Kampung Binjai, Kota Bharu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Binjai
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Binjai
Mohor rasmi Kampung Binjai
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriKelantan Darul Naim
Daerah Kota Bharu
KampungKampung Binjai
Kerajaan
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
16150
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Binjai di Peta Google

Kampung Binjai merupakan sebuah kampung yang terletak di Kota Bharu, dalam negeri Kelantan Darul Naim, iaitu sebuah negeri di utara Malaysia. Kelantan merupakan sebuah negeri di utara Malaysia, dengan keluasan lebih kurang 14,922 km². Ia terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua buah sekolah yang utama dalam Kampung Binjai iaitu Sekolah Kebangsaan Mentuan dan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Al-Yunusiah Kampung Panjang yang terletak dalam Mukim Binjai. Selain itu terdapat sebuah sekolah menengah agama swasta iaitu Sekolah Menengah Islam Aman. Terdapat juga Tadika Kemas Haji Daud, Tadika Al-Yunusiah Kampung Panjang dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk pendidikan awal kanak-kanak di kampung ini.

Keselamatan

Terdapat sebuah balai polis di kampung ini dan juga rondaan rukun tetangga untuk memantau keselamatan dan memastikan keamanan kawasan sekitar.

Kesihatan

Terdapat sebuah klinik kesihatan swasta iaitu Klinik Saleha & Khairi.Selain itu terdapat juga sebuah klinik gigi iaitu Klinik Gigi Murni.

Pengangkutan

Kedudukan Kampung Binjai sangat strategik. Kampung ini terletak di jalan utama antara bandar Kota Bharu dan Bachok. Terdapat juga sebuah bandar yang semakin pesat membangun iaitu bandar Kubang Kerian yang terletak hanya 3km daripada kampung ini. Oleh itu, pengangkutan awam seperti teksi dan bas syarikat swasta CITYLINER sangat mudah didapati samaada pada waktu pagi sehingga waktu petang.[1]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah pusat beribadat di mukim binjai iaitu Masjid Mukim Binjai yang terletak di Jalan Suitan Omar berdekatan dengan simpang empat Binjai.

Struktur masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah.Terdapat juga 2 aras ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci Al-quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen sacara keseluruhannya. Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat. yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.yangb berada di luar masjid.Masjid ini terdapatnya pejabat,van jenazah dan dewan mesyuarat.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Pelbagai aktiviti kegamaan dan kemsyarakatan diadakan di masjid ini untuk menghidupkan masjid ini sebagai pusat kemajuan ummah islamiah.Di samping itu,ceramah agama akan diadakan lebih kurang tiga kali seminggu dengan menjemput para penceramah yang mahir tentang agama.[2]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Binjai, Kota Bharu, Kelantan adalah 16150.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]