Kamilah Bintang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kamilah Bintang adalah merupakan sebuah program realiti TV pencarian bakat nyanyian remaja bagi mencari pelapis baharu kepada penyanyi yang sedia ada masa kini. Disiarkan setiap hari Jumaat, pada jam 5:30 petang bermula pada 19 November 2010 di Astro Ceria.

Kamilah Bintang
Dihoskan olehZoey Rahman
Nora Danish
JuriDato' Aznil Hj. Nawawi
Shafizawati Sharif
Adibah Noor
Bil. peserta6
JuaraWani Kayrie
Naib juaraFaisal Halim
Negara asal Malaysia
Bil. episod6
Keluaran
RangkaianAstro Ceria (611)
Tarikh siaran19 November –
24 Disember 2010

Format rancangan[sunting | sunting sumber]

Kamilah Bintang adalah merupakan sebuah program realiti TV terbitan Astro yang diterbitkan pada tahun 2010 bagi bertujuan mencari bakat-bakat muda yang baru dalam bidang nyanyian bagi menjadi pelapis kepada penyanyi yang sedia ada masa kini. Program ini diadakan pada cuti musim sekolah iaitu pada penghujung tahun. Ujibakat telahpun dijalankan di tiga lokasi iaitu di Kuantan, Johor Bahru dan Shah Alam. Seramai 6 orang peserta telah terpilih melalui sesi ujibakat yang diadakan.

Barisan tenaga pengajar[sunting | sunting sumber]

Kesemua para peserta yang terpilih ini akan dibantu oleh ikon-ikon muzik terkenal tanah air seperti Amy Search, Stacy, Kumpulan Hujan, Aizat Amdan dan Farah Asyikin secara bergilir setiap minggu bagi membantu mereka mempersiapkan diri dengan pelbagai latihan sebelum membuat persembahan secara langsung di hadapan barisan juri.

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Rancangan ini merupakan satu-satunya program realiti televisyen yang tidak akan menyingkirkan peserta, dan juara akan ditentukan melalui markah yang dikumpul selama 6 konsert mingguan berlangsung. Menariknya, program ini juga menyediakan kemudahan buat semua peserta iaitu tiga pilihan "Kuasa Bintang" dimana mereka akan diberikan bantuan mengenai persembahan iaitu bantuan penyanyi latar, hiasan pentas dan kelas vokal. Namun dua markah peserta akan ditolak setiap kali mereka menggunakan kemudahan ini.

Senarai peserta[sunting | sunting sumber]

Mengikut susunan kedudukan
(Umur dicatat sewaktu pertandingan)

Peserta Umur Asal
Mohammad Aiman Azli bin Aziz (Aiman) Kamilah Bintang di Instagram 14 Semenyih, Selangor
Dayang Nazilah binti Awang Astillah (Dayang) Kamilah Bintang di Instagram 14 Ulu Klang, Selangor
Raja Mohammad Faisal Khairullah bin Raja Abdul Halim Shah (Faisal) Kamilah Bintang di Instagram 13 Gelang Patah, Johor
Muhammad Fathullah Farhan bin Mohammad Rosdi (Farhan) Kamilah Bintang di Instagram 12 Pekan, Pahang
Qistina Amira binti Rohaizad (Qistina) Kamilah Bintang di Instagram 13 Seremban
Syazwani binti Sapari (Wani) Kamilah Bintang di Instagram 10 Petaling Jaya, Selangor

Episod Minggu[sunting | sunting sumber]

Episod Minggu Pelakon Tarikh Rangkaian
Minggu 1 Faisal, Aiman, Dayang, Farhan, Qistina, Wani 19 November 2010 Astro Ceria
Astro Prima
Minggu 2 26 November 2010
Minggu 3 3 Disember 2010
Minggu 4 10 Disember 2010
Minggu 5 - Konsert Separuh Akhir 17 Disember 2010
Minggu 6 - Konsert Akhir 24 Disember 2010

Ringkasan konsert[sunting | sunting sumber]

Minggu 1[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 19 November 2010
Ikon: Amy Search

Peserta Lagu (penyanyi asal)
Aiman "Terima Kasih" (Awie)
Dayang "Akan Ku Tunggu" (Candy)
Faisal "Fantasia Bulan Madu" (Search)
Farhan "Tiga Malam Tanpa Bintang" (Fiq)
Qistina "Pakai Kanta Cinta" (Elyana)
Wani "Permata Permotong Permata" (Ella)

Juara mingguan: Faisal

Minggu 2[sunting | sunting sumber]

Tarikh disiarkan: 26 November 2010
Ikon: Stacy

Peserta Lagu (penyanyi asal)
Aiman "Kenapa?" (Daus)
Dayang "Gagap" (Stacy)
Faisal "Terhangat Di Pasaran" (KRU)
Farhan "Hoore Hoore" (Dato' Sudirman)
Qistina "Mama Papa" (Ning Baizura)
Wani "Malu Tapi Mahu" (Dina Nadzir)

Juara mingguan: Farhan

Minggu 3[sunting | sunting sumber]

Tarikh siaran: 3 Disember 2010
Ikon: Aizat Amdan

Peserta Lagu (penyanyi asal)
Aiman "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" (Shahir)
Dayang "Ku Ada Kamu" (Adira)
Faisal "Gemuruh" (Faizal Tahir)
Farhan "Kau Aku" (Aizat Amdan)
Qistina "Tak Mungkin Kerana Sayang" (Alyah)
Wani "Destinasi Cinta" (Siti Nurhaliza)

Juara mingguan: Dayang

Minggu 4[sunting | sunting sumber]

'Tarikh disiarkan: 10 Disember 2010
Ikon: Kumpulan Hujan

Peserta Lagu (penyanyi asal)
Aiman "Situasi" (Bunkface)
Dayang "Pujaan Malaya" (Adzrin Adzhar)
Faisal "Drama King" (Meet Uncle Hussain)
Farhan
Qistina
Wani

Juara mingguan: Faisal

Konsert Separuh Akhir[sunting | sunting sumber]

Peserta Lagu
Aiman
Dayang "Jika Kau Ubah Fikiran" nyanyian Mila Jirin
Faisal
Farhan
Qistina
Wani "Langit Ke-7" nyanyian Sharifah Zarina
  • Juara mingguan: Wani


Konsert Akhir[sunting | sunting sumber]

  • Tarikh disiarkan: 24 Disember 2010
  • Ikon: -
Peserta Lagu
Aiman "Bila Cinta" nyanyian Gio
Dayang "Pujaan Malaya" nyanyian Azdrin Azhar
Faisal "Bukti" nyanyian Fiq Halim
Farhan "Tiga Malam Tanpa Bintang" nyanyian Fiq Halim
Qistina "What About Now?" nyanyian Chris Daughtry
Wani "Tolong Ingatkan Aku" nyanyian Ana Raffali
  • Tempat Keenam: Aiman
  • Tempat Kelima: Qistina
  • Tempat Keempat: Dayang
  • Tempat Ketiga: Farhan
  • Naib Juara: Faisal
  • Juara: Wani

Carta kedudukan[sunting | sunting sumber]

Ked. Konsert Mingguan
1 2 3 4 Akhir
1. Faisal Farhan Dayang Faisal Wani
2. Faisal
3. Farhan
4. Dayang
5. Qistina
6. Aiman

Hadiah[sunting | sunting sumber]

Juara:

  • Pakej percutian ke Taman Tema Gold Coast, Australia
  • Wang tabung pendidikan RM15,000
  • Komputer riba jenama VAIO
  • Dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur
  • Ipod Shuffle

Naib Juara:

  • Pakej percutian ke Taman Tema Hongkong
  • Dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur
  • Ipod Shuffle

Tempat Ketiga:

  • Pakej percutian ke Taman Sentosa, Singapura
  • Dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur
  • Ipod Shuffle

Tempat Keempat:

  • Dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur
  • Ipod Shuffle

Tempat Kelima:

  • Dua tiket VIP ke Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur
  • Ipod Shuffle

Tempat Keenam:

  • Dua tiket ke Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur
  • Ipod Shuffle

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Pengacara:

Juri tetap:

Ikon:

Statistik[sunting | sunting sumber]

  • Jumlah peserta: 6
  • Peserta paling tua: Mohd Aiman Azli Aziz (Aiman)
  • Peserta paling muda: Syazwani Sapari (Wani)
  • Peserta paling tinggi: Mohd Aiman Azli Aziz (Aiman)
  • Peserta paling rendah: Muhd Fathullah Farhan Mohd (Farhan)
  • Peserta paling berat: Mohd Aiman Azli Aziz (Aiman)
  • Peserta paling ringan: Dayang Nazillah Awang Astillah (Dayang)
  • Peserta yang mengumpul markah terbanyak (juara mingguan): Raja Mohammad Faisal Kairullah (Faisal), Syazwani Sapari (Wani)
  • Peserta yang mengumpul markah terendah (tercorot):

Trivia[sunting | sunting sumber]

Salah seorang alumni program realiti ini, iaitu Faisal telah meninggal dunia pada 12 Ogos 2017 akibat terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]