Kali Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kali Pertama (album Asmidar))
Jump to navigation Jump to search
Kali Pertama
Album studio oleh Asmidar
Dikeluarkan pada22 Mac 2013 (2013-03-22)[1]
Dirakam pada2012-2013
GenrePop
SyarikatWarner Music Malaysia
Single daripada album Kali Pertama
  1. "Biar Sampai Ke Bintang"
    Dikeluarkan pada: 18 September 2012 (2012-09-18)
  2. "Kali Pertama"
    Dikeluarkan pada: 17 Februari 2013 (2013-02-17)

Kali Pertama[2] merupakan album studio sulung penyanyi Asmidar yang dikeluarkan pada 22 Mac 2013 dan diterbitkan oleh Warner Music Malaysia selepas menjuarai program realiti pencarian bakat baru terbitan TV3, Vokal... Bukan Sekadar Rupa sekaligus menamatkan penantiannya selama 12 tahun.[3][4] Kali Pertama telah dicalonkan di Anugerah Industri Muzik ke-20 bagi kategori Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik.[5]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Meskipun single pertamanya, "Biar Sampai ke Bintang" kurang mendapat sambutan dari ramai peminat muzik tempatan, namun itu belum cukup memuaskan hati Asmidar, selepas menjuarai program realiti Vokal... Bukan Sekadar Rupa musim pertama pada Disember 2012.[6] Kali Pertama mencerita sedikit sebanyak tentang perjalanan Asmidar dalam industri muzik,[6] memuatkan sebanyak enam lagi lagu daripada komposer dan penulis lirik bukan calang-calang seperti Audi Mok, Taja (Meet Uncle Hussain), Hang Dimas (Hujan), Omar K, dan Ana Raffali.[6]

Pemilihan lagu dalam album ini kata Asmidar, ia merupakan atas perbincangan antara beliau dan pihak Warner Music Malaysia.[6] Setiap lagu dalam album ini mempunyai keistimewaan tersendiri.[6] Asmidar berkata banyak cabaran yang dihadapi sepanjang proses pembikinan album yang mengambil masa setahun ini. Pernah satu waktu, proses rakaman terpaksa dihentikan sehingga berminggu lamanya kerana dia mengalami batuk yang teruk.[6]

"Masa saya rakamkan lagu pertama untuk album ini, saya alami batuk yang teruk gara-gara makan durian. Saya memang tak boleh makan durian sepatutnya, sebab badan saya tak tahan panas. Entah macam mana saya boleh makan, hanya seulas, saya dah jatuh sakit. Sebab itu proses album ini ambil masa agak lama. Ditambah dengan kejadian-kejadian yang tidak dijangka telah berlaku."[6]

— Asmidar mengulas mengenai proses pembikinan album pertamanya.

Menyentuh mengenai konsep albumnya, Asmidar mengetengahkan elemen kupu-kupu sebagai simbolik mengenai perjalanan kerjaya nyanyiannya dan kehadirannya begitu sinonim dengan warna-warni yang menceriakan.[7] Keadaan itu digambarkan oleh Asmidar, boleh dikatakan serupa dengan perjalanan bidang seni beliau.[7]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Kali Pertama dikeluarkan pada 22 Mac 2013, iaitu 20 hari selepas Asmidar meraikan ulang tahun kelahirannya ke-28, majlis pelancaran album ini diadakan di Black Box, Publika, Solaris Dutamas. Bagi mempromosikan album ini, "Biar Sampai Ke Bintang" dan "Kali Pertama" dikeluarkan sebagai single dan dijadikan muzik video. Disamping itu Asmidar membuat persembahan bagi mempromosikan album ini di tiga universiti bermula di Universiti Kebangsaan Malaysia (pada 23 Februari) kemudian di Universiti Selangor (UNISEL) dan di Universiti Malaya.[7]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Kali Pertama"  Audi Mok & Omar KAudi Mok & Omar K 4:00
2. "Goldilocks"  Ad SamadTaja 3:37
3. "Bila Cinta Ada"  Eenaz MokhtarAcap 3:51
4. "Sepenggal Kasih"  ManikManik, Uti, Boyan & Erwin 3:11
5. "Sepasang Sudu"  Ana RaffaliAna Raffali 3:53
6. "Pesona Cinta"  Puteri CahayaPuteri Cahaya 4:22
7. "Biar Sampai Ke Bintang"  Transformer MelayuAjai 3:28

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 22 Mac 2013 Muat turun digital[1]
Penstriman digital[8]
Warner Music Malaysia

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2013[5] Anugerah Industri Muzik ke-20 Kali Pertama Album Terbaik Dicalonkan
Rakaman Album Terbaik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Kali Pertama". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai 2017-03-15. 
  2. ^ Kali Pertama (catatan media). Asmidar. Warner Music Malaysia. 2013. 
  3. ^ "Asmidar Lancarkan Album Pertama, 'Kali Pertama'". Kundasang. 23 Mac 2013. Dicapai 15 Mac 2014. 
  4. ^ "'Kali Pertama' belum puas". Kosmo!. 8 Disember 2013. Dicapai 15 Mac 2014. 
  5. ^ a b "'Top nominees for AIM 20". The Star Online. 6 November 2013. Dicapai 15 Mac 2014.  (Inggeris)
  6. ^ a b c d e f g "'Kali Pertama' Tamatkan Penantian 12 Tahun Asmidar". Malaysia Digest. 6 Mac 2013. Dicapai 15 Mac 2014. 
  7. ^ a b c "Penantian Asmidar kini berakhir". Sinar Harian. 8 Mac 2013. Dicapai 15 Mac 2014. 
  8. ^ "Kali Pertama - album by Asmidar". Spotify. Dicapai 2017-03-15.