Kalendar kuda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kalendar kuda atau kalendar lumba kuda merupakan salah satu jenis kalendar gantung yang laris digunakan khas untuk menandakan tarikh-tarikh perlumbaan kuda di Malaysia dan Singapura.

Kalendar kuda merupakan kalendar bulanan. Setiap muka surat terdiri daripada jadual tarikh-tarikh satu bulan yang disusun secara menegak, berjudulkan nama-nama bulan dalam takwim-takwim Masihi, Hijrah, Cina dan Hindu. Setiap petak hari biasa diisi dengan hari bulan Masihi di tengah diikuti tarikh-tarikh Cina, Hijrah dan Masihi di sudut-sudut.

Petak Ahad dan Sabtu selalunya diisi dengan gambar kuda lumba dengan tempat berlangsungnya lumba kuda kerana perlumbaan kuda lazimnya diadakan pada hari-hari hujung minggu dan dihadiri untuk tujuan berjudi. Petak cuti umum juga dihiasi dengan gambar-gambar berkenaan, contohnya bendera negeri untuk hari keputeraan raja negeri.

Di bahagian bawah kalendar kuda terdapat baris zodiak Cina yang menyatakan gambar haiwan, tahun-tahun dan umur setiap bintang zodiak. Bintang khinzir tidak disiarkan atas kebimbangan penerbit akan menyinggung perasaan penganut agama Islam.[1]

Terdapat juga jenis "kalendar Islamik" yang reka bentuknya berasaskan kalendar kuda, tetapi gugurnya elemen lumba kuda dan zodiak Cina serta hanya menyatakan tarikh Masihi dan Hijrah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Why is the pig censored on the Chinese zodiac strip of the Malaysian "racing horse" calendar?". Dicapai pada 2018-03-08.