Kampung Assam Jawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Assam Jawa
Klinik Desa Assam Jawa
Klinik Desa Assam Jawa
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 3°18′7.6″N 101°16′51.2″E / 3.302111°N 101.280889°E / 3.302111; 101.280889Koordinat: 3°18′7.6″N 101°16′51.2″E / 3.302111°N 101.280889°E / 3.302111; 101.280889
NegaraMalaysia
DaerahKuala Selangor
MukimApi-api
Kerajaan
 • PBT KawasanMajlis Perbandaran Kuala Selangor
 • Ketua kampungRamli Bin Yusop
 • Ahli Dewan Undangan NegeriJuwairiya Zulkifli
 • Ahli Parlimen Kuala SelangorDzulkefly Ahmad
Keluasan
 • Jumlah1,330.44 ha (3,287.59 ekar)
Penduduk
 (2016)[2]
 • Jumlah31,000
 • Kepadatan2,300/km2 (6,000/batu persegi)
 • Bilangan rumah
3,000
Poskod
45700

Kampung Assam Jawa (Jawi: كامڤوڠ اسم جاوا) ialah sebuah kampung di bawah pentadbiran Mukim Api-Api dalam Daerah Kuala Selangor, Malaysia. Kawasan perkampungan ini mempunyai poskod terdiri iaitu 45700 Bukit Rotan.[3] Kawasan petempatan ini berdekatan dengan Bukit Rotan, Kampung Pasir Tuntung, Taman Belibis, Taman Raja Udang dan Taman Assam Jawa.[4] Kampung Assam Jawa diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).[5]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan laman web Smart Desa Selangor, Kampung Assam Jawa mempunyai jumlah penduduk seramai 31,000 orang yang terdiri dari tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina serta India.[2] Bilangan pendapatan isi rumah di kampung ini ialah sebanyak RM1001 hingga RM2000. Aktiviti ekonomi di Kampung Assam Jawa aktiviti pelancongan serta penjualan produk Usahawan Kecil dan Sederhana (IKS).[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung Assam Jawa telah diiktirafkan sebagai kampung yang telah berusia melebihi 100 tahun. Petempatan Kampung Assam Jawa diwujudkan pada tahun 1900 dan nama kampung ini berasal daripada pokok asam jawa yang banyak tumbuh di kawasan persekitaran pada awal penerokaan kampung ini.[1][6][7] Selain itu, pada tahun 2015, Kampung Assam Jawa telah mendapat Anugerah Kampung Tradisional Terbaik untuk Daerah Kuala Selangor tempat ketiga dan pada tahun 2016, kampuung ini telah memenangi pengiktirafan Kampung Terbaik Peringkat Daerah Kuala Selangor.[8]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kampung Assam Jawa terletak di bawah seliaan Penghulu Mukim Api-Api. Kawasan perkampungan ini dipimpin oleh seorang ketua kampung yang bertangungjawab unuk menjaga keselamatan serta ketenteraman penduduk di setiap kawasan kampung tersebut; pemegang jawatan terkini bagi jawatan tersebut ialah Ramli bin Yusop.[1] Dari segi politik, kawasan perkampungan ini berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor, Bukit Melawati yang kini dipimpin oleh Juwairiya Zulkifli sejak tahun 2018 lagi yang dari Parti Pakatan Harapan manakala untuk di Dewan Rakyat, kawasan ini berada di dalam Kuala Selangor.[9]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

SJKC Pui Chi.

Terdapat dua sekolah rendah di Kampung Assam Jawa, iaitu Sekolah Kebangsaan Assam Jawa dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pui Chi.[10] Sekolah rendah yang disebut tadi masing-masing telah diwujudkan sejak tahun 24 Oktober 1892 dan 1936. Manakala pendidikan rendah agama Islam, Kampung Assam Jawa juga menyediakan sebuah sekolah rendah agama, iaitu Sekolah Rendah Agama Assam Jawa berhadapan dengan Balai Penghulu Mukim Api-Api/Ijok. Selain itu, terdapat dua tadika di kampung ini yang dalam kondisi baik.[1]

Keagamaan[sunting | sunting sumber]

Kawasan perkampungan ini mempunyai satu Masjid Kawasan (Masjid Kariah) iaitu diberi nama yang sama dengan kampung ini, Masjid Kampung Assam Jawa dan beberapa buah surau kecil. Binaan Masjid Kampung Assam Jawa berbentuk segi empat dan mempunyai kubah dan menara, dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat Islam.[11] Menurut akhbar Berita Harian terbitan 9 November 1961, Masjid Kampung Assam Jawa baharu telah dibina bagi menggantikan masjid lama yang tidak boleh digunakan lagi kerana ia sudah condongdan memakan kos sebanyak $30,000.[12] Masjid ini dapat menampung lebih kurang 500 jemaah dalam satu-satu masa.[11] Selain itu, terdapat satu binaan tokong dan kuil yang dalam kondisi yang baik.[1]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Klinik Desa Assam Jawa.

Terdapat cadangan untuk pemasangan lampu jalan berjenis LED dan solar di sekitar jalan raya di Kampung Assam Jawa. Pada masa kini, Kampung Assam Jawa, hanya mempunyai dewan orang ramai yang terletak di hadapan Jalan Kuala Selangor-Kepong .[1] Hampir setiap rumah penduduk mempunyai kemudahan elektrik dan air yang lengkap.[1] Dipetik dari Berita Harian terbitan 19 Januari 1968, kemudahan elektrik di kampung ini telah diuruskan oleh Tenaga Nasional Berhad (Lembaga Letrik Negara) iaitu dengan mendirikan tiang-tiang elektrik bagi bekalan elektrik di sekitar kawasan penduduk.[13] Selain itu, terdapat cadangan untuk menaiktaraf sistem bekalan air, sistem pembetungan dan jalan raya sedia ada di kawasan ini.[14][15] Kampung ini juga dilengkapi dengan sebuah klinik desa dekat persimpangan di Jalan Kapar.[1]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kenderaan bermotor[sunting | sunting sumber]

Jalan Kapar dan Jalan Kuala Selangor-Kepong ialah jalan raya utama penduduk setempat.

Perkidmatan Bas[sunting | sunting sumber]

Bas Wawasan Sutera laluan 740 dan Bas Selangor Omnibus laluan 100 (Hab Lebuh Pudu-Kuala Selangor) berkhidmat di sekitar kawasan Kampung Assam Jawa.[16][17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i Kerajaan Negeri Selangor. "Profail Kampung". Smart Desa Selangor. Shah Alam: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  2. ^ a b Kajian Perancangan Fizikal Desa Negeri Selangor 2016. Bahagian Pembangunan, Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  3. ^ "Kampung Assam Jawa". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). Carian Poskod Malaysia. Dicapai pada 25 Mac 2021.
  4. ^ "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". Malaysia Geospatial Online Services. Diarkibkan daripada yang asal pada Mei 5, 2021. Dicapai pada April 12, 2021.
  5. ^ Norfarhani binti Mariani (22 Oktober 2018). "Senarai Kampung Mengikut Daerah di Selangor". data.gov.my. Kerajaan Negeri Selangor. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  6. ^ Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035. m/s 6.4-13.
  7. ^ "Sejarah Sekolah". Sekolah Kebangsaan Assam Jawa. Dicapai pada 2021-10-18.
  8. ^ Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035. m/s 5.3-3.
  9. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  10. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (10 Julai 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.CS1 maint: date and year (link)
  11. ^ a b "Masjid Kampung Assam Jawa". Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2017. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  12. ^ "Kg. Assam Jawa Dapat Masjid Baharu Bantuan Loteri". Berita Harian. 9 November 1961. m/s. 2. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  13. ^ "Pendudok2 menda'wa ta' dapat kemudahan". Berita Harian. 19 Januari 1968. m/s. 8. Dicapai pada 21 Oktober 2021.
  14. ^ Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035. m/s L-7.
  15. ^ Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035. m/s L-8.
  16. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan 740". Moovit. 1 Dis 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-30. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  17. ^ "Peta laluan, jadual, hentian untuk laluan 100 - Kuala Selangor". Moovit. 31 Jul 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Apr 2019. Dicapai pada 3 Mei 2018.

Sumber[sunting | sunting sumber]