Kampung Bukit Anak Dara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Bukit Anak Dara
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Bukit Anak Dara
Mohor rasmi Kampung Bukit Anak Dara
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kijal
KampungKampung Bukit Anak Dara
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
24100
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Bukit Anak Dara di Peta Google

Kampung Bukit Anak Dara merupakan sebuah kampung yang terletak di Kijal, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan Laut Cina Selatan di bahagian timur.

Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sultan dan salah sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia. Ia juga dikenali dengan gelaran Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak pulau peranginan yang terletak berhampiran pantai Terengganu, seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Tenggol.[1]. Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang,[2] dan keropok lekor.[3]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengasas kampung ini, Allahyarham Che Ku Long Che Ku Awang bersama 11 lagi penduduk datang membuka kampung ini pada 1968. Ketika itu, mereka tertarik melihat sebuah kawasan berbukit di situ. Semua 11 penduduk itu berminat menjadikan kawasan bukit yang cantik itu sebagai tapak rumah masing-masing. Melihat kesungguhan penduduk terbabit yang tidak mahu mengalah antara satu sama lain, Che Ku Long bergurau dengan mengatakan cara mereka berebut mendapatkan kawasan bukit terbabit umpama berebut menyunting hati seorang anak dara sunti untuk dijadikan isteri.

Seorang demi seorang penduduk terbabit kemudian memacak kayu di kawasan landai di bukit berkenaan sebagai tanda sempadan kerana terlalu ingin memiliki tanah di situ bagi dijadikan tapak rumah. Tindakan mereka boleh diibaratkan sebagai tanda ingin merisik atau meminang sebagaimana dilakukan lelaki apabila sudah berkenan dan ingin memperisterikan gadis idaman. Melihat berlaku perebutan tanah di kawasan bukit itu, Che Ku Long meminta bantuan Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk menyelesaikan perkara itu supaya salahfaham tidak berlanjutan.

Beberapa juruukur datang mengukur dan membahagikan kawasan tanah itu kepada penduduk untuk didirikan rumah kediaman mereka yang kekal sehingga sekarang. Namun, yang lucunya apabila ada penduduk menceritakan juruukur terbabit juga berebut untuk mengukur kawasan tanah berbukit itu sehingga penduduk bergurau mengatakan mereka juga seperti berebut anak dara. Peristiwa perebutan tanah itu mungkin mendorong Che Ku Long dan penduduk lain bersetuju menamakan kampungi tu sebagai Kampung Bukit Anak Dara. Sebelum pembukaan kampung berkenaan pada 1968, kawasan itu dikenali sebagai Kampung Baru tetapi tiada orang menetap di situ, sebaliknya hanya ada beberapa kebun milik penduduk berhampiran.[4]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Bukit Anak Dara, Kijal, Terengganu adalah 24100.[5]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pulau peranginan jadi tumpuan pelancong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-25. Dicapai pada 2018-01-05.
  2. ^ "Pengusaha nasi dagang tidak ketinggalan memperkenalkan makanan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2018-01-05.
  3. ^ "Rekod baharu keropok lekor terpanjang dihasilkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2018-01-05.
  4. ^ "Mengenai PI1M Kampung Baru Bukit Anak Dara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-11. Dicapai pada 2018-01-05.
  5. ^ Carian Poskod

Pautan luar[sunting | sunting sumber]