Kampung Batu 5, Jalan Bangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Batu 5, Jalan Bangi terletak di Bangi, Selangor. Tahun 1940-an nama kampung ini ada tercatat di dalam geran tanah penduduk tertua kampung ini. Rata-ratanya penduduknya adalah berbangsa Jawa dari suku kendal dan karanganyar di Jawa Tengah. Kini tahun 2004 mereka yang tertua di kampung ini yang bertanggungjawab membangunkan kampung ialah Tn. Hj. Sangit Bin Jamal (PJK) (Ketua Kampung), di samping Tn. Hj. Noh (Imam), Tn. Hj. Rawi (Imam),Tn. Hj Hamdani Saw@ As-Sanussi(Bilal) Tn. Hj. Mustanir (Setiausaha Surau/amil), Cikgu Tn. Hj. Kahar (Pengerusi Surau), En. Ahmad Delowo (Amil 2) dan Tn. Hj. Keliwoon (j/k kampung). Nama-nama mereka ini jika disebut sahaja semua orang kampung akan kenal kerana jasa mereka membangun dan merancang kemajuan kampung batu 5 Bangi.

Adat dan budaya Jawa Kendal[sunting | sunting sumber]

Aktiviti kampung yang masih terkenal dengan pengaruh Jawanya Kendal ialah:

  • Kenduri Kendara (arwah) akan ada "berkat" dan makanan "Bergedel" (biasa menjadi makanan keturunan jawa kendal)
  • Adat Fidyah bagi si mati dengan cara pengiraan Jawa
  • Majlis cukur jambul (muputi dalam bahasa Jawa)

Cara sampai ke sini[sunting | sunting sumber]

Kampung ini boleh dimasuki melalui Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban dengan susur masuk ke Persimpangan Bukit Mahkota dan kemudian melalui jambatan yang melintasi sungai semenyih dengan membelok ke kanan lebih kurang 2 km anda akan sampai ke Kampung ini (Penandanya ialah selekoh Tajam di mana sebelah kananya sungai Semenyih manakala sebelah kirinya Kebun Getah orang Kampung) satu ketika dahulu pokok asam Jawa menjadi penanda kampung ini, di kiri kananya akan ada 3 gerai-gerai kecil yang menjual hasil-hasil kampung seperti ubikayu, pisang Tanduk, Keledek, sukun, Tapai dan pada musim durian akan ada Buah Durian.

Anda juga boleh menaiki kereta api komuter dari Kuala Lumpur dan beli tiket untuk ke Bangi Lama, sampai sahaja anda ke stesen Bangi lama anda boleh menaiki kereta Sewa dengan bayaran RM 1.00 seorang dan pastikan anda membuat temujanji untuk dihantar semula ke stesen komuter tersebut juga dengan bayaran RM 1.00.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan yang sedia ada di Kampung ini ialah:

  1. Surau Kayu 2 Tingkat
  2. Bilik Mesyuarat JKKK
  3. Gelanggang Badminton dan Sepak Takraw
  4. Kedai dan gerai
  5. Tanah Perkuburan Islam di Rinching Hilir
  6. Kompang untuk majlis-majlis Rasmi