Kampung Becah Sawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Becah Sawa
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Becah Sawa
Mohor rasmi Kampung Becah Sawa
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKedah Darul Aman
Daerah Baling
MukimMukim Siong
KampungKampung Becah Sawa
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
09100
Kod kawasan+604

Kampung Becah Sawa merupakan sebuah kampung yang terletak di Baling, dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara.

KAMPUNG BECAH SAWA / KAMPUNG BENCAH SAWA:

Terletak dalam mukim Siong dalam Daerah Baling dalam negeri Kedah Darul Aman. 16kM dari Bandar Baling.

SEJARAH NAMA KAMPUNG: 40 peratus kawasan Kampung ini adalah sawah padi ( bendang ) dan kawasan paya berair yang dipanggil becah atau bencah oleh penduduk disini. Becah ini merupakan habitat kepada ular sawa. Ikan-ikan didalam becah ini merupakan makanan kepada ular-ular sawa. Terdapat beberapa ular sawa yang sangat besar yang selalu dijumpai oleh penduduk kampung dikawasan becah ini. Dengan keadaan itu kampung ini dikenali sebagai KAMPUNG BECAH SAWA.

Kampung ini telah dibuka oleh Tok Husain sekitar tahun 1890an. Lokasi asalnya di Kuala Carok Lebam dan sungai Ketil. Tok Husain berasal dari Aceh. Berhijrah ke Kampung ini bersama dua orang anak lelakinya.

Semasa perang dunia kedua, Kampung ini menjadi penempatan tentera Inggeris, tentera Jepun dan pasukan bersenjata PKM.

Tahun 50an dan 60an kebanyakan penduduk kampung adalah buta huruf. Kelas pendidikan dewasa dibuka oleh En Othman bin Derani bagi tujuan mengatasi masalah buta huruf. Ianya mencapai banyak kejaaan.

PENTADBIRAN: KETUA KAMPUNG: 1. Tok Husain (1910an) 2. Derani bin Husain (1930an) 3. Ahmad bin Jusoh (1950an) 4. Othman bin Derani (1980an) 5. Zakaria bin Abu Bakar (1990an) 6. Mohd Fuat bin Othman (2013 hingga kini )

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Becah Sawa, Baling, Kedah adalah 09100.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]