Kampung Buluh Gading

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Buluh Gading
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Buluh Gading
Mohor rasmi Kampung Buluh Gading
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu Darul Iman
Daerah Kuala Terengganu
KampungKampung Buluh Gading
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
21200
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Buluh Gading di Peta Google

Kampung Buluh Gading merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu, dalam negeri Terengganu Darul Iman , di tepi sungai nerus yang memisahkan daerah kuala terengganu dan juga daerah Kuala Nerus. Kampung ini telah terkenal sejak 100 tahun yang lalu kerana lahirnya ramai ulamak dan guru agama yang menjadi rujukan di negeri ini.

Nama buluh gading berasal daripada serumpun pokok buluh yang tumbuh sekitar tebing sungai di kampung ini. Buluh gading mempunyai kecantikan dan keunikannya yang tersendiri sehingga dijadikan pokok hiasan di halaman istana serta halaman rumah masing-masing suatu ketika dahulu. Kampung ini berkeluasan 30 ekar dan diambil dengan kiraan yg tidak tepat kerana tiada tembok besar dan ianya kekal sehingga kini. kampung ini terbahagi kepada empat kawasan iaitu Kampung Buluh Gading Kanan, Kampung Buluh Gading Kiri, Kampung Buluh Gading Atas dan juga Kampung Buluh Gading Bawah. Penduduk kampung ini tidak berbilang kaum dan hanya berbangsa melayu. Kegiatan sosial utama penduduk disini ialah berasaskan keagamaan. Dan diantaranya ialah kelas fardu ain, kelas Al-Quran, ceramah agama, kuliah subuh, kuliah maghrib dan sebagainya.

sejarah[sunting | sunting sumber]

Masyarakat kampung ini terbentuk secara bekelompok. Di antara faktor yang telah membawa kepada pembentukan masyarakat kampung ini ialah kedudukannya yang terdapat di tepi sungai nerus iaitu jalan penghubung utama kepada penduduk terdahulu. Jaraknya yang sangat dekat dengan sungai nerus ini memudahkan penduduk di kampung ini untuk ke sesuatu destinasi terutamanya bandar KualaTerengganu yang menjadi pisat tumpuan penduduk terdahulu yang mempunyai banyak kemudahan seperti hospital. Yang kedua, tanah yang subur untuk kegiatan pertanian seperti menanam padi. Hal ini telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk disini untuk menjadikannya sebagai punca pendapatan mereka. Sejak pembukaan kampung ini lagi, kegiatan pertanian telah giat dijalankan contohnya menanam jagung, ubi keledek, ubi kayu dan sebagainya. Tidak kurang juga dengan aktiviti menanam padi yang telah mejadi sumber ekonomi utama penduduk di sini. Kedua-dua faktor ini telah berjaya memikat hati penduduk luar untuk menetap di kampung ini

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kesukanan[sunting | sunting sumber]

  1. Gelanggang Futsal Kampung Seberang Baruh

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Tabika Kemajuan Masyarakat(KEMAS)
  2. Sekolah Rakyat
  3. Pondok To'ki Soh
  4. Dewan Sivik Buluh Gading
  5. Balai Raya

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Kampung Buluh Gading
  2. Surau Al-Watan
  3. Surau Ayah Adik
  4. Surau Wan Kamarudin
  5. Surau Al-Hikmah

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Buloh Gading, Kuala Terengganu, Terengganu adalah 21200.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]