Kambing pengsan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Seekor kambing 'pengsan muda' yang sedang "pengsan".

Kambing miotonik ataupun kambing pengsan, merupakan kambing bela jinak yang otot-ototnya kaku selama kira-kira 10 saat apabila ia merasa panik. Biarpun tidak menyakitkan, tetapi ini sering kali menyebabkan kambing itu rebah meminggir. Sifat ini disebabkan oleh kecelaruan genetik turunan yang dipanggil miotonia kongenita. Apabila dikejutkan, kambing muda menjadi kaku dan rebah. Kambing yang lebih matang pula belajar mengangkangkan kaki atau bersandar pada sesuatu apabila diperanjatkan, dan selalunya berlari lintang-pukang dengan menyeret kaki kakunya dengan janggal.