Kamikatsu, Tokushima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kamikatsu

上勝町
Pemandangan Kamikatsu
Pemandangan Kamikatsu
Bendera Kamikatsu
Flag
Mohor rasmi Kamikatsu
Mohor
Kedudukan Kamikatsu di wilayah Tokushima
Kedudukan Kamikatsu di wilayah Tokushima
NegaraJepun
KawasanShikoku
WilayahTokushima
Kerajaan
 • Datuk BandarYasushi Hanamoto
Keluasan
 • Darat109.63 km2 (42.33 batu persegi)
Penduduk
(1 Mei 2019)[2]
 • Jumlah1,533
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
Laman webhttp://www.kamikatsu.jp/

Kamikatsu (上勝町, Kamikatsu-chō) merupakan sebuah pekan yang terletak di wilayah Tokushima, Jepun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pekan ini ditubuhkan pada 20 Julai 1955 melalui penggabungan dua buah kampung, Takahoko dan Fukuhara. Lambang mohor Kamikatsu diperkenalkan pada 16 Disember 1965.[3]

Inisiatif sisa sifar Kamikatsu[sunting | sunting sumber]

Pekan Kamikatsu merupakan sebuah kawasan "sisa sifar", di mana sampah-sampah dalam Kamikatsu dibahagikan kepada 45 jenis sisa untuk dikitar semula kerana terpaksa menutup kilang pembakar sampah pada 2000. Inisiatif ini bermula pada tahun 2003 apabila pekan ini melaksanakan deklarasi sisa sifar.[4] Pekan ini menetapkan matlamat untuk menjadi pekan sisa sifar menjelang tahun 2020 setelah memiliki kadar kitar semula setinggi 80% pada 2008.[5]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pekan Kamikatsu diairi oleh sungai-sungai seperti Sungai Katsuura dan Sungai Asahi. Gunung Kumosa merupakan puncak tertinggi Kamikatsu dengan ketinggian 1,495 meter. Secara keseluruhannya, Kamikatsu berada di kawasan tanah tinggi.[1]

Pekan ini merupakan pekan dengan populasi terkecil di pulau Shikoku.

Kawasan perbandaran jiran[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pekan ini tidak memiliki sebuah sekolah tinggi, tetapi memiliki sebuah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pekan Kamikatsu tidak memiliki sebarang stesen kereta api. Pekan ini memiliki perkhidmatan bas yang disediakan oleh pihak pentadbiran Kamikatsu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "上勝町の紹介". Laman rasmi pekan Kamikatsu (dalam bahasa Jepun). 24 September 2008. Dicapai 21 Mei 2019. 
  2. ^ "上勝町" (dalam bahasa Jepun). Dicapai 21 Mei 2019. 
  3. ^ 図典 日本の市町村章 (dalam bahasa Jepun). Tokyo: Shogakukan. 2007. m/s. 191. ISBN 4095263113. 
  4. ^ "徳島 上勝町のゼロ・ウェイスト ごみリサイクル、8割近く". Mainichi Shimbun (dalam bahasa Jepun). 6 Januari 2019. Dicapai 30 Mei 2019. 
  5. ^ McCurry, Justin (5 Ogos 2008). "Climate change: How quest for zero waste community means sorting the rubbish 34 ways". The Guardian. Dicapai 30 Mei 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]