Kamal Affandi Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kamal Efendi Hashim)
Jump to navigation Jump to search

Kamal Affandi Hashim adalah fasilitator dan penganalisis jenayah di Malaysia dan sering muncul di radio dan televisyen Malaysia terutama 'Black Maria' di Radio Bernama 24, TV3, Astro dan RTM1. Beliau banyak memberi pandangan, cadangan , ulasan dan komentar yang membina bagi menangani aktiviti jenayah yang sering dilaporkan di seluruh Malaysia. Beliau juga aktif dalam bidang lakonan dan pernah berlakon dalam CID 3278 di TV9, Metro Skuad di RTM dan filem KL Gangster 2.

Pada 7 Julai 2011, Kamal Affandi Hashim telah menembak mati seorang yang mengamuk di Flat Valencia, Seksyen 25, Shah Alam. Lelaki itu pernah mengamuk di Kampung Jawa, Klang kira-kira lima tahun sebelum ini. Lelaki itu, Darwis Dusa, 42, berasal dari Kampung Merotai, Tawau, Sabah dan berhijrah ke Lembah Klang sejak 2001.Ekoran kejadian amuk itu, Kamal Affandi dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ. Tulang tangan kanan yang patah sudah disimen, lutut terkoyak sudah dijahit manakala bahu terkehel masih belum sembuh sepenuhnya.[1][2]

Menderita sakit saraf Arteriovenous Malformation (AVM)[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Oktober 2012, Kamal Affandi menjalani pembedahan di otaknya akibat penyakit saraf Arteriovenous Malformation (AVM) di Pusat Pakar Antarabangsa Beacon , Petaling Jaya, Selangor.Akibat AVM itu, koordinasi tangan kanan terganggu sehingga menyebabkan dia menanggung kesakitan dan pening kepala pada tahap kritikal. Kos pembedahan di hospital swasta itu sebanyak RM41,820 . Polisi insurans miliknya tidak dapat menampung kos pembedahan kaedah Cyber Knife yang melebihi RM41,000 kerana penyakitnya dikategorikan sebagai “congenital” iaitu keadaan yang wujud sejak lahir. Doktor melakukan pembedahan kaedah Cyber Knife yang menggunakan tembakan laser bagi mengeluarkan gumpalan urat saraf terlebih pada bahagian otak kirinya. Gumpalan urat dengan radius 3 sentimeter di kepala berjaya dikeluarkan.

Antara mereka yang datang ziarah dan memberi sumbangan ialah pengacara popular Aznil Nawawi, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.[3]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mac 2012, sempena Sambutan Hari Polis Ke-205 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Kamal Affandi Hashim menerima anugerah Asisten Supritendan Kehormat daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Turut menerima anugerah ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye menerima anugerah Rakan Polis dan penerbit filem, Yusof Haslam. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]