Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kami Histeria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kami Histeria
Poster-kami-histeria.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahShamyl Othman
PenerbitLina Tan
Lakon layar olehRafidah Abdullah
Cerita olehRafidah Abdullah
Dibintangi olehDiana Danielle
Sara Ali
Mila Jirin
Nad Zainal
Umie Omar
Nur Fazura
Izzue Islam
Afdlin Shauki
Muzik olehLoque
SinematografiHaris Hue Abdullah
Disunting olehJohn Hafiz
Syarikat
penerbitan
Redfilms
Marna Films
Astro Shaw
PengedarTayangan Unggul
Mula ditayangkan
6 Februari 2014
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM 2 Juta[1]
Pecah panggungRM 874,000[2]

Kami Histeria merupakan sebuah filem komedi muzikal seram Malaysia 2014 arahan Shamyl Othman terbitan bersama Red Films,[3] Marna Films, dan Astro Shaw dibintangi oleh Diana Danielle, Sara Ali, Mila Jirin, Nad Zainal, Umie Omar, Nur Fazura, Izzue Islam, dan Afdlin Shauki. Ia turut menerima tajaan daripada jenama wafer coklat keluaran Nestle, Kit Kat.

Filem ini mengisahkan mengenai band Histeria yang terdiri daripada Laila (Diana Danielle), Peanut (Nad Zainal), Bad (Sara Ali), Princess (Mila Jirin) dan Jojo (Umie Omar) yang terlalu ghairah mengejar kemahsyuran walaupun dengan cara yang salah. Kisah seram bermula apabila kumpulan ini secara tidak sengaja telah merakam suara langsuir di dalam salah sebuah lagu mereka dan ianya telah menyumbang kepada populariti lagu tersebut dalam masa singkat.

Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 6 Februari 2014 di pawagam seluruh Malaysia dan menerima ulasan positif daripada pengulas dan pengkritik filem.

Plot[sunting | sunting sumber]

Jojo (Umie Omar), Badariah a.k.a. Bad (Sara Ali), Laila (Diana Danielle), Airin a.k.a. Princess (Mila Jirin) dan Peanut (Nad Zainal) merupakan sahabat sejak beberapa tahun lalu dan berazam nak naikkan nama band mereka, Histeria. Mereka baru berpindah ke sebuah rumah flat bersebelahan dengan rumah Pit (Izzue Islam). Ketika mereka merakamkan lagu Muzik, mereka telah diganggu oleh hilaian langsuir. Walaupun dengan gangguan tersebut, mereka tetap meneruskan rakaman.

Pada keesokkan harinya, Jojo sedar bahawa rakaman mereka itu turut mempunyai suara langsuir tersebut. Jojo dan Princess tidak mahu memuat naik lagu tersebut ke Youtube, tetapi hasil kata sepakat, lagu tersebut dimuat naik juga ke Youtube. Lagu tersebut menjadi hit dan mereka mula menjadi terkenal. Tanpa membuang masa, mereka mulai merakam lagu baharu (Pujaan Hatiku) supaya merkea tidak kehilangan peminat. Lagu kedua mereka itu, tidak sehebat lagu pertama mereka. Pihak media mula melabelkan mereka sebagai "One-hit Wonder". Merasai tercabar, Jojo dan Princess mencari punca kejayaan lagu pertama mereka. Perbezaan lagu pertama dan kedua yang telah mereka temui ialah lagu pertama tersebut mempunyai suara hilaian langsuir. Mereka merasakan itulah penyebab kejayaan mereka. Mereka menunggu suara langsuir tersebut agar mereka dapat merakam lagu hit baru. Selepas seminggu menunggu, Bad mula mencari alternatif.

Bad berjaya meyakinkan ahli kumpulan yang lain untuk pergi mencari langsuir. Selepas beberapa jam di dalam hutan, Bad mulai membaca jampi serapah Cik Lang yang dia dapati dari internet. Cik Lang (Nur Fazura) muncul dan mereka memulakan rundingan untuk merakam suara Cik Lang. Hasil perjanjian mereka ialah sekirannya lagu tersebut menjadi popular, mereka akan bertemu lagi dengan Cik Lang untuk rundingan seterusnya.

