Kamariah Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamariah Ahmad
Nama lahirFatimah Kamariah binti Ahmad
Kelahiran (1954-12-07) 7 Disember 1954 (umur 69)
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1960-an - 1970-an

Fatimah Kamariah Ahmad (lahir 7 Disember 1954) merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Beliau merupakan ibu kepada Diddy Hirdy dan Kay Khydir yang turut mengikuti jejak langkahnya menjadi seorang artis.

Karier[sunting | sunting sumber]

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Kamariah Ahmad sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan Orkes Brahmachari. Beliau mencipta nama dengan lagu Air Mata Kasih.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan ibu kepada Diddy Hirdy dan Kay Khydir yang turut mengikuti jejak langkahnya menjadi seorang artis dimana kedua-dua anak lelakinya tersebut memulakan karier seni mereka dengan menyertai program realiti TV popular terbitan Astro, iaitu Akademi Fantasia. Diddy menyertai program realiti tersebut pada musim keempat iaitu pada 2006, manakala Kay pula menyertainya di musim kesembilan pada 2011.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Air Mata Kasih"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • [ Kamariah Ahmad]