Kampung Batu Berangkai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Orang Asli suku Semai telah lama tinggal di Kampung Batu Berangkai, Kampar, Perak. Suku ini mempunyai keunikan dari segi bahasa,masakan,komuniti dan aspek kehidupan. Pendapatan utama suku kaum ini adalah dengan mencari hasil hutan seperti mencari buluh, rotan dan herba semulajadi. Selain bercucuk tanam,ada penduduk yang telah bekerja di bandar Kampar malah ada yang menjadi penjawat awam.

Setiap akhir bulan bulan Februari pada setiap tahun , mereka merayakan perayaan yang di panggil Genulang. Perayaan ini merupakan hari memperingati nenek moyang dan pembukaan ladang baru. Hari ini dirayakan dengan majlis rumah terbuka di mana setiap rumah suku kaum ini akan menyediakan juadah seperti lemang,kuih muih, lauk pauk yang pelbagai. Di waktu malam, pesta keramaian diadakan , persembahan pentas live band dan tarian joget menjadi kegemaran suku kaum ini.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.