Kamal Haasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamal Haasan
கமல் ஹாசன்
Kelahiran (1954-11-07) 7 November 1954 (umur 69)[1]
Nama lainKamal
PekerjaanPelakon,ahli politik, penerbit filem, pengarah filem, penulis skrip, penggubah lagu, penyanyi, penyanyi latar
Tahun aktif1959-kini
PasanganVani Ganapathy
(1978–1988—Cerai)
Sarika Thakur
(1988–2004—Cerai)
Anak-anakShruti Haasan (lahir pada 1986)
Akshara Haasan (lahir pada 1991)

Kamal Haasan (Tamil:கமல் ஹாசன் (lahir 7 November 1954) ialah seorang pelakon filem,ahli politik, penulis skrip, penerbit dan pengarah India. Beliau dianggap sebagai salah seorang pelakon yang utama dan terkemuka di India[2] [3]. Kamal Haasan telah memenangi beberapa anugerah filem india, termasuk empat Anugerah Filem Negara India dan Anugerah Filmfare. Beliau juga merupakan pelakon India yang paling banyak dicalonkan dalam Anugerah Akademi untuk Filem Bahasa Asing Terbaik.

Selepas beberapa projek sebagai pelakon kanak-kanak, kejayaan Haasan sebagai pelakon utama datang pada tahun 1975 melalui filem drama Apoorva Raagangal, di mana beliau memainkan watak remaja yang jatuh cinta dengan wanita yang lebih tua.Beliau memenangi Anugerah Filem Nasional pertamanya untuk lakonan sebagai seorang guru dalam filem 'Moondram Pirai'. Kamal Haasan diingati kerana Lakonan dalam filem Tamil arahan Mani Ratnam ,Nayagan (1987). Filem itu disenaraikan sebagai salah satu filem terbaik dalam sejerah perfileman dunia oleh Majalah TIME.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan Awal dan Keluarga[sunting | sunting sumber]

Haasan dilahirkan pada tahun 1954 dalam sebuah keluarga Tamil di Paramakudi (kini sebahagian daripada daerah Ramanathapuram), Tamil Nadu. Bapanya, D. Srinivasan (peguam), adalah militan [4] Kamal adalah anak bongsu dalam keluarganya.; saudara-saudaranya Charuhasan (b. 1930) dan Chandrahasan (b. 1936) juga peguam, dan Charuhasan menjadi pelakon tahun 1980-an.Beliau menerima pendidikan rendah di Paramakudi,kemudian berpindah ke Madras (kini Chennai).Haasan melanjutkan pelajaran di Santhome, Madras kerana minatnya dalam seni.

Falsafah Hidup[sunting | sunting sumber]

Kamal Haasan sering mempersoalkan kewujudan Tuhan dan telah menekankan tema tersebut dalam filem-filem beliau seperti Anbe Sivam dan Dasavatharam.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Sebagai pelakon[sunting | sunting sumber]

Kamal Hassan telah berlakon dalam lebih daripada 170 filem pelbagai industri filem seperti bahasa Tamil, Telugu, Hindi, Kannada, Malayalam, Bahasa Inggeris dan Bahasa Bengali. Berikut adalah antara sebilangan kecil filem lakonan beliau:

  • 2022 - Vikram (Aksi)
  • 2015 - Uttama Villain (Komedi Drama), Papanasam (Drama seram ngeri) , Thoongaa Vanam (Aksi)
  • 2013 - Vishwaroopam (Filem Spy)
  • 2009 - Unnaipol Oruvan (drama-seram ngeri)
  • 2008 - Dasavathaaram (Fiksyen Sains)
  • 2006 - Vettaiyaadu Vilaiyaadu (filem jenayah-seram ngeri)
  • 2004 - Virumaandi (Drama)
  • 2003 - Anbe Sivam (Drama)
  • 2000 - Hey Ram (Drama Jenyah;Berkisahkan tentang pembunuhan Gandhi)
  • 1996 -Indian (Vigilante-Aksi)
  • 1992 - Thevar Magan (Drama Sosial)
  • 1989 - Apoorva Sagodharargal (Drama Komedi)
  • 1987 - Nayagan (Drama Jenayah), Pushpaka Vimana (Filem Senyap)
  • 1982 - Moondram Pirai (Drama Romantik)
  • 1978 - Sigappu Rojakkal
  • 1977 - 16 Vayathinile

Sebagai pengarah[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Bahasa
2016 Vishwaroopam II Tamil, Hindi
2013 Vishwaroopam Tamil, Hindi
2004 Virumaandi Tamil
2000 Hey Ram Tamil
Hindi
1997 Chachi 420 Hindi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The legend at 57: Kamal Haasan". NDTV. NDTV Convergence Limited. Dicapai pada 29 November 2011.
  2. ^ http://www.international.ucla.edu/showevent.asp?eventid=3700
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-26. Dicapai pada 2012-02-08.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]