Kampung Bukit Pekan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Bukit Pekan merupakan sebuah kampung orang Melayu yang terletak di Kampar, Perak.

Kampung ini adalah sebuah kampung tradisi yang tua. Satu masa dahulu sebelum tahun 50-an, terdapat satu pekan kecil di kawasan berhampiran Balai Raya sekarang ini. Terdapat juga beberapa biji kuarters JPT dekat kawasan balairaya sekarang.

Mengikut cerita orang tua, Sungai Kinta bersebelahan kampung ini merupakan laluan sampan besar. Kampung ini pernah dilawati oleh Sultan Idris, YAB Tun Abdul Razak semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Aktiviti pendudkan zaman awal 50-an dan 60-an adalah menangkap ikan, menoreh getah dan ada juga yang bekerja dengan syarikat perlombongan bijeh berhampiran. Hasil buah cempadak juga adalah sumber pendapatan penduduk.

Ketua kampong masa itu ialah Pak Mat Isa dan beliau dituruti oleh Pak Harun. Antara orang-orang tua masa itu adalah Pak Bahak, Pak Imam Husin, Pak Latip, Pak Samah, Mat Deram, Pak Yin, Pak Ayit, Pak Yit, Pak Nik, Pak Wok, Opah Zainab, Wan Embin, Wan Lebor, Wan Biah, Wan Teh Royah. Pak Busu (Shamsudin).

Bekalan air masuk sekitar awal 80-an dan elektrik pula lewat 80-an. Sebelum ada elektrik, penduduk menggunakan lampu minyak tanah atau lampu gaslin. Kalau nak melihat tv, penduduk perlu pergi ke Kurnia bersebelahan. Penduduk terpaksa mengorek perigi yang agak dalam (melebehi 25 kaki) untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Pelajar-pelajar pula perlu ke Pekan Kampar untuk menyambung persekolahan diperingkat menengah. Oleh kerana kemiskinan, ramai yang tidak dapat melanjutkan persekolahan ke peringkat menengah pada masa itu. Persatuan belia agak aktif pada masa itu dan setiap tahun mereka dapat mengadakan pelbagai aktiviti termasuk mengadakan persembahan pentas.