Kala Hati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kala Hati
GenreDrama
Cinta
Konflik
Keluarga
Ditulis olehMufid Suhaime
PengarahHarris Fadzilah
Dibintangi oleh
Adi Putra
Dynas Mokhtar
Jue Aziz
Lagu pembukaanIngatlah Diriku - Sheila Majid feat Chandra
Lagu penutupIngatlah Diriku - Sheila Majid feat Chandra
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim1
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitAhmad Puad Onah
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
Julung kali ditayangkan di
 Malaysia
Siaran asal30 Jun 2009 – 25 Ogos 2009
MengikutiSuria Kasandra
Diikuti olehLegasi 43 Karat

Kala Hati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2009 arahan Harris Fadzilah, dibintangi oleh Adi Putra, Dynas Mokhtar dan Jue Aziz. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 bermula 30 Jun 2009 menggantikan Suria Kasandra .

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama ini mengisahkan Faizal seorang pemuda yang kacak dan baru kembali setelah menamatkan pengajiannya di Amerika. Dia merupakan anak angkat kepada Datuk Sufian dan Datin Kalsom yang sudah tiga tahu tidak pulang ke Malaysia. Namun demikian, adik angkatnya, Zizie masih tidak dapat menerima kehadiran Faizal sebagai abang angkatnya.

Isteri Datuk Sufian, Datin Kalsom juga tidak begitu menyenangi kepulangan Faizal. Faizal memang sedar yang Datin Kalsom tidak sukakan dirinya sejak dari dulu lagi. Dia diambil sebagai anak angkat ketika berusia lapan tahun kerana waktu itu Datin Kalsom gagal untuk mendapatkan anak.

Datin Kalsom pula terpaksa bersetuju dengan cadangan Datuk Sufian untuk mengambil anak angkat untuk menyelamatkan rumahtangganya. Bagi Datin Kalsom kasih sayang dan kemanjaan Datuk Sufian terhadapnya amat berlebihan. Sejak kecil, Datuk Sufian amat menyayangi Faizal. Faizal pula sedar akan dirinya dan dia telah belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya ke luar negara dengan biasiswa sendiri.

Kepulangan Faizal cukup menggembirakan Datuk Sufian tetapi tidak bagi Datin Kalsom. Begitu juga adiknya, Zizie yang tidak langsung menegurnya. Jadi Faizal hanya dilayan baik oleh Mak Som, orang gaji yang amat memahaminya. Lebih menyedihkan, Datin Kalsom masih mengungkit Faizal tetap bukan darah daging mereka. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Datuk Sufian melantik Faizal mengendalikan syarikatnya, Tanjak Holdings yang mana tidak dipersetujui oleh isterinya. Datin Kalsom beranggapan Faizal ingin membolot harta mereka. Dalam pada itu, kelakuan Zizie menjadi tidak terkawal dan semakin liar.

Untuk mengeratkan perhubungan, Faizal ditunangkan dengan Rina, anak Datuk Megat. Faizal digesa berkahwin oleh Datin Kalsom supaya dia tidak akan membolot harta mereka memandangkan Datuk Megat juga seorang yang kaya, namun Faizal belum bersedia dan ingin menumpukan kepada perniagaan. Rina merupakan seorang anak yang terlalu dimanjakan, suka bergembira dan berkaraoke hingga larut malam bersama kawan-kawannya sehingga dia lupa asal-usulnya. Datuk Sufian pula tetap berpendirian bahawa Faizal sudah pasti dapat membimbing Rina sebagai seorang isteri. Keadaan mula bertambah rumit apabila sedikit demi sedikit, Faizal jatuh cinta dengan setiausahanya, Nur Jannah.

Apakah yang terjadi selanjutnya? Dapatkah Faizal dan Rina disatukan dan bagaimanakah cinta Faizal terhadap Nur jannah?

Pelakon[sunting | sunting sumber]