Kalidou Koulibaly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kalidou Koulibaly
Maklumat peribadi
Nama penuh Kalidou Koulibaly
Tarikh lahir (1991-06-20) 20 Jun 1991 (umur 32)
Tempat lahir Saint-Dié-des-Vosges, Perancis
Ketinggian 1.95 m (6 ka 5 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor 26
Kerjaya remaja
1999–2004 Saint-Dié
2004–2006 Metz
2006–2009 Saint-Dié
2009–2010 Metz
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2012 Metz 41 (1)
2012–2014 Genk 64 (3)
2014– Napoli 158 (10)
Pasukan kebangsaan
2011–2012 Perancis B20 11 (0)
2015– Senegal 38 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Jun 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Julai 2019

Kalidou Koulibaly (lahir 20 Jun 1991) merupakan pemain bola sepak Senegal yang kini bermain untuk kelab Napoli dan pasukan kebangsaan Senegal di posisi pertahanan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Metz[sunting | sunting sumber]

Koulibaly memulakan kerjayanya dengan bermain untuk kelab kampung halamannya, SR Saint-Dié dan menghabiskan dua musim bermain untuk kelab senior di Championnat de France amateur 2 sebelum berpindah ke akademi kelab Metz pada 1 Julai 2009. Semasa di Metz, Koulibaly membantu pasukan bawah-19 menjuarai Coupe Gambardella 2009–10 selepas pasukannya mengalahkan Sochaux 5–4 pada penalti pada perlawanan akhir. penalties. Beliau telah bermain sebanyak 15 perlawanan untuk Metz di Championnat de France amateur dan pasukannya menjadi juara selepas mengutip 107 mata.

Pada musim 2010-11, beliau menandatangani kontrak profesional pertamanya selama satu tahun. Beliau kemudian diberi jersi 25. Beliau membuat debut pada 20 Ogos 2010 pada perlawanan liga menentang Vannes dan pasukannya menang 1-0.

Genk[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Jun 2012, Koulibaly sertai kelab Racing Genk di Belgium selepas bersetuju menandatangani kontrak empat tahun.

Napoli[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mei 2014, Koulibaly dijual ke S.S.C. Napoli.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Metz
Genk
Napoli

Pautan luar[sunting | sunting sumber]