Kamera aksi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Kamera aksi ialah sejenis kamera digital yang direka khas untuk merakam gambar dalam persekitaran yang mengalami pergerakan yang sangat giat. Ia sering digunakan dalam kegiatan melibatkan pergerakan yang lasak (termasuk sukan ekstrem, lagak ngeri dan tunggangan berkenderaan pantas laju seperti lumba motorsikal dan basikal.[1]

Badan ia direka padat dengan penderia yang mampu mengesan dan menstabilkan gegaran yang terpindah dari badan pemegang. Malah ia sering dipasangkan kuat pada badan pengguna melalui cagak yang terbina mudah muat pada alatan atau kenderaan, mahupun pada monopod atau tripod yang mudah alih.

Data yang terakam dalam kamera ini disimpan dalam suatu kad SD mikro serta mempunyai penghubung Micro-USB atau USB-C untuk memindahkan data.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kai Ferng Low (17 Oktober 2018). "Do I Need An Action Camera? A Guide for Beginners and Enthusiasts". ActionCamGuides.