Kampung Awah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Awah
Kampung
Masjid At-Taqwa Kampung Awah
Masjid At-Taqwa Kampung Awah
Bendera Kampung Awah
Mohor rasmi Kampung Awah
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriPahang
Daerah Temerloh
KampungKampung Awah
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
28030
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Awah di Peta Google

Kampung Awah merupakan sebuah kampung yang terletak di Temerloh, dalam negeri Pahang, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Kampung Awah ialah sebuah perkampungan Melayu tradisional terletak di dalam Mukim Bukit Segumpal, Maran, Pahang. Terletak kira-kira 18 kilometer dari bandar Temerloh, Pahang dan 35 kilometer dari bandar Maran. Ia dihubungkan dengan Kuala Lumpur dan Kuantan melalui Lebuh Raya Pantai Timur menerusi susur keluar Chenor. Secara umumnya Kampung Awah terbahagi kepada 2 iaitu Kampung Awah Tradisional dan FELDA Kampung Awah yang penduduknya terdiri daripada peneroka.

Menurut cerita orang tua-tua, perkataan 'Awah' berasal daripada perkataan 'terkelewah'. Diceritakan bahawa pada suatu masa dahulu ada sekumpulan orang asli sedang memancing di suatu paya. Mereka telah hampir-hampir berjaya menangkap ikan yang besar namun mata pancing telah 'terkelewah' (bengkok). Dari situlah nama Kampung Awah diperolehi.

Pada 1962, Felda Kg Awah telah dibuka sebagai penempatan FELDA yang kedua dibuka di Negeri Pahang selepas Felda Lurah Bilut. FELDA Kampung Awah terletak bersebelahan gugusan FELDA Jengka dan pertambahan penduduk di sekitarnya menyaksikan beberapa buah rumah kedai papan telah dibina pada tahuan 1980-an. Kawasan kedai ini dipanggil oleh penduduk setempat sebagai sawmill. Ia bersempena wujudnya sebuah kilang papan di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, pada masa kini, kilang berkenaan telahpun ditutup. Rumah-rumah kedai kayu telah digantikan dengan bangunan rumah kedai konkrit dan kawasan ini dinamakan sebagai Pekan Awah.

Pekan Awah menjadi nadi kepada pembangunan kawasan FELDA sekitarnya dan Kampung Awah. Antara kemudahan yang disediakan ialah Pusat Kesihatan, Institut Latihan Risda/Kolej Risda, Klinik swasta, wakil pos, balai polis dan kedai-kedai runcit. Antara anak watan Kampung Awah yang telah berjaya termasuklah Profesor Dr. Abu Daud Silong.[perlu rujukan] Kampung Awah juga merupakan tempat kelahiran penyanyi tersohor tanah air Malaysia iaitu Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Pekan Sehari Kampung Awah diadakan di Pekan Awah setiap hari Rabu mulai jam 3 petang sehingga 10 malam.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Awah, Temerloh, Pahang adalah 28030.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]