Kampung Budu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Budu
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Budu
Mohor rasmi Kampung Budu
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriPahang
Daerah Benta
KampungKampung Budu
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
27310
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Budu di Peta Google

Kampung Budu merupakan sebuah kampung yang terletak di Benta, dalam negeri Pahang, iaitu sebuah negeri di Malaysia.

Pengenalan

• Mukim Budu merupakan sebuah mukim yang sangat penting dalam sejarah negeri Pahang. Banyak peristiwa-peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku bagi menguasai mukim ini. • Terletak di dalam Daerah Lipis. Merupakan antara kawasan yang tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu Kg Budu, Kg Benta, Kg Chat, Kg Tualang Padang, Kg Peruang dan Kg Terap. • Tempat kelahiran Khatib Rasu Abdul Salam atau Tok Gajah atau Imam Perang dan berkahwin dengan Cik Jebah dari Batu Naga di dalam perkampungan Tualang Padang. Tempat membesarnya Pahlawan Melayu Mat Kilau. • Mengalirnya Sg Teka yang mempunyai Kuala di Batu 15 Benta dan Ulunya di Kg Batu Naga Tualang Padang. Sungai ini menjadi jalan utama pada masa dahulu yang menhubungkan kampung-kampung sekitarnya sepanjang hampir 16 batu. Sungai ini juga menjadi tanda kepada peperangan Tok gajah, mat Kilau dan pihak Inggeris. Selain itu, sungai ini telah menjadi rebutan panglima-panglima dan pemimpin dahulu kala kerana di dalamnya terdapat anugerah Allah SWT iaitu permata emas. • Kg Budu secara spesifik merupakan kawasan yang amat strategik dari aspek peperangan kerana ianya merupakan kawasan lembah dan dikelilingi oleh 3 buah bukit yang menjadi benteng pertahanan iaitu bukit raya (Bukit tacing), Bukit Gong (Bukit Perangin) dan Bukit Engku. • Telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin besar negeri dan negara seperti contohnya, hampir kesemua 7 orang ADUN Benta berasal dari kampung Budu bermula dengan YB Hj Abdullah bin Hj Akil, Tan Sri Hj Abdul Razak bin Hj Hussein, Hj Abdul Samah bin Hj Idris , Hj Zakaria bin Hj Taha , Tan Sri Hj Zuki bin Lebai Kamaluddin , Dato’ Suhaimi bin Ibrahim dan Dato’ Hj Ir. Mohd Soffi bin Tan Sri Hj Abdul Razak • Mukim Budu telah dianugerahkan oleh Sultan Ahmad kepada Tok Gajah atas kejayaan beliau memimpin pasukan Pahang mengalahkan Raja Mahadi dalam Perang Kelang. Pada usia yang muda serta ketokohannya memimpin, Tok Gajah telah digelar Imam Perang Rasu dalam perang Saudara Pahang. Sultan Ahmad juga menganugerahkan gelaran Orang Kaya Indera Gajah yang merupakan Orang Besar Raja, Negeri Pahang. Di kalangan Pembesar-Pembesar Pahang, Tok Gajah disifatkan sebagai seorang yang sangat alim, setia dan lurus. Semasa kepimpinan beliau, • Mukim Budu merupakan antara mukim yang sangat maju. Tok gajah telah membangunkan sebuah peradaban Melayu di Budu pada masa itu. • Perbalahan sesama sendiri antara pembesar-pembesar bagi merebut Budu telah mengakibatkan Budu jatuh dengan mudah ke tangan British. Pihak British telah menyerang Budu dengan menggunakan senjata yang canggih dan terkini pada masa itu. Banyak nyawa orang Melayu telah menjadi korban iaitu dianggarkan seramai 200 orang, ramai juga telah cedera teruk, rumah-rumah dibakar, ternakan dan sawah padi dimusnahkan dan hasil padi dibawa lari. Peristiwa kekejaman ini langsung tidak dilapor dan direkodkan oleh pihak British pimpinan Kolonel Walker dan Clifford. Akibat dari peristiwa itu, Tok Gajah yang mempertahankan diri di Terengganu, hidup dalam buruan dan Budu telah diserahkan oleh British kepada Orang Kaya Lipis. Antara pembesar-pembesar yang terlibat di dalam perbalahan ini ialah Engku Muda Mansur (adik kepada Sultan Ahmad) beliau dilihat sebagai anak kunci bagi kemasukkan British ke negeri Pahang, Orang Kaya Lipis(Tok Teh), Wan Lingga dan Tengku Samad dari Raub.

  • Setelah lebih se-abad berlalu, peristiwa perbalahan antara pembesar-pembesar itu tidak banyak bezanya hingga ke hari ini. Akibat dari perebutan kuasa antara pemimpin-pemimpin sekarang ke atas Mukim Budu, tiada sebarang pembangunan dapat dinikmati dan dilaksanakan. Hari ini, Mukim Budu dilihat sebagai antara mukim yang masih mundur dan tiada satu hala tuju pembangunan yang mampan.
  • Bukti-bukti sejarah yang terdapat di Mukim Budu antaranya:
  • Perigi Sejarah mat Kilau
  • Kubu Parit Dalam
  • Kubu Tualang Padang
  • Perkampungan Lama Permatang ataupun Bukit Raya
  • Sungai Teka yang digunakan oleh pahlawan sebagai jalan pengangkutan utama
  • Perkuburan lama Kg Empau (tempat pengikut2 Tok Gajah dan Mat Kilau disemadikan.
  • Perkuburan lama Tanjung Tualang di Kg Terap
  • Bekas penerih emas di Bukit raya
  • Tapak peperangan di Bukit Perangin

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Budu, Benta, Pahang adalah 27310.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]