Kampung Belukar, Kota Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Belukar,pauh panji merupakan sebuah kampung yang terletak di Kota Bharu, dalam negeri Kelantan Darul Naim, iaitu sebuah negeri di utara Malaysia. Kelantan merupakan sebuah negeri di utara Malaysia, dengan keluasan lebih kurang 14,922 km². Ia terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung ini merupakan sebuah hutan yang tebal yang dipenuhi dengan pohon2 kecil yang rendah.Setelah hutan ini diterokai oleh manusia dan dijadikan tempat pertanian barulah hutan ini dijadikan sebagai sebuah kampung. Dahulunya kampung ini tidak berpenghuni tetapi setelah sekian lama Kampung ini telah berkembang dari semasa ke semasa. Kampung ini telah menjadi penempatan bagi kebanyakan orang melayu yang tinggal berdekatan dengan kampung ini.Asal-usul masyarakat disini ialah berasal daripada kota bharu sendiri. Faktor pembentukan masyarakat di kampung ini ialah melalui bidang pertanian dan jalan raya yang memudahkan penduduk untuk menetap di kampung ini.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Jalan raya

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Belukar, pauh panji, Kota Bharu, Kelantan adalah 15200.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]