Lagu Kami Histeria, yang dirakam dengan suara Cik Lang mula menjadi popular dan mereka menjadi terkenal. Ketika ditemu ramah di radio Era FM, Cik Lang telah menelefon konti penyampai radio tersebut. Dia mengharapkan kumpulan Histeria tidak melupakan janji yang telah mereka buat sebelum ini.

Cik Lang muncul di rumah mereka mengharapkan janji mereka ditunaikan. Cik Lang meminta mereka membawa Afdlin Shauki kepadanya. Menyedari mereka tidak mampu untuk menunaikan janji tersebut, mereka meminta janji itu ditukar. Cik Lang, yang marah, mengugut mereka. Konflik muncul sama ada hendak menculik Afdiln Shauki atau tidak. Sementara itu, Cik Lang mula menganggu mereka.

Kumpulan Histeria, yang ketakutan, menculik Afdlin Shauki ketika raptai Anugerah Bintang Popular. Cik Lang sangat gembira tetapi kumpulan Histeria menyerang Cik Lang dengan mesin paku dan surah Yaasin. Cik Lang berjaya ditewaskan dan mereka pun berpindah rumah.

Ketika sesi rakaman video lagu mereka yang diarahkan oleh Afdlin Shauki, Cik Lang yabg dilakonkan oleh Nur Fazura muncul. Di luar studio pula kelihatan sebuah kereta mewah baru sahaja sampai. Fazura keluar dari kereta tersebut kemudiannya terkejut apabila mendengar suara jeritan dari dalam studio.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Nur Fazura melakonkan watak Cik Lang di dalam filem ini.

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini merupakan idea asal Rafidah Abdullah yang mendapat ilham selepas mendengar cerita seram dari penghuni pangsapuri di dalam filem tersebut mengenai suara pelik yang didengar dari hutan bersebelahan.[5] Skrip filem ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Filem ini merupakan filem pertama arahan Shamyl Othman. Ketika penggambaran, pengarah merasakan pengalaman pelik iaitu babak di dalam bilik air yang sepatutnya dilakukan dengan sekejap mengambil masa selama sehari. Mila Jirin pula teruja kerana dapat berlakon dengan Nur Fazura.[6][7] Kesemua pelakon telah menjalani kelas muzik terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran bagi menyesuaikan diri dengan watak.[8]

Pengambaraan filem ini dijalankan di sekitar Lembah Klang dan mengambil masa sebulan sebelum diikuti oleh 10 bulan proses pasca-produksi.[9][10]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Filem ini telah ditayangkan di 64 pawagam seluruh Malaysia.Filem ini mendapat kutipan RM 500,000 selepas empat hari tayangan.[11][12] Selepas 28 hari ditayangkan, filem ini berjaya mengumpul RM 875, 999.

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Rata-rata pengkritik memberi komen positif mengenai filem ini.Portal hiburan Ohbulan.com dan Aqmar Mustaza dari Sinar Harian memberi satu perkataan untuk filem ini iaitu "Terbaik!".[13][14] Kemalia Othman dari mStar pula mengatakan filem ini sebagai "komedi seram luar biasa".[15] Portal hiburan Murai.com.my memuji kebijaksanaan pengarah menyelitkan adegan-adegan kelakar didalam filem ini.[16] Portal fesyen, Byrawlins.com pula memuji sinematigrafi filem dan lakonan dari Nad Zainal.[17] Harian Metro pula mengulas filem ini sebagai filem yang "...digarap kemas dalam gaya kontemporari".[18] Portal hiburan Tupai.com.my pula memberi 3.5 bintang untuk filem ini dan tidak terkejut sekirannya filem ini mampu muncul antara filem terbaik tahun 2014.[19]

Denis Chua dari New Straits Times pula memuji keserasian antara pelakon.[20] Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014"[21] Wendi Sia dari portal filem,Dailyseni.com pula menyenaraikan filem ini dalam "Top 5 Malaysian Films 2014".[22]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Kami Histeria:Mati-Mati Mesti Meletop (Original Soundtrack)
Runut bunyi oleh Pelbagai
Dikeluarkan pada2013
GenreRunut bunyi
SyarikatPenerbitan Pancasona

