea) Nokudu kalguksu at Doosan Encyclopedia
  7. ^ (Korea) Hobak kalguksu at Doosan Encyclopedia
  8. ^ (Korea) Deulkkae kalguksu at Doosan Encyclopedia
  9. ^ (Korea) Kkwong memil kalguksu at Doosan Encyclopedia
  10. ^ (Korea) Wandu kalguksu at Doosan Encyclopedia
  11. ^ (Korea) Milguk nakji kalguksu at Doosan Encyclopedia
  12. ^ (Korea) Songi kalguksu at The Academy of Korean Studies
  13. ^ (Korea) Godung kalguksu at Doosan Encyclopedia
  14. ^ (Korea) Jobap kalguksu at The Academy of Korean Studies
  15. ^ (Korea) Andong kalguksu at Doosan Encyclopedia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Noodle