Kampung Lugu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kampong Lugu)
Jump to navigation Jump to search
Kampung Lugu
Kampung Lugu terletak di Brunei
Kampung Lugu
Lokasi di Brunei
Koordinat: 4°53′06″N 114°48′11″E / 4.885007°N 114.803160°E / 4.885007; 114.803160Koordinat: 4°53′06″N 114°48′11″E / 4.885007°N 114.803160°E / 4.885007; 114.803160
NegaraBrunei
DaerahBrunei-Muara
MukimSengkurong
Poskod
BG2921

Kampung Lugu ialah sebuah kampung dalam Mukim Sengkurong di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Ia merangkumi petempatan kampung asal Lugu dan kawasan perumahan awam Perumahan Negara Lugu. Poskod bagi Kampung Lugu ialah BG2921.[1][2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kampung Lugu terletak di bahagian barat Daerah Brunei dan Muara, Brunei, iaitu berdekatan dengan sempadan dengan Daerah Tutong. Petempatan yang terdekat dengan Kampung Lugu ialah Kampung Katimahar iaitu di bahagian selatan.[3] Terdapat dua kawasan petempatan utama dalam Kampung Lugu iaitu kampung Lugu asal yang merangkumi bahagian selatan dan berjiran dengan Kampung Katimahar, dan Perumahan Negara Lugu iaitu kawasan perumahan awam yang terletak di bahagian utara dan dekat dengan Lebuhraya Muara-Tutong.[3]

Perumahan[sunting | sunting sumber]

Selain daripada rumah-rumah persendirian, Kampung Lugu juga mengandungi Perumahan Negara Lugu iaitu sebuah kawasan perumahan awam di bawah skim Rancangan Perumahan Negara (RPN). Skim ini memberi peluang memiliki rumah persendirian bagi rakyat Brunei.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 1 Julai 2018. 
  2. ^ "Kampong Lugu, Sengkurong, Brunei Muara: BG2921". brn.postcodebase.com. Dicapai 1 Julai 2018. 
  3. ^ a b "Geoportal - Survey Department". survey.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 28 Jun 2018. 
  4. ^ "Mengenai Rancangan Perumahan Negara (RPN)". www.mod.gov.bn. Dicapai 1 Julai 2018.