Kamarudin Jaffar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Tumpat Datuk

Kamaruddin Jaffar

Ahli Parlimen
untuk Tumpat

Setiausaha Agung PAS
Penyandang
Tempoh jawatan 
2004

Lahir (1951-11-03) 3 November 1951 (umur 65)
Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan
Parti politik Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Pasangan Kamariah Kamarudin
Pekerjaan Malaysia Anggota Parlimen
Laman web Blog Kamaruddin Jaffar

Kamarudin Bin Jaffar ialah ahli parlimen P019 Tumpat, negeri Kelantan , Malaysia. Beliau dilahirkan pada 3 November 1951 dan seangkatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menang bertanding tiga penggal berturut-turut dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, 2004 dan 2008 atas tiket parti PAS. Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beberapa pemimpin melompat menyertai PAS, termasuk Kamaruddin Jaafar.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Kamarudin Bin Jaffar lahir pada 3 November 1951 di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Bersekolah di SRK Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan (1958-1963). Di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1964-1970) beliau belajar bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim .Kemudian menyambung pengajian di Universiti Kent, Canterbury, England (1971-1974)kemudian di Universiti London (1975-1976).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Kamariah Kamarudin meninggal dunia pada 11 November 2009 kerana kanser usus selepas menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi. Ketika itu, Kamaruddin Jaafar berada di Qatar. Jenazah disembahyangkan di Masjid Nurul Yakin, SS7 Kelana Jaya dan dikebumikan di Bukit Kiara selepas solat Asar.[1]

Mereka mempunyai empat anak, dua lelaki dan dua perempuan antaranya :

  1. Nur Adilah
  2. Saiful Adli
  3. Shahid Adli
  4. Nur Shifa.

Kamaruddin Jaafar berkahwin buat kali kedua pada 10 Mac 2011 . Majlis akad nikah diadakan di Masjid Kelana Jaya, Selangor. Isterinya berasal dari Melaka. Turut hadir ialah Mahfuz Omar, Dr Dzulkifli Ahmad dan Dr Hatta Ramli.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Penolong Setiausaha, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (1974-1975)
  • Penyarah, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975-1985)
  • Setiausaha Politik Kepada Timbalan Perdana Menteri,Tun Ghafar Baba ( 1986-1991)

Politik[sunting | sunting sumber]

  • Exco Pemuda Umno Malaysia
  • Ketua Pemuda Umno Negeri Kelantan.
  • Ketua Umno Bahagian Tumpat 1998
  • Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sesi 1983-1987
  • Setiausaha Agung PAS Sesi 2005-2007 dan sesi 2007-2009
  • Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2003-2005
  • AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan 2003-2005
  • Bendahari PAS Kawasan Tumpat (2003 hingga kini)

Menyertai UMNO[sunting | sunting sumber]

Kamaruddin Jaafar seangkatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memajukan Angkatan Belia Islam Malaysia dan Yayasan Anda Akademik di Lembah Pantai berdekatan dengan Universiti Malaya.

Semasa Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau antara pemimpin utama ABIM yang bertawakal menyertai UMNO dengan niat mentarbiahkan UMNO dari dalam. Ketika inilah beliau dilantik menjadi pengerusi Institut Kajian Dasar, satu badan pemikir yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin ABIM lain yang menyertai UMNO ketika itu ialah Kamaruddin, Anuar Tahir dan Mohd Noor Manuty dan ramai lagi mengelilingi Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang dikelilingi oleh orang-orang ABIM ini tidak disenangi oleh barisan pemimpin pelapis UMNO seperti Sanusi Junid. Pada 1995 beliau bertanding di Tumpat atas tiket BN/UMNO tetapi tewas kepada calon PAS.