Sebuah EP runut bunyi telah dihasilkan untuk filem ini. Kesemua lagu ini dihasilkan oleh Loque dan berunsurkan Pop Neon. Terdapat juga sebuah lagu yang tidak dimasukkan di dalam EP tetapi dinyanyikan di dalam filem iaitu The Motherfunkers oleh Afdlin Shauki.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukPenyanyi Masa
1. "Kami Histeria"  Diana Danielle,Mila Jirin, Shima 4:12
2. "Muzik"  Diana Danielle & Mila Jirin 3:14
3. "Pujaan Hatiku"  Diana Danielle & Mila Jirin 3:12
4. "Hidup Mati Rock & Roll"  Shima 2:13

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Anugerah Lawak Warna 2014[23][24] Filem Komedi Terbaik Lina Tan Dicalonkan
Pengarah Filem Komedi Terbaik Shamyl Othman Dicalonkan
Pelakon Wanita Komedi Terbaik (Filem) Nur Fazura Dicalonkan
Diana Danielle Dicalonkan
Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem) Rafidah Abdullah Dicalonkan
Skrip Komedi Filem Terbaik (Filem) Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-27[25] Pelakon Wanita Terbaik Sara Ali Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Nur Fazura Dicalonkan
Pengarah Harapan Shamyl Othman Dicalonkan
Pelakon Harapan Wanita Nad Zainal Dicalonkan
Lagu Tema Asal Terbaik Loque Dicalonkan
Busana Terbaik Jessie Yeow & Fiza Yusof Dicalonkan
Kesan Khas Terbaik Bruce Lee Yong Loong Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://malaysiandigest.com/hiburan/484461-fazura-menggilai-cik-lang-pun-ikut-mengilai.html
  2. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2014
  3. ^ 'Kami Histeria' Komedi Seram Luar Biasa
  4. ^ http://galaksi-media.com/hiburan-filem-kami-histeria-gabungkan-ramai-heroin/#more-6363
  5. ^ http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Budakbandmintabantuanlangsuir/Article/index_html
  6. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/02/16/kami-histeria-filem-seram-komidi-yang-berjaya/
  7. ^ http://www.buzzera.net/2013/02/mila-jirin-kecewa-dengan-album-bakal.html
  8. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140209/hi_01/Sara-Ali-buang-diva
  9. ^ http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-487416.html
  10. ^ http://www.hyebro.com/2014/01/filem-kami-histeria/
  11. ^ http://www.astroawani.com/berita-hiburan/filem-histeria-terus-histeria-di-panggung-29945
  12. ^ http://wowartis.com/filem-kami-histeria-kutip-rm-500000-4-hari-tayangan/
  13. ^ http://www.ohbulan.com/review-filem-kami-histeria-memang-terbaik/
  14. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kami-histeria-terbaik-1.248657
  15. ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2014/02/14/kami-histeria-komedi-seram-luar-biasa/
  16. ^ http://www.murai.com.my/reviu/wayang/article/articleid/434958/kisah-langsuir-dambakan-afdlin-shauki-dalam-kami-histeria
  17. ^ http://www.byrawlins.com/2014/02/kami-histeria-review.html
  18. ^ http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/KamiHisteria_Seramdalamkelakar/Article/article_print
  19. ^ http://www.tupai.com.my/2014/01/ulasan-kami-histeria.html
  20. ^ http://www2.nst.com.my/nation/cinema-histeria-hits-high-notes-1.477662
  21. ^ http://thevocket.com/9-filem-terbaik-malaysia-bagi-tahun-2014/
  22. ^ http://www.dailyseni.com/index.php/home/news/item/2320-year-in-review-top-5-malaysian-films-of-2014
  23. ^ http://www.manggaonline.com.my/senarai-top-5-anugerah-lawak-warna-2014/
  24. ^ http://www.melvister.com/2014/09/keputusan-rasmi-pemenang-anugerah-lawak-warna-2014-astro.html
  25. ^ http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/691125/jom-check-it-out-24-kategori-pencalonan-akhir-ffm27

Pautan luar[sunting | sunting sumber]