Kamaruddin bin Mohd Isa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
YBhg Dato' Seri Haji
Kamaruddin bin Mohd Isa
Menteri Besar Perak
Dalam jawatan
18 Mac 1970 – 4 September 1974
Didahului olehAhmad Said
Digantikan olehMohamed Ghazali bin Jawi
Butiran peribadi
Parti politikUMNO

Dato' Seri Haji Kamaruddin bin Mohd Isa (1930-12 Januari 1989) pernah menjadi Menteri Besar Perak dari 18 Mac 1970 hingga 4 September 1974 .Kamaruddin bin Mohd Isa dilahirkan pada 1930 di Kampung Batu 16, Batu Kurau, Perak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi guru di Kampung Perak dan kemudian di Batu Kurau. Beliau aktif dalam persatuan belia dan kesatuan sekerja. Dari tahun 1951-1953 beliau menjadi Setiausaha Kesatuan Guru Melayu Perak, cawangan Batu Kurau dan menjadi wakil ke Persidangan Kesatuan Sekerja Pan Malaysia. Beliau juga menyertai Kontinjen Malaya ke Bangkok pada 1950. Pada 1960 beliau menyertai delegasi Malaysia melancong ke Filipina, Brunei, Sabah dan Sarawak pada 1961.Kemudian beliau diberi biasiswa untuk belajar oleh kerajaan Amerika Syarikat seterusnya menyelidik perjalanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Kamaruddin Mohd Isa turut melawat Hong Kong, Taiwan, Tokyo , Honolulu , London, Paris, Madrid, Rome, Istanbul, Beirut, Cairo, Jeddah, Madinah dan Mekah.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada 1953 beliau aktif dalam politik UMNO di Larut dan Matang seterusnya terpilih pada 1954, 1955, 1956 dan 1957. Beliau turut terlibat dalam membentuk cawangan Larut utara pada 1958 dan dolantik sebagai Setiausaha dan Pengerusi .

Beliau meletak jawatan sebagai guru dan terlibat sepenuh masa dalam politik UMNO. Pada 1964 beliau bertanding di DUN Larut dan dilantik menjadi Exco Negeri Perak.

Pada 1962 beliau dilantik sebagai Setiausaha UMNO Perak . Sebenarnya beliau tidak banyak bercakap . Beliau bertugas di Dewan Negara, Perak. Beliau turut menasihati Sultan Perak dan menyertai 25 jawatankuasa kerajaan dan sekarela, peringkat negeri dan peringkat daerah.[1]

Menteri Besar Perak[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Menteri Besar Perak yang ke-5 (1970-4 September 1974) . Perlantikan beliau mendapat perkenan Sultan Perak tetapi Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak mahukan Mohamed Ghazali bin Jawi menjadi Menteri Besar Perak semula. Akibatnya dua kem dalam parti UMNO di Perak iaitu kem Kamaruddin dan kem Ghazali Jawi.

Selaku Menteri Besar Perak, beliau menggesa kajian geologi dilakukan di luar pantai berhampiran perkampungan nelayan di Kuala Kurau, Kerian kerana dikatakan mempunyai minyak petroleum.Penduduk di Teluk Pial mendakwa mendapat minyak petrol dari dalam tanah.[2]

Beliau dikurniakan Darjah Dato Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Paduka Seri Sultan Perak dan Kesatria Mangku Negara daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Menteri[sunting | sunting sumber]

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974. Oleh itu Perdana Menteri Malaysia ketka itu ,Tun Abdul Razak melantik beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - mengendalikan hal ehwal agama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Straits Times, 4 Mac 1967, Halaman 16; 'UMNO secretary youngest among top- level leaders'
  2. ^ The Straits Times, 23 Julai 1971, Halaman 9; 'MB orders inquiry into oil find -report'


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Perak
18 Mac 1970 - 4 Sep 1974
Penyandang Kemudian
Ahmad bin Said Mohamed Ghazali bin Jawi