Kampung Banggol, Setiu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kampung Banggol
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Banggol
Flag
Mohor rasmi Kampung Banggol
Mohor
Moto: 
"Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu kebangsaan: 

Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kuala Terengganu
MukimSetiu, Bandar Permaisuri
KampungKampung Banggol
Kerajaan
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Muhammad V
 • Perdana MenteriTun Dr. Mahathir bin Mohamad
 • Timbalan Perdana MenteriDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Penduduk
( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki, perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
22100
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Banggol di Peta Google

Kampung Banggol merupakan sebuah kampung yang terletak di Setiu, Bandar Permaisuri, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Kampung Banggol terletak dalam Mukim Tasek di Daerah Setiu.Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sebelum perang dunia kedua lagi. Paras mukabuminya yang tinggi atau berbonggol dan terselamat daripada banjir setiap tahun menyebabkan nama Kampung Banggol diberi. Terdapat perkampungan kecil dalam kawasan Kampung Banggol iaitu Kampung Bukit Abal, Kampung Bukit Maras dan Kampung Gong Katop.[1]

Bilangan pendudk kampung Banggol sekarang ialah kira-kira 2000 orang.Jumlah rumah 350 buah. Penduduk Kampung Banggol berketurunan Melayu. Pekerjaan Utama penduduk kampung ialah petani, dan penoreh getah. Ada juga yang bekerja di sektor awam dan swasta. Keluasan kawasan kampung ialah 350 hektar.

Menurut sejarah, penduduk asal Kampung Banggol adalah penghijrah dari Kampung Tasek, Setiu. Penemapatan pertama penduduk Kampung Banggol ialah di kawasan Banggol Asal dan Gong Keong yang mana sekarang sudah tiada lagi penduduk di sana. Cuma yang tinggal kubur-kubur lama. Ketua Kampung Banggol yang pertama ialah Hj Mohd Amin bin Ali diikuti oleh Hj Samad bin Hamad. Semasa perang dunia ke-2, Ketua kampungnya ialah Hj Mohamad bin Salleh atau lebih dikenali dengan nama Tok Pok. Kemudian diikuti oleh Mohd bin Puteh, Hj Abd Ghani bin Muda, Hj Yusof bin Husin dan sekarang ialah Mat Saufi bin Hj Deraman. 


Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Kampung Banggol

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Banggol, Setiu, Bandar Permaisuri, Terengganu adalah 22100.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]