Tahanan ISA[sunting | sunting sumber]

Pada 22 September 1998, beliau dan 12 pemimpin lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Seksyen 73(1)(A) .[2] Turut ditahan ialah

  1. Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  2. Ruslan Kassim,Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan
  3. Kamaruddin Mat Noor, Semarak state assenblyman
  4. Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pemuda UMNO dan ahli parlimen Bagan Datoh
  5. Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden ABIM
  6. Mukhtar Redhuan, Timblan Presiden ABIM
  7. Shaharuddin Badaruddin, Setiausaha Agung ABIM
  8. Abdul Halim Ismail, Naib Presiden ABIM
  9. Kamarudin Jaafar, Pengerusi Institut Kajian Dasar
  10. Tamunif Mokhtar, Ketua Bahagian UMNO Cheras
  11. Abdul Manan, Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia (?)
  12. Prof. Dr. Sidek Baba, UIAM

Dipecat UMNO dan menyertai PAS[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Julai 1999, Majlis Tertinggi UMNO memecat sembilan anggota parti, termasuk Ketua Bahagian UMNO Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, kerana terbabit dengan kegiatan membantu dan menyertai parti pembangkang, ekoran pemecatan rakan ABIMnya ,Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghantar surat tunjuk sebab kepada mereka. Turut dipecat ialah Ismail Yusof, Haji Said Othman, Tarmizi Ismail dan Jumri Sabran dari UMNO Bukit Gantang.Abdul Wahab Abdullah (UMNO Johor Bharu]], Senator Hamzah Mohd Zain (Chenderoh)dan Saufi Daud dan Mohamad Noor (UMNO Tumpat).[3]

Pada 21 Julai 1999, beliau isytihar menyertai PAS Tumpat semasa ceramah oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat. Baginya, tiada lagi ruang di dalam UMNO untuk melaksanakan politik cara Islam.[4]

Lompat parti[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Sep 2015, Kamaruddin bersama dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah meninggalkan PAS dan menyertai PKR. Ketika pergolakan dalaman PAS pada 2015, beliau dilihat rapat dengan kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB), yang kemudiannya membentuk Parti Amanah Nasional (AMANAH). Kedua-dua tokoh terbabit berkata, penyertaan mereka ke dalam PKR bertujuan untuk mengukuhkan gabungan baru pembangkang dan pada masa sama tetap bersama AMANAH.

Pilihan raya Umum Malaysia[sunting | sunting sumber]

  1. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 jumlah pengundi di Parlimen Tumpat, Kelantan ialah 48,419. Kamarudin bin Jaffar melalui tiket parti PAS mendapat undi 23,218 atau 64.5 % dan meningkat 11.6%. Saingannya Noor Zahidi bin Omar dari Barisan Nasional hanya mendapat 12,776 undi atau 35.5 %. Menurut 11.6 %.
  2. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 beliau menang buat penggal kedua berturut-turut di Parlimen Tumpat.
  3. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Kamarudin Jaffar selaku Setiausaha Agung PAS, menang buat penggal ketiga di Tumpat mengalahkan Calon BN, Dr Asyraf Wajdi Hj Dusuki dengan majoriti 9,377. Kamarudin memperoleh 36,714 undi manakala Asyraf memperoleh 27,337 undi.
  4. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013, Kamarudin Jaffar berjaya memenangi kerusi Parlimen Tumpat buat penggal ke-4 mengalahkan calon BN, Mansur Saleh dengan majoriti 10,614. Kamarudin memperoleh 46,141 undi manakala Mansur Saleh memperoleh 35,527 undi.

Keputusan pilihan raya umum Malaysia[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Rakyat: Tumpat, Kelantan[5]
Tahun Menang Undi Peratus Kalah Calon Peratus
1995 Wan Jamil Wan Mahmood (PAS) 17,682 51% Kamaruddin Jaafar (BN) 15,764 46%
1999 Kamaruddin Jaafar (PAS) 23,218 63% Noor Zahidi Omar (BN) 12,776 35%
2004 Kamaruddin Jaafar (PAS) 27,919 51% Mat Nawawi Mat Jusoh (BN) 26,099 47%
2008 Kamaruddin Jaafar (PAS) 36,714 56% Asyraf Wajdi Dusuki (BN) 27,337 42%
2013 Kamarudin Jaffar (PAS) 46,141 56% Mansor Salleh (BN) 35,527 43%

Alamat[sunting | sunting sumber]

  • No. 2 Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]