Kampung Batik Trusmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kawasan wisata batik Trusmi

Kampung Trusmi adalah pusat industri batik dan pelancongan kuliner Cirebon terpelihara. Tidak hanya pelancong setempat yang datang ke kampung ini, tetapi pelancong dari mancanegara seperti Jepun, Amerika, dan Australia.

Kampung Trusmi terletak di Kecamatan Plered, Kabupaten Cirebon, iaitu sekitar 4 km dari Kota Cirebon kearah barat menuju Kota Bandung. Di desa Trusmi dan sekitarnya terdapat lebih daripada 3000 tenaga kerja atau pengrajin batik. Tenaga kerja batik tersebut berasal dari beberapa daerah yang ada di sekeliling kampung Trusmi, seperti dari kampung Gamel, Kaliwulu, Wotgali dan Kalitengah.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kisah membatik kampung Trusmi bermula dari perananKi Gede Trusmi. Salah seorang pengikut setia Sunan Gunung Jati ini mengajar seni membatik sambil menyebarkan Islam. Sampai sekarang, makam Ki Gede masih terawat baik, malahan setiap tahun dilakukan upacara cukup khidmat, upacara TUKAR Welit (bumbung rumput) dan Ganti Sirap setiap empat tahun. Disepanjang jalan utama yang terletak 1.5 km dari desa Trusmi sampai Panembahan, saat ini banyak kita jumpai puluhan showroom batik. Pelbagai papan nama showroom nampak berjejer menghiasi setiap bangunan yang ada di tepi jalan. Munculnya pelbagai showroom ini tak lepas dari tingginya minat masyarakat terutama dari luar bandar terhadap batik Cirebon.

Batik Trusmi[sunting | sunting sumber]

Batik Trusmi berjaya menjadi ikon batik dalam koleksi kain nasional. Batik Cirebon sendiri termasuk golongan Batik Pesisir, tetapi juga sebahagian batik Cirebon termasuk dalam kumpulan batik keraton. Hal ini kerana Cirebon mempunyai dua buah keraton iaitu Keratonan Kasepuhan dan Keraton Kanoman, yang konon berdasarkan sejarah dari dua keraton ini muncul beberapa reka bentuk batik Cirebonan Klasik yang hingga sekarang masih dilakukan oleh sebahagian masyarakat desa Trusmi diantaranya seperti Mega Mendung, Paksinaga Liman,patran Keris,patran Kangkung,Singa Payung,Singa Barong,Banjar Sungai , Ayam Alas, Sawat Pengantin, Katewono, Gunung Giwur, Simbar Menjangan,Simbar Kendo dan lain-lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ www1.kompas.com Diarkibkan 2012-09-07 di Wayback Machine diakses pada tanggal 8 januari 2012

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]