Kamov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Helikopter Kamov Ka-25

Kamov adalah sebuah syarikat pembuat helikopter Rusia. Syarikat ini diasaskan oleh Nikolay Ilyich Kamov (Rusia: Никола́й Ильи́ч Ка́мов)) yang menjadi ketua pereka biro reka bentuk Kamov.

Nikolay Ilyich Kamov memulakan pembinaan helikopternya dalam tahun 1929 bersama-sama N. K. Skrzhinskii. Sehingga tahun-tahun 1940-an, mereka membina autogiro termasuk pesawat A-7-3 yang dilengkapi senjata dan digunakan dalam pertempuran.

Selepas Perang Dunia II, biro reka bentuk Kamov membuat rekaan khusus untuk helikopter, dan menjadi terkenal dengan reka bentuk menggunakan sistem rotor sepaksi (coaxial rotor) yang begitu sesuai untuk kegunaan di atas kapal tentera laut dan membolehkan operasi pada kelajuan tinggi.

Dalam tahun 2006 Syarikat Kamov bergabung dengan syarikat-syarikat Mil dan Rostvertol untuk menjadi entiti Oboronprom Corp. Jenama Kamov akan diteruskan di bawah syarikat baru ini, walaupun keluaran yang bertindan akan digabungkan.

Rekaan Kamov termasuk :

Tarikh Model Catatan
25 September 1929 KaSkr-I Autogiro Reka bentuk autogiro pertama dihasilkan di Soviet Union, rekaan oleh Kamov dan Skrzhinskii. Berasaskan model-model yang dihasilkan oleh Cierva.
1934 A-7 Autogiro yang digunakan untuk tugasan peninjauan dan pemerhatian.
1944 Ka-8 Vertolet Kamov memperkenalkan susun atur rotor sepaksi, rekaan helikopter tulen pertama oleh Kamov. Susun atur rotor sepaksi menjadi tanda pengenalan rekaan Kamov dan masih digunakan oleh Kamov. Pesawat Ka-8 adalah pesawat satu tempat duduk yang menggunakan sebuah enjin motosikal 27hp yang dilonjakkan menjadi 45hp dengan menggunakan alkohol sebagai bahan api. Bilah rotor dibina menggunakan kayu. 3 unit dibina.
September 1949 Ka-10 Hat Pesawat Hat akan penambahbaikan ke atas reka bentuk Ka-8 dengan enjin 55 hp buatan Ivchenko membolehkan pesawat mencapai kelajuan 90 kmj. Penggunaan ekor kembar dimulakan dengan pesawat Ka-10M. 12 units dibina.
1952 Ka-15 Hen helikopter pelbagai guna dengan dua tempa duduk direka khas untuk Tentera Laut Soviet yang memperkenalkan biro reka bentuk Kamov kepada dunia luar. Versi awam diberikan pengenalan Ka-15M.


Enjin: 1 x Ivchenko of 225hp kelajuan: 150 km/j ketinggian khidmat: 3050 m

1955 Ka-18 Hog Helikopter Ka-15 dengan fiuslaj besar dan menggunakan enjin Ivchenko 280 hp AI-14VF dengan keupayaan membawa 4 orang penumpang. 200 unit dibina.
1960 Ka-20 Harp kali pertama dipertunjukkan pada Hari Penerbangan Soviet tahun 1961. pesawat ini dilihat sebagai prototaip helikopter Ka-25. Banyak menyerupai

Ka-15 dan Ka-18.

1960 Ka-22 Hoop Vintokryl Pesawat berubah bentuk yang berjaya mencapai beberapa rekod. Hanya 1 unit dibina.


14 Oktober, 1961 : Pesawat Ka-22 mencapai kelajuan 337 km/hj dalam litar 100 km.

1965 Ka-25 Hormone Helikopter kegunaan atas kapal untuk Tentera Laut Soviet. Digunakan kebanyakannya sebagai pesawat antikapal selam. Hampir 500 unit dibina sehingga tahun 1975.

Ka-25BSh Hormone - A : varian ASW
Ka-25OTH Hormone - B : varian untuk tugasan menyuakan maklumat dan data kawalan untuk peluru berpandu krus yang dilancarkan oleh kapal laut dan kapal selam Soviet
Ka-25PS Hormone - C : varian SAR
Ka-25K : varian kren untuk kegunaan awam
Garis pusat Rotor: 15.74 m
Panjang: 10 m
Tinggi: 5.37 m
Berat: 4770 kg – Berat Maksimum : 7500 kg
Enjin: 2 x Glushenkov GTD-3F dengan 900 hp
Kelajuan: Maksimum: 220 km/j
Jarak penerbangan: 400 km
Ketinggian khidmat: 3500 m

1966 Ka-26 Hoodlum-A Helikopter pelbagai guna yang banyak digunakan oleh Aeroflot dan untuk eksport. Lebih 600 unit dibina.
1969 V-50 Projek helikopter penyerang dengan rotor iring (tandem rotors). Pembangunan dibatalkan.
1978 Ka-27 Helix Helikopter pengganti untuk Ka-25 Hormone. Mulai dilihat atas kapal pembinasa jenis Udaloy
1981 Ka-28 /
Ka-32 Helix
varian kegunaan awam dan untuk eksport helikopter Ka-27
27 Julai 1982 Ka-50 Hokum-A juga dikenali sebagai V-80, Werewolf & Black Shark


Ka-52 versi dua tempat duduk Alligator
Ka-40 versi untuk eksport Hokum
Kamov/IAI KA-50-2 Erdogan – varian terbaharu

1986 Ka-116 Hoodlum-B Helikopter Ka-26 dengan enjin turbin
Pertengahan tahun-80an V-100 Helikopter penyerang jenis berat dengan kips penujah di belakang (pusher propeller) dengan kelajuan melebihi 400 km/j. Dilengkapkan dengan persenjataan 3000 kg terdiri dari bom dan roket, 2 laras meriam, 2 misil antiradar atau antikapal. Tidak dikeluarkan.
1990 Ka-118 Pembangunan menggunakan teknologi NOTAR ( No TAil Rotor ).
1993 Ka-128 Helikopter Ka-126 dengan tambahan kotak gear perantaraan dan avionik Bendix King.
1998 Ka-60 Helikopter menggunakan rotor tunggal
1994 Ka-62 Helikopter menggunakan rotor tunggal
1994 Ka-226 pembangunan Ka-126 dengan dipasangkan dua buah enjin
90-an Ka-37 Helikopter tanpa juruterbang dibangunkan bersama Daewoo dari Korea Selatan untuk kegunaan pertanian. Berat maksimum 250 kg, kelajuan 110 km/j dan masa penerbangan 45 minit

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]