Kalakau Untol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Datuk

Kalakau Untol

P.G.D.K. (Sabah); J.S.M.
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Dewan Undangan Negeri Sabah
Dalam jawatan
3 November 2003 – 2 November 2006
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Karim Ghani
Digantikan olehBarisan Nasional.png United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation Logo.svg Maijol Mahap
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tuaran
Dalam jawatan
1986–1990
Didahului olehBarisan Nasional.png Flag of Berjaya Party.png James Peter Ongkili
Digantikan olehPbsflag.gif Monggoh Orow
Butiran peribadi
Parti politikBarisan Nasional.png Pbrslogo.gif (2022-kini)
Parti Keadilan Rakyat logo.svg (2010-2021)
Barisan Nasional.png United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation Logo.svg (1996-2009)
Pbsflag.gif (1991-1996)
Barisan Nasional.png Flag of Berjaya Party.png (1978-1986)

Datuk Kalakau Untol ialah seorang ahli politik Malaysia dari Sabah. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Negara Malaysia yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah pada 2003–2006. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Buruh Malaysia semasa menjadi Ahli Parlimen Tuaran pada 1986–1990.

Politik[sunting | sunting sumber]

Kalakau mula bergiat dalam politik pada tahun 1970-an menubuhkan Parti Tindakan Sabah Bersatu (USAP). USAP kemudiannya dibubarkan apabila menyertai Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (PEKEMAS). Pada 1977, Kalakau menubuhkan Parti Perhimpunan Sabah Bersatu (PUSAKA) tetapi membubarkannya apabila menyertai Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) pada 1978.

Kalakau kemudiannya menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) dan telah mewakili PBS sebagai Ahli Parlimen Tuaran. Kalakau menubuhkan Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada 1989 dan bertanding di DUN Sulaman dalam pilihan raya negeri Sabah 1990. Walau bagaimanapun, beliau tewas dalam pilihan raya tersebut. Pada 1992, beliau telah digantung keahlian daripada AKAR. Pada 1999, beliau terlibat dalam menghidupkan semula Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan (UPKO) dengan nama baharu, Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu. Pada 16 Februari 2010, beliau telah mengisytiharkan keluar dari UPKO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi difahamkan beliau sudah keluar parti tersebut sejak tahun 2021.[1][2][3][4]

Kini, beliau telah menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah sejak awal tahun 2022.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bekas Timbalan Menteri Buruh keluar BN sokong Pakatan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-19. Dicapai pada 2010-02-18.
  2. ^ Kerajaan BN Sabah pasti tumbang PRU 13 – Kalakau Untol
  3. ^ "KALAKAU UNTOL: Perhitungan politik Sabah menjelang PRU-13". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-20. Dicapai pada 2010-02-18.
  4. ^ "KALAKAU PENGKHIANAT UNGGUL KDM?". Sabahkinimirror. 7 September 2011. Dicapai pada 18 November 2021.