Kamn Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kamn Ismail
KelahiranKamaruddin bin Ismail
(1956-02-08)8 Februari 1956
Pengkalan Balak, Melaka, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia8 Disember 2019(2019-12-08) (umur 63)
Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya, Selangor
PekerjaanPengarah, penulis, pelukis, juruanimasi, pelakon suara
Tahun aktif1975–2019
Karya terkenal

Kamaruddin "Kamn" Ismail (8 Februari 1956[1] – 8 Disember 2019[2]) merupakan seorang pengarah, penulis, juruanimasi dan pelakon suara Malaysia. Beliau terkenal sebagai pengarah siri animasi Usop Sontorian (1993–1997), siri animasi terbitan Kharisma Pictures dan juga merupakan pencipta watak dan cerita animasi Keluang Man (1997–2001). Beliau juga dikenali sebagai pelopor pengarah siri animasi TV pertama di Malaysia.[3][4]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1956 di Pengkalan Balak, Melaka dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau bersekolah di peringkat rendah dan menengah di Methodist Boys School Sentul. Selepas tamat persekolahan, beliau memulakan kerjaya sebagai pelukis.[1]

Beliau bekerja dengan sebuah studio animasi England, MacLean & Company, yang pada ketika itu sedang menjalankan penggambaran filem di Malaysia. Beliau menjadi pelukis skenik di studio itu dan filem yang dihasilkan adalah filem Paper Tiger (1975) arahan Ken Annakin.[1]

Beliau seterusnya bekerja sebagai kerani di Keretapi Tanah Melayu (KTM) sehingga penswastaannya pada tahun 1992. Kamn Ismail memulakan kerjaya animasi bersama Dato' Mohd Othman Yusof dan Micheal Lum menerbitkan siri animasi pertama negara, Usop Sontorian, yang mana beliau berkhidmat sebagai pengarah.[5] Beliau seterusnya mengarahkan siri animasi adiwira Keluang Man terbitan UAS Communications.

Beliau kemudiannya menubuhkan syarikat animasinya sendiri, Quest Animation (m) Sdn. Bhd yang mana Kamn Ismail adalah Pengarah Urusan syarikat.[6]

Pada 1 April 2018, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas menobatkan beliau sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah kartunis dan hari kartunis 2018 di Muzium Negara.[2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2019 jam 4:15 petang.[7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pengarah Penerbit Pelakon suara Catatan
1993–1997 Usop Sontorian Ya Tidak Ya Juga sebagai pelakon suara
1997–2001 Keluang Man Ya Ya Tidak Penulis
2002 Che Nat Ya Ya Ya Penulis, 49 episod
2002 Toman 1 Ya Ya Ya Penulis, 13 episod
2002 Kumang Ya Ya Ya Penulis, 45 minit telemovie
2003-2004 Kumang Lagenda Sarawak Ya Ya Ya Penulis, 26 episod
2004-2005 Lagenda Kinabalu Ya Ya Ya Penulis, 26 episod
2006 Pusaka Ya Ya Ya Penulis, 26 episod
2006-2007 Pejuang Ya Ya Ya Penulis, 26 episod
2008-2010 Duwi Ya Ya Ya Penulis, 26 episod
2015-2018 Mat Kilau Ya Ya Ya Penulis, 13 episod

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "A brief history on our Managing Director & Producer Kamn Ismail" [Sejarah ringkas mengenai Pengarah Urusan dan Penerbit kami, Kamn Ismail]. UAS ARTS (M) Sdn Bhd (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Mac 2018.
  2. ^ a b Afiezy Azaman (8 Disember 2019). "Pencipta watak 'Keluang Man' dan 'Usop Sontorian' meninggal dunia". Astro Awani. Diarkib daripada yang asal pada 9 Disember 2019. Dicapai pada 9 Disember 2019.
  3. ^ Kepayahan karyawan - Rencana Utusan Malaysia (24 Januari 2015). Dicapai pada 10 Mac 2018.
  4. ^ "Pengarah Animasi TV pertama Malaysia, Kamn Ismail". Faris Ghazali. 9 Januari 2017. Dicapai pada 19 Jun 2017.
  5. ^ Mengimbas Kembali Siri Animasi Pertama di Malaysia 'Usop Sontorian' Sarawakiana (9 Mei 2014). Diperoleh pada 24 April 2018.
  6. ^ Mohammed Shahemey Azmi (28 Jun 2015). Animasi Malaysia cetus fenomena Kosmo!. Diperoleh pada 10 Mac 2018.
  7. ^ Mohd Hazrizal Mohd Hanapiah (8 Disember 2019). Tokoh animasi digital Kamn Ismail meninggal dunia Sinar Harian. Dicapai pada 8 Disember 